5 Superfood pilihan Susu Sejat

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Superfood. Adakah ia merupakan makanan yang hebat, sehebat Superman? Atau ia sekadar jenama produk untuk makanan-makanan tertentu?

Istilah Superfood telah mula timbul di barat sejak awal 1900 lagi. Superfood diklasifikasikan sebagai makanan yang paling berkhasiat di antara makanan-makanan yang lain, atau dalam bahasa yang mudah difahami, “best among the best” (Paling hebat di antara yang terhebat).

Untuk diiktiraf sebagai Superfood, sesebuah makanan itu harus mematuhi syarat-syarat berikut:

1 – Mampu mencegah penyakit-penyakit kronik
2 – Mempertingkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kepada satu peringkat
3 – Tidak menggemukkan (peningkatan berat lemak)
4 – Kaya dengan phytonutrien, antioxidants dan mineral
5 – Terbukti dan disahkan khasiatnya menerusi kajian-kajian saintifik

Kalau para pembaca rajin, bolehlah google sendiri beberapa Superfood yang diceritakan di internet, tetapi sukacita dimaklumkan bahawa Susu Sejat ingin berkongsi 5 makanan, yang pada hemat Susu Sejat, layak dilabel sebagai Superfood. Apakah makanan-makanan tersebut? Jom kita terjah.

1 – Walnut


Kalori per gram: 6.54kcal/g

Khasiat: Selain mengandungi protein, walnut kaya dengan sterol tumbuhan yang mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah, disamping kandungan asid lemak omega 3 nya yang tinggi, antara yang tertinggi berbanding sumber kekacang yang lain. Walnut juga mengandungi serat, Vitamin B Kompleks, magnesium dan antioxidants seperti Vitamin E.

Cara Penyediaan: Ambil segenggam walnut yang sudah dimasak (dengan oven), cincangkannya dan masukkan ke dalam makanan/masakan kegemaran anda.

2 – Brokoli (Broccoli)


Kalori per gram: 0.34kcal/g

Khasiat: Mengandungi beberapa antioxidants, termasuklah Vitamin C, dan juga lutein yang mampu melambatkan risiko untuk mendapat penyakit “Age-related macular degeneration, (AM) iaitu penyakit berkaitan penglihatan. Brokoli juga mengandungi folate (folic acid) yang dipercayai mampu mencegah penyakit berkaitan jantung, dan sejenis phytochemical yang dikenali sebagai sulphoraphane yang mempunyai sifat anti-kanser.

Cara Penyediaan: Ambil beberapa tangkai brokoli, sama ada yang mentah atau separuh masuk, potong dan masukkan kedalam masakan kegemaran anda seperti tom yam, sup sayur, dan sebagainya.

Nota tambahan: Sayur-sayuran berwarna hijau gelap yang lain juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti brokoli.

3 – Buah Delima (Pomegranate)


Kalori per gram: 0.68kcal/g

Khasiat: Mengandungi antioxidants yang berguna seperti polyphenols, tannins dan anthocyanins; dan kandungan antioxidants ini adalah lebih tinggi daripada antioxidant yang terkandung dalam teh. Kajian awal menunjukkan buah delima berupaya menurunkan paras kolestrol (LDL kolestrol) dalam darah dan menurunkan tekanan systolic darah.

Cara Penyediaan: Kupas 1-2 biji buah delima, kumpulkan isinya (yang berbiji-biji) dan kisarkan dengan alat pengisar untuk dibuat jus minuman.

4 – Ikan Salmon


Kalori per gram: 1.82kcal/g

Khasiat: Selain tinggi kandungan protein, vitamin dan mineral, ikan salmon juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang terbukti mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Cara Penyediaan: Sepotong daging ikan salmon boleh dimasak secara kukus, atau dimasak secara grilled.

5 – Roti Gandum Penuh


Kalori per gram: 2.50kcal/g

Khasiat: Selain rendah G.I, yang mampu memanjangkan lagi tempoh kenyang, mencegah penyakit berkaitan jantung dan mengawal berat badan, roti gandum penuh juga kaya dengan serat yang mampu memperbaiki cara sistem pelawasan bekerja. Bintil-bintil pada roti gandum penuh juga mengandungi asid lemak yang sihat.

Cara Penyediaan: Beberapa potong roti gandum penuh boleh dimakan bersama sumber protein yang lain.

Itulah dia 5 Superfood pilihan hati Susu Sejat. Apabila digabungkan kelima-lima Superfood tersebut, maka…

Beberapa potong roti gandum penuh dimakan bersama ikan salmon masak kukus (yang ditaburkan bersama beberapa biji Walnut dan beberapa potong brokoli). Tidak lengkap rasanya jika hidangan ini tidak dilengkapi dengan segelas jus buah delima. Inilah yang dinamakan hidangan Superfood cara Susu Sejat!

Comments

  1. By nisa_jaafar

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By amnikhassim

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By alexreza

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *