Aku, kamu dan.. COKLAT!

Coklat ni simbol romantik ke? Ngaaa…

Kali ni aku nak bercerita pasal coklat. Aku pasti ramai di luar sana nak tahu, terutamanya para ‘chocoholic‘ yang langsung tak boleh nak tinggalkan coklat ni walaupun sehari, mahupun sesaat. Perghh.. bunyi parah semacam kan? Okay, Nini, sudahlah ko celup-celup coklat tu, meh atuk nak cerita pasal coklat.

Chocopologie.. antara coklat termahal pernah dihasilkan, berharga $2600 per pound.

Jenis-jenis Coklat

Berikut adalah jenis-jenis coklat yang berada di pasaran, disusun berdasarkan turutan kandungan pepejal koko.

White Chocolate – Mengandungi mentega koko (dan bukan pepejal koko), gula, susu, emulsifier, vanila dan perasa. Berwarna pucat keputihan.

Milk Chocolate – Mengandungi kira-kira 10-20% pepejal koko (campuran koko dan mentega koko) dan lebih daripada 12% pepejal susu. Rasanya lebih manis.

Dark Chocolate – Mengandungi kandungan pepejal koko yang lebih tinggi, dan sedikit (atau tiada langsung) susu, iaitu kurang daripada 12% pepejal susu.

Sweet Dark Chocolate – Mengandungi kira-kira 35-45% pepejal koko.

Semi-sweet Chocolate – Mengandungi 40-62% pepejal koko, dan boleh digunakan sebagai chocolate masakan (kuih, biskut, kek).

Bittersweet Chocolate – ‘Sweetened chocolate‘ berwarna gelap, megandungi sekurang-kurangnya 35% pepejal koko (yang berkualiti tinggi selalunya di antara 60% to 85%, bergantung kepada jenama) dan sering digunakan sebagai chocolate masakan kerana ketulenannya.

Cadbury, antara pengeluar ‘Milk Chocolate‘ terkenal

Coklat = Lemak?

“Coklat adalah lemak bergerak”. Itu kata-kata seorang kawan aku ni, tapi betul ke semua coklat ni sama, semua tak sihat, dan berlemak?

Coklat mengandungi lemak semulajadi, terdapat 3 jenis kesemuanya:

  • Oleic Acid – lemak tidak tepu (monounsaturated), sama seperti yang dijumpai dalam minyak zaitun (olive oil).
  • Stearic Acid – lemak tepu (saturated fat), tetapi kajian menunjukkan ia mampu untuk meneutralkan kolestrol.
  • Palmitic Acid – lemak tepu (saturated fat), mampu untuk menaikkan kandungan kolestrol dalam darah, dan penyakit jantung.

Mungkin Palmitic Acid tu sedikit berbahaya, tetapi sebenarnya TIDAK kalau coklat ni diambil pada kadar yang rendah. Tambahan masih ada 2 lagi lemak yang sihat, iaitu Oleic Acid dan Stearic Acid sebagai ejen peneutral, bukankah begitu?

Tadi aku dah terangkan sedikit yang coklat ni ada pelbagai jenis, bergantung kepada kandungan dia (pepejal koko, mentega koko, dan pepejal susu). Secara purata, nilai kalori satu bar coklat (milk chocolate yang dijual di pasaraya) adalah kira-kira 250kcal, bergantung kepada ‘saiz hidangan’ (rujuk maklumat pemakanan dibelakang label).

Kalau diperhatikan betul-betul pada senarai coklat tadi, white chocolate adalah yang paling kaya dengan lemak dan kurang pepejal koko, manakala bittersweet adalah yang paling kaya dengan pepejal koko tetapi kurang lemak. Harus ingat, bahawa khasiat sebenar coklat terletak pada biji koko, maka semakin kurang kandungan koko dalam coklat (pepejal koko) maka semakin kuranglah khasiat coklat tersebut.

Mahal versus Murah

Mahal dan murah satu-satu coklat bergantung kepada

  1. Jenis koko. Sama ada Ordinary cacao beans (senang didapati dan murah), specialty cacao beans (aromatic, mahal) atau campuran keduanya.
  2. Lokasi koko itu ditanam.
  3. Kaedah yang digunakan untuk memproses biji koko tersebut.
  4. Bahan penambah-baikan lain yang ditambah (contohnya, untuk menstabilkan coklat tersebut, dan sebagainya).
  5. Coklat-coklat murah seperti Apollo, Cloud9, Kitkat, Nini (cokelat celup) telah ditambah dengan bahan lain seperti waffer, caramel, bertih beras, pepejal lemak (bukan susu), bertujuan untuk mengurangkan kos (murahnya serendah 30sen sepaket).
  6. Import dan tempatan (Eh, Ferrero Rocher kat Langkawi murah jaa? Hehehe..)
Coklat murah sebegini langsung tidak menyihatkan, namun sering dibeli oleh kanak-kanak kerana harganya yang murah.

Kebaikan dan Keburukan

  • Kajian oleh Holland’s National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9 milligrams catechins; 100mg ‘dark chocolate’ mengandungi 53.5 milligrams of catechins].
  • Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
  • Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
  • Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
  • Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) – pernah dengar “makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah“?
  • Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
  • Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
  • Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.

Namun, coklat juga ada keburukannya..

  • Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
  • Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
  • Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
  • Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.


Jadi patutkah Aku dan Kamu berhenti makan COKLAT?

Seperti yang aku kata mula-mula tadi, ia bergantung pada jenis coklat yang hendak diambil. Aku simpulkan, bittersweet chocolate adalah yang paling sihat untuk dimakan, diikuti semi-sweet chocolate, sweet dark chocolate, dan dark chocolate. White chocolate dan milk chocolate harus dihindari kerana kedua-duanya kurang pepejal coklat (kurang khasiat), malah kaya dengan lemak (tenusu).

Tapi itu tidak bermaksud kita boleh memakan dark chocolate sesuka hati kita tanpa kawalan. Ini kerana dark chocolate masih lagi mempunyai lemak tepu (saturated fat). Dan aku juga tidak menghalang ‘chocoholic‘ diluar sana untuk menikmati coklat kegemaran mereka. Berikut adalah tips berkenaan cara untuk mengawal pengambilan coklat dalam diet, khas buat chocoholic yang susah bebenor nak tinggalkan coklat.

  1. Beli coklat yang mengandungi pek-pek kecil di dalamnya. Contoh, mini pack M&M’s. Dan pastikan kita ambil tidak lebih dari satu mini pek sehari (purata).
  2. Baca label coklat terlebih dahulu, buat perbandingan jenama/produk mana yang mengandungi kurang fat. Tengok bahagian “calorie from fat” dan bandingkan dengan “total calorie“. Contoh, Produk A mengandungi 220kcal, dan 130kcal daripadanya ialah “calorie from fat“, manakala produk B mengandungi 230kcal, tetapi mengandungi 80kcal “calorie from fat“. Pilihlah produk B.
  3. Pilih coklat seperti ‘dark chocolate‘, elakkan ‘milk chocolate‘ dan ‘white chocolate‘. Rasanya kelat tak boleh blah? Jangan terus-menerus tukar, buat secara perlahan-lahan. Contoh, untuk permulaan beli kedua-dua ‘dark chocolate’ dan ‘milk chocolate’, dan makan kedua-duanya (kadar yang berpatutan). Ini untuk membiasakan anda dengan rasa yang-sedikit-kelat ‘dark chocolate’ tu, lama kelamaan, anda pasti terbiasa.
  4. Elakkan memilih coklat ‘nougat’/’bites’. Selalunya produk coklat sebegini mengandungi kadar gula yang berlebihan dan lemak bukan tenusu (seperti yang coklat murah yang aku cerita sebentar tadi), dan kandungan pepejel koko telah dikurangkan (kurang khasiat dari coklat yang kita cari).
  5. Kurangkan pengambilan coklat hari demi hari, sehingga satu tahap kamu hanya mengambilnya sekali seminggu. Buat secara perlahan-lahan (gradually). Rasa coklat yang dinikmati seminggu sekali adalah lebih bermakna dari yang dirasa hari-hari (lebih layan laa!).

P/S: “Betul, coklat ni simbol romantik? Aaaaa…”

“Saya sudah makan. Kamu bila lagi?”

Comments

  1. By zinnia-lyana

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Anonymous

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *