8 Cara mutlak untuk menurunkan Body Fat %
Siapa sangka, 5 daripada 8 cara untuk menurunkan Body Fat Percentage (BF %) sudah pun dibincangkan sebelum ini di SusuSejat.Com. Berikut merupakan 8 cara MUTLAK yang boleh dipraktikkan untuk menurunkan BF %, disusun daripada yang paling disyorkan (1) hinggalah kepada yang paling kurang disyorkan (8).
1 – Amalkan kardio, menggunakan strategi untuk ‘fat burn‘. Rujuk entri Kardio – Katalis kepada ‘Fat Burn’ [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
Update Bacaan Terkini, rujuk juga 2 entri di bawah:
i – Kadar denyut nadi dan proses bakar lemak
ii – Bakar lemak secara efisyen
2 – Tingkatkan kadar metabolisma. Rujuk entri Kisah Metabolisma (Bahagian 2) [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
Nota: Selain senaman bebanan (weight training), kaedah senaman berintensiti tinggi secara interval juga membantu meningkatkan kadar metabolisma, antara rutin yang popular adalah pecut tabata, selain pecut bukit berinterval.
3 – Kurangkan pengambilan kalori, untuk menghasilkan defisit kalori. Rujuk ruangan Kelas Kalori [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
4 – Pelajari teknik yang betul dalam memilih karbohidrat dan protein, serta sumber phytochemicals (sayur-sayuran). Rujuk entri “Tolong! Apa yang patut saya makan?” [Fokus Penurunan: Visceral fat]
5 – Pantau dan catat angka Body Fat Percentage, dalam semimggu sekali. Rujuk entri Apa itu “Body Fat Percentage”? (eh, ini entri semalam) [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
6 – Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu (saturated fat) seperti daging lembu, daging kambing, burger daging lembu, makanan yang menggunakan minyak sapi (nasi beriani), dan sebagainya. [Fokus Penurunan: Visceral fat]
7 – Teknik khas pengiraan Kalori secara ‘spesifik’, iaitu memantau pengambilan kalori yang diperlukan oleh ‘lean mass’ (otot sebenar), tidak seperti DCR/BMR yang kurang tepat kerana dibentuk dengan mengambil nilai berat badan seseorang secara umum (otot + lemak). Ini bererti anda perlu memantau pengambilan 3 jenis kalori dalam sehari, iaitu kalori daripada karbohidrat, kalori daripada protein, dan kalori daripada lemak, secara spesifik. Bunyinya sungguh kompleks? Ya, memang kompleks, meskipun LEBIH TEPAT kerana ia diguna pakai secara meluas dalam arena bina badan (ahli bina badan mempunyai 3% – 5% Body Fat!), dan Susu Sejat MUNGKIN akan membincangkan bab berkenaan ini suatu hari nanti, bergantung kepada pemintaan para pembaca. [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat, Visceral fat]
8 – Mengambil supplemen seperti ‘fat burner‘. Namun aku tidak akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut kerana aku sendiri tidak pernah mendapat sebarang hasil positif ketika mengamalkannya suatu ketika dahulu. Sesetengah produk ‘fat burner‘ mungkin tidak sesuai/mujarab untuk sesetengah orang, dipendekkan cerita ‘fat burner‘ belum tentu lagi menjanjikan 100% hasil yang dikehendaki. Ia bergantung kepada individu yang memakainya. [Fokus Penurunan: Subcutaneous fat]
Komen Susu Sejat: Meskipun terdapat 8 cara yang disenaraikan di sini, aku beranggapan mengamalkan cara 1 hingga cara 6 adalah memadai untuk menurunkan BF % kepada beberapa angka. Apa yang penting ialah komitmen dan disiplin yang berterusan daripada setiap individu. Semoga berjaya…
P/S: Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga cikgu Kamarudin, salah seorang cikgu Bahasa Melayu yang pernah berkhidmat di SERATAS (Taiping) ketika aku masih bersekolah di sana. Kali terakhir aku bertemu beliau adalah ketika terserempak di Taman Tasik Taiping, beriadah. Beliau meninggal dunia pagi semalam, atas faktor sakit jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Buat pembaca yang beragama Islam, sedekahkanlah surah Al-Fatihah.
Al-Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yang soleh & beriman.
orang ‘kurus’ ada ke BF nie? mana la tau, tersimpan lemak2 trsembunyi…haha, ok soalan mcam ntah pape…just w0ndering…lalalala~
kalau tiada BF, maka bukan manusia lah jawabnya, hehe. yang membezakan kita di sini ialah, berapa peratusan BF yang setiap individu tu ada ;)
haha…nak BF, nak BF…nak normal..ok stopp!!
owh, cnggituh….paham incik susu…trimas…;)
Mana lokasi atau klinik atau mana mana yang boleh mengira secara tepat body fat
1. di sesetengah Fitness Centre ada kemudahan utk memeriksa BF, ada yang percuma utk member, ada yang charge …
2. di BP Pathlab pun ada tapi dia charge RM50 beserta lapuran bercetak.
Kalau salah harap dibetulkan.
yang no.1 tu betul, tapi yang no.2 tu saya tak pasti pula kalau mereka boleh semak BF%.. sebelum ni biasa buat standard medical check-up saja…