4 golongan nak kurus di Malaysia: Anda yang mana?

Semenjak menyelami dunia penulisan blog berkaitan diet dan senaman, aku dah melihat berbagai-bagai ragam manusia yang berusaha untuk kurus. Ada yang buat itu, ada yang buat ini. Ada yang ambil produk itu, ada yang ambil produk ini. Tetapi bagaimana dengan hasil akhir daripada program yang diadaptasi dari cerita kawan-kawan atau dicetuskan dari akal fikiran sendiri tu? Kebanyakkannya tidak konsisten, bersifat Yo-yo effect dan sebagainya.

Entri kali ini aku nak menyenaraikan 4 golongan rakyat Malaysia yang nak kurus berserta dengan strategi asas dalam menurukan berat badan, berorientasikan 2 perkara yang boleh mempengaruhi defisit ambilan kalori dalam sehari, iaitu senaman dan pemakanan.

Guys.. 4 golongan…”

1 – Golongan jaga makan, tak mahu bersenam

Manusia-manusia nak kurus dari golongan ini sangat ramai. Rata-rata mereka amat liat dan malas untuk bersenam dengan alasan seperti “punggung aku besarlah, susah nak bergerak”, “aku sibuk bekerja sampai tiada masa bersenam”, dan sebagainya. Kebiasaannya golongan-golongan ni tak makan nasi, diorang makan biskut pakcik Ya’akob (Jacobs), minum susu Anlene segelas sebagai santapan makan malam, sampai satu tahap kita sendiri pun tak tahu di mana terletaknya sumber protein dalam diet mereka. Yang menariknya, akan ada yang cakap, “Aku tak makan nasi, aku makan megi, dalam megi ada protein apa, tengok apa yang tertulis kat bungkusan megi ni kalau tak percaya!” (agak-agak dia faham tak apa yang dimaksudkan dengan “Essentials Amino Acids“? kesian kena kelentong bulat-bulat macam tu)

Malas bersenam, tapi ada hati nak kurus…

2 – Golongan tak jaga makan, tapi bersenam gila-gila
Manusia-manusia dari jenis ni mungkin kita jarang dengar, tapi jangan tak tahu, ada. Selalunya golongan ni akan mengomel, “aku hari-hari main futsal, setiap pagi berjogging, tapi kenapa tak kurus-kurus juga ni?!” Bila ditanya apa yang mereka makan, jangan terkejut jika mereka menjawab sebelum tidur mereka makan macam-macam, burgerlah, goreng pisanglah, roti canailah. Nak kata tak cukup makan tak juga sebab waktu pagi, tengahari, malam makan masih makan nasi. Tak perlu dihairankan juga jika selepas bersenam mereka tonggang minuman 100 plus sebotol besar tu. Macam mana nak kurus kalau dah nafsu macam tu?

3 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, tapi tak buat weight training
Golongan ini sebenarnya lebih elok daripada 2 golongan di atas, cuma dia tak lakukan weight training. Golongan ini aku jamin akan mengalami penurunan berat badan sebab berkardio gila-gila, jogging hampir setiap hari berjam-jam lamanya, tapi jangan tak tahu yang banyak turun tu bukan sahaja lemak, tetapi enjin kepada pembakaran lemak iaitu otot. Kebiasaanya golongan seperti ini akan cepat mencapai plateau (berat jadi statik, tak mahu turun-turun dah) ketika menurunkan berat badan, dek kerana kejatuhan kadar metabolisma. Kenapa kadar metabolisma jatuh? Tentulah disebabkan penurunan otot!

4 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, DAN buat weight training
Golongan ini lah yang kita cari sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan. Cubalah menjadi sebahagian daripada golongan ini. Mengapa aku berkata demikian? Ini kerana, golongan sebegini bukan sahaja pandai meningkatkan jurang defisit kalori menerusi jaga makan dan kardio (senaman kardio seperti jogging, futsal, badminton, hiking, membakar beratus-ratus kalori untuk satu sesi), tetapi juga PANDAI menjaga enjin yang menggerakkan metabolisma untuk membakar lemak, iaitu otot.

Apabila kita memaksa penyusutan berat badan menerusi defisit kalori, secara umumnya badan akan memasuki fasa katabolik. Badan seterusnya bukan sahaja mengambil sumber tenaga alternatif daripada lemak yang tersimpan di bawah tisu adipos, tetapi otot juga akan dibakar sebagai bahan bakar alternatif, dan ini merupakan sebahagian daripada sistem penyesuaian tubuh badan dengan ‘situasinya yang baru’, iaitu penerimaan kalori dari luar (makanan) yang kurang. Keadaan ini akan mengakibatkan penyusutan otot, sekaligus kadar metabolisma akan jatuh.

Oleh yang demikian, weight training itu perlu kerana menerusi weight training, otot-otot kita akan dipaksa untuk bekerja dan ‘membesar’. Hakikatnya, otot tidak akan membesar kerana kalori yang diambil tu tak cukup, tetapi sekurang-kurangnya weight training akan melawan kembali kesan penyusutan otot, sekaligus meletakkan ia dalam fasa anabolik. Kesannya, berat otot tidak akan jatuh, kadar metabolisma meningkat, dan lebih banyak lemak yang akan dibakar apabila kardio dilakukan kelak.

Tidak semestinya weight training ini melibatkan besi dumbell, atau perlu ke gym untuk melakukannya. Memadai dengan melakukan senaman calisthenics seperti tekan tubi (push-ups), sit-ups, squat, lunges, atau pull ups. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang melakukan senaman kardio + weight training akan turun berat sekurang-kurangnya 2x lebih pantas berbanding individu yang tahu berjogging (kardio) sahaja.

Komen SS: Golongan yang tak jaga makan, tak bersenam langsung, tapi ada hati nak kurus itu lebih teruk berbanding keempat-empat golongan di atas.. mereka akan pandang kepada pil kurus tu sambil bercakap dalam hati, “Dengan mengambil sebiji pil ini setiap hari, aku pasti akan kurus dan memiliki badan seperti Taylor Swift 5 bulan dari sekarang, hehehe”


46 thoughts on “4 golongan nak kurus di Malaysia: Anda yang mana?

  1. Hi Mr SS,
    Sya dah masuk ke golongan 4 sejak 2 bulan lepas….2 bulan sebelum tu dlm golongan 3. Pbezaan yg cukup ketara dirasakan selepas buat weight training + kardio…
    Dulu takut sangat nak buat weight training sbb takut timbul otot2 besar .. mcm body builder + pelbagai mitos yg lain lagi… tp bila dah buat..amat berpuas hati dgn kesannya…
    Saya lebih sihat ( asma dah seldom singgah), tahap kecergasan meningkat, lebih lincah dn fleksibel..sukar nak ungkap dgn kata2..rasanya mr ss pun mengalami fasa yg sama..kan dan yg paling penting tentang penjagaan kalori yg banyak sy ceduk dari mr ss..tq so much

    kak sue ;))

  2. salam. boleh tak en. ss bagi contoh or demonstrasi senaman calisthenics seperti tekan tubi (push-ups), sit-ups, squat, lunges, atau pull ups tu?. sbb sy rase, lelaki n perempuan ada bezanya cara weight training tu especially push-ups. squat n half way sit up en ss dah ajar dah dlm snaman d rumah kn. yg lain tu? =)(tunjuk ajar dlm rejim senaman d rumh tu yg disertai gambar amat brkesn n mudah fhm)

    • En. SS, apa bezanya senaman kardio ngan weight training ni… bleh tak En SS bagi c0nt0h senaman tersebut yang b0leh dilakukan dirumah.. c0z saya rasa berat saya cam dah plateu jek…cedihnyer.. tapi kene kuat semanGat kan..setakat ni saya cume buat pengawalan kal0ri ngan ikut senaman dari y0utube..but lately nih, mcm dah blur plak nak wat kiraan kal0ri intake tu.. c0z x leh nak agak berapa kal0ri makanan yg diambil.. harap En SS bleh bagi sedikit panduan dan m0tivasi.. mekaCih.. En.SS

  3. Joy, sama lah..fie nie kemain kardio, weight training n jaga mkn..tiba2 ada golongan tnya fie cmne leh kurus?fie bg la tips..tup tup the next 2 weeks dia dtg n ckp fie tipu n xmenjadi pun diet tu..fie tnya apa dia mkn?dia ckp dia biskut, roti, bihun semua & xsenaman..eeeeee…nak je sepak muka dia laju2..haihhh..
    fie suruh mkn sayur, protein n buah je kot..xde lak sruh mkn roti biskut tu semua..gerammm.. XD

  4. DUSH DUSH DUSH.. kena tiga bijik kat muka…hehehe… saya adalah golongan org yg no. 5… tapi skang nih dah bertukar la sket.. nak pi ke golongan2 yg lain…masih berusaha… hasil membaca blog susu sejat… doakan ye en ss…

  5. Entri yg bgs ni. Dpt jgk aku tau mana stu
    Glngn aku ni.haha. Mr joy, antara jgng pg dn ptg,mana stu kesan Jog yg trbaik ye? Aku jog ptg2 kurang lak mood, jog pg ngntk lak. Aku nk try jog tgh hri la cmni.haha

  6. thanks mr SS. saya maybe golongan antara 2 & 3, tak berapa jaga makan (jaga, tapi tak berapa sgt ), tapi kardio je. dulu kadang2 ada buat weights (sbb trainer mmg ada ajar pun. tapi degil kot! :P ) and upon reading this article, saya tekad nak jadi golongan no 4! thank u very much! ^.^v

  7. saya adalah golongan no.3.. berjaya turun 15kg dlm masa 3 bulan saja dengan jaga makan dan kardio.. tapi lepas tu tak mau turun dah, dah dekat 8 bulan mcm ni..

  8. maybe saya golongan ke-4.
    tapi boleh saya tahu, berapa kerap cardio exercise & weight training perlu saya buat?
    saya ada baca entry cik SS sblm ni, badan xboleh tiap2 hari bersenam. perlu ada rehat. macamana ya?

  9. Trime kasih en.SS, sejak mula faham tentang DCR dan pantau kalori setiap hari, berat saya dah turun5kg dalam 1 bulan plus berjalan setiap hari 30minit kt mid valley lepas lunch. Sekarang nak cube try weight training pulak.

  10. SS .nak tanya..boleh citer sikit tak pasal diet atkin..ramai org suka berdiet cara ni..semua protein ja yg masuk.apa kesan pd badan kita.thanks SS

  11. As,kum en ss…sy x tahu sy gologan yg mana..yg pasti skrg bkn dri golongan yg pertama dan kedua.sy ke gym 4kali seminggu.kebanyakan sesi sy byk melakukan senaman kadio.sy juga jaga pemakanan.kira kalori yg diambil setiap hari.Tetapi,sy hanya melakukan weight training seminggu sekali shja kerna sy msih dlm proses pembelajaran tentang senaman ini memandangkan senaman ini perlu dilakukan dengan teknik yg betul.
    1)Adakah memadai hanya 1 kali dlm semggu sy lakukan weight training?
    2)Adakah senaman lain yg seumpamanya (weight training) yg boleh dilakukan di rumah?

  12. saya merupakan golongan ke3 barangkali… tapi saya nak tanye la.. buat masa ni berat saya still turun, tapi saya takde la buat weight training tu… bukan ape, saye kan perempuan, kalau otot2 besar sangat pun saya taknak.. how tu mr SS? adakah suatu hari nanti berat saya akan statik?

    • tader la otot nak besarnya.. mengarut je semua tu (boleh baca entri saya berkenaan mitos, entri lama2 dulu) :) perempuan bukan lelaki, dan oleh yang demikian tidak akan dapat tubuh macam lelaki pun kalau buat weight training.. :)

  13. saya golongan no 3…permulaan diet sy xmkn nasi & melakukan senaman kardio sahaja..selepas setahun berat mmg turun dlm …tp selepas itu sy ssh turun berat bdn..sekrang sy mula mkn nasi blk,melakukan senaman kardio+weight training, adakah berat bdn sy akan naik kembali? sbb menurut info mr SS andai kata meninggalkn nasi n xlama kemudian makan nasi kembali berat akan naik berganda…sy perlukan pandangan mr SS..

    • essa, semuanya bergantung kepada jumlah kalori yang diambil dan jumlah kalori yang dibakar. Secara teorinya, sekiranya anda dapat pastikan jumlah kalori yang anda ambil adalah sama dengan jumlah kalori yang dibakar, maka berat anda akan kekal, tak kiralah apa jenis makanan yang anda makan sekali pun..

  14. hai encik susu.
    first time commenting. :)

    i’ve been in the 4 group for about ehm.. let see, 21 days?
    the first week i just do the simple exercise, brisk walking, walk and run, jump rope.
    but the second week after i started using The Biggest Loser and Jillian Michael’s workout dvd.
    cardio, sculp and strength, abs, weight training all in one set.

    i control my food intake and exercise regularly and the results so far is incredibly awesome.
    my first weight is 96kg and now it drops to 91kg.
    i’ve lost 5kg in 3weeks.
    i’ve never been on a diet before, but this is just great!

    biar lambat asal konsisten. oyeah!
    bulan puasa ni saya rasa banyak membantu.
    bila consume enough protein, fats and carbs needed by the body, tak pancit pun nak workout after terawih. ^^V

    anyway, thanks for all those great info.
    keep them coming.
    i want MOREEEEEE! :D

  15. aku kategori 3 & 4, haahaa sbb slalu joging.. kekadang je wat weight training niyh… so baru berazam nk beli dumbbell… hikss…

  16. Pingback: Malaysia ke-10 termalas | Susu Sejat

  17. salam…. sy pernah menjadi golongan 1, amat bahagia dengan 86kg, budget cun gila la….then Mei 2012 saya start jadi golongan 4, n dlm ms setahun, sy dpt 63 ke 65kg…bila period n mkn lebih skit, 64.9, bila control skit 63. nak kasi 58 mcm ms anak dara, tak cecah2 pun….. guide skit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>