5 Sebab mengapa golongan berkerjaya menolak Sarapan

Terdapat satu pepatah Inggeris yang berbunyi

Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper

bermaksud “Bersarapanlah seperti seorang Raja, makan tengahari seperti seorang Putera, dan makan malam seperti si papa kedana”

Apakah yang cuba disampaikan menerusi pepatah ini? Mari kita tafsirkan bersama keratannya yang pertama, iaitu bersarapan. Di permulaan pagi, yakni awal pagi, kita memerlukan sumber tenaga yang mencukupi agar tubuh badan dapat memulakan aktiviti seharian dengan baik. Tambahan pula, badan kita kekurangan bekalan nutrien dek kerana ‘berpuasa’ sepanjang tempoh 8 jam tidur.


Ya benar, kita semua menyedari akan hal ini, namun masih ramai di kalangan kita yang kurang peka sekaligus mengabaikan pengambilan sarapan, terutamanya mereka yang sangat sibuk dengan bidang kerjaya yang diceburi.

Di sini, aku ingin menyenaraikan 5 sebab utama mengapa kita sering mengabaikan sarapan. Kita mulakan dengan…

1Tiada Selera

Faktor: Bosan dengan menu sarapan yang sama, tiada selera untuk bersarapan. Sampai satu tahap, boleh membawa kepada rasa mual (nak muntah).

Penyelesaian: Variasikan menu sarapan anda. Cari sesuatu yang melazatkan, tetapi masih dikategorikan sebagai berkhasiat. Bangun lebih awal dan berikan masa 1-2 jam selepas bangun sebelum menikmati makanan. Bahagikan juga makanan anda kepada beberapa hidangan kecil, dan makan secara berperingkat.

2 Masih Mengantuk

Faktor: Barangkali tidak cukup tidur, atau memang cukup tidur, tetapi gaya hidup dan pemakanan yang ‘lemah’ menjadi faktor kepada kurang kecergasan.

Penyelesaian: Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari, amalkan pemakanan yang seimbang dan fokus makanan yang kaya dengan micronutrien (vitamin dan mineral), lakukan senaman 2-3 kali seminggu.

3Kesuntukan Masa

Faktor: Kononnya takut dimarahi bos, atau sengaja nak tunjuk lagak rajin, menjadi staf yang pertama sampai di tempat kerja. Sampai di pejabat, tugasan semalam masih bertimbun-timbun. Nak tak nak, sarapan terpaksa dilupakan.

Penyelesaian: Disipilinkan diri agar tidur lebih awal, dan bangun lebih awal. Sediakan sarapan ‘segera’ seperti roti bakar bersama segelas susu rendah lemak. Jika tidak sempat untuk menikmatinya di rumah, jadikan ia sebagai bekal apabila ke pejabat.

4Faktor semulajadi “Tak biasa”

Faktor: Tidak biasa bersarapan sejak dibangku sekolah lagi (ketika waktu rehat pergi ke perpustakaan). Tabiat ini terbawa-bawa hingga ke alam pekerjaan.

Penyelesaian: Mulakan pergaulan bersama mereka yang ‘kaki sarapan’ (teman untuk bersarapan) dan berbincanglah sesuatu yang menyeronokkan antara kalian.

5Takut Gemuk!!

Faktor: Fobia terhadap peningkatan berat badan.

Penyelesaian: Makan secara teratur dan secara ala-kadar tidak akan membuatkan anda naik berat badan. Jika masih berasa was-was dan takut, sila kawal pengambilan kalori ketika bersarapan agar anda tidak melebihi had.

Apa akan terjadi jika saya tidak bersarapan? Jawapan kepada soalan ini aku rumuskan dalam persamaan berikut:

Tidak bersarapan = Metabolisma tubuh terjejas = Tubuh badan lesu = Metabolisma jatuh = NAIK BERAT BADAN.

Comments

  1. By Justiffa

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

    • By Rebelicious lalana

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *