Adakah senaman ini sejenis ‘Tabata’?

Salam sejahtera semua. Maaf hampir seminggu tidak mengemaskini blog kerana terdapat beberapa komitmen yang perlu diuruskan. Tambahan pula aku menjadi pengapit kepada seorang kawan rapat, Fadhli Conteng-conteng yang juga seorang blogger. Hari ini pun kalau diikutkan tak sempat nak menaip entri yang panjang-panjang, tapi terdapat gerak hati yang mendesak aku agar menulis juga sepatah dua kata, agar blog ni tidak kelihatan seperti tidak bertuan. Aku tewas dengan gerak hati itu.

Pengantin terlalu bahagia sampai pejam mata!

Beberapa minggu lepas, terdapat seseorang yang menegur aku dengan soalan ini di Facebook.

Gambar di atas ini adalah screenshot semata-mata. Sekiranya anda ingin menonton video tersebut, boleh menontonnya menerusi video berikut:

Adakah ini merupakan sebahagian daripada Tabata? Tidak, ini bukan Tabata. This is not a real Tabata. Mengapa aku berkata begitu? Meskipun konsepnya sama seperti Tabata, iaitu terdiri daripada 20 saat bersenam, diikuti dengan 10 saat berehat, dan diulang sebanyak 8 kali, tetapi senaman yang dilakukan bukanlah pada intensiti yang tinggi. Senaman yang perempuan dalam video ini lakukan hanya akan dikira sebagai Tabata sekiranya intensiti senaman dalam setiap ‘stesen’ itu dipertingkatkan. Sebagai contoh, membuat tepuk bintang (jumping jack) dengan kadar yang lebih laju, dan bukanlah dengan kelajuan perlahan seperti yang ditonjolkan dalam video di atas. Dalam Tabata yang sebenar, degupan jantung anda akan menjadi sangat laju sehinggakan anda rasa seperti mahu termuntah, dan MHR (Maximum Heart Rate) akan meningkat sehingga melebihi 200! (Baca lebih lanjut berkenaan Tabata di sini).

Walaubagaimanapun, aku suka dengan konsep perempuan dalam video ini. Bersenam seketika sementara menunggu iklan habis disiarkan di TV. Tambahan pula, lagu yang digunakan dalam video ini memang telah direka khas (disusun) agar mengikut perjalanan sesi senaman Tabata. Apabila muzik berlangsung (selama 20 saat), sesi bersenam itu bermula. Apabila berbunyi siren kecemasan dan seterusnya muzik berhenti (selama 10 saat), sesi senaman berehat seketika, dan apabila countdown bermula, maka sesi senaman seterusnya akan bermula kembali. Mana nak download track lagu semacam tu ye?

Comments

  1. By Layla

    Reply

  2. By dka

    Reply

  3. Reply

    • Reply

  4. By azie

    Reply

    • Reply

  5. By sulurbidar

    Reply

    • Reply

      • Reply

  6. By Amat

    Reply

  7. By mohdzaki

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *