10 Fakta Tubuh Badan yang tak sedap didengari

Sebelum ini saya pernah kongsikan beberapa fakta ‘amazing berkenaan tubuh badan kita yang semestinya membuat kita teruja akan betapa ‘canggihnya’ ciptaan Tuhan ini. Namun pernahkah anda terfikir apakah ada juga fakta-fakta berkaitan tubuh badan yang mungkin tidak berapa sedap didengari dan kita tidak pernah tahu mengenainya? Dalam entri ini, ingin saya kongsikan 10 fakta tersebut untuk pengetahuan kita bersama. Adakah anda bersedia mendengarnya? Ayuh kita tinjau ‘countdown‘ 10 fakta tersebut.

10 – Manusia menyingkirkan 600,000 partikel-partikel kulit (sel kulit mati) dalam 1 jam, atau bersamaan 0.7kg dalam masa setahun. Seseorang yang berumur 70 tahun telah kehilangan 47.6kg kulit sepanjang tempoh beliau hidup.

9 – Setiap 1 inci persegi kulit manusia mengandungi 32 juta bakteria di atasnya. Kira-kira 700 spesies bakteria sahaja wujud dalam mulut kita, berbeza mengikut lokasi / negara kediaman.

Bakteria di atas permukaan kulit (gambaran artist)

Bakteria di atas permukaan kulit (gambaran artist)

8Kentut akan memuncak (giat dilepaskan) kira-kira 2 kali sehari; iaitu dalam tempoh 5 jam selepas makan tengahari dan makan malam. Kentut wanita mengandungi lebih banyak Hydrogen Sulfide (paling busuk), tetapi dari segi kekerapan, lelaki lebih kerap menghasilkannya.

7 – Sekiranya anda menahan bersin, daya yang dihasilkan mampu memecahkan salur darah di sekitar leher dan kepala (membunuh). Selain itu, manusia secara purata ‘menelan’ hingus (snot) mereka sebanyak 1.14 liter dalam sehari.

bersin

6 – Kulup (foreskin) atau lebihan kulit hujung zakar yang sebesar setem mampu membesar sehingga 3 kali ganda saiz keluasan gelanggang bola keranjang hanya dalam masa 21 hari. Ia boleh digunakan dalam merawat kulit yang melecur (itu pun kalau tak khatan lah).

5 – Manusia juga boleh dilahirkan dalam kondisi mempunyai lebih dari 2 buah dada – dikenali sebagai Polymastia. Buah dada yang ekstra ini boleh membesar sepanjang mammary ridges, iaitu meliputi kawasan bawah ketiak hinggalah ke pangkal paha.

polymastia

Mesti ada sebilangan anda yang secara automatik terdorong untuk seluk tangan dalam baju semata-mata nak tahu adakah anda turut mempunyai ‘benjolan’ misteri ini, betul tak?

4 – Muntah tahi atau ‘Copremesis‘ boleh berlaku. Gangguan pada ‘bowel’ boleh mengakibatkan kontraksi otot perut seterusnya menarik/menyedut segala isi dari ‘usus’ lalu keluar dari mulut.

3 – Cecair dalam telinga (earwax) melindungi telinga dari jangkitan kuman dengan memerangkap partikel-partikel luar (debu dan sebagainya), menghalang partikel-partikel ini dari terus mara ke dalam – lalu membentuk tahi telinga. Mereka yang mempunyai earwax yang basah mempunyai ketiak yang lebih busuk, dan sebaliknya jika mempunyai earwax yang sedikit kering.

earwax

2 – Sepasang kaki mempunyai kira-kira 500,000 kelenjar peluh dan mampu menghasilkan 0.57 liter peluh dalam masa sehari. Peluh tidak mempunyai bau, tetapi bakteria yang memanfaatkannya menghasilkan bau busuk atau hancing.

1 – Sekiranya lelaki meninggal dunia secara menegak (sebagai contoh, ketika hukuman gantung sampai mati), lelaki tersebut akan mengalami ereksi selepas mati. Turut dikenali sebagai ‘Angel Lust‘, darah akan terkumpul pada titik yang paling rendah (terminal erection) lalu mengakibatkan ‘kebengkakan’ pada bahagian tersebut.

gantung

10 fakta di atas adalah hasil olahan saya semula berdasarkan video di bawah. Rujukan ada disertakan dalam video tersebut.

********************************************************

Sudahkah anda memiliki Diari Diet? Ia adalah “planner” harian yang membantu anda dalam merekod dan membimbing diet, di samping turut mengandungi nota-nota berkaitan diet. Kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya, bolehlah menghantarkan tempahan ke email sususejat[at]gmail.com atau PM terus saya di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *