Al-kisah si Telur Lalat

Agak-agakkan kalau ditanya anak-anak kita, atau generasi sebaya aku yang jarang masuk dapur untuk memasak, rasa-rasanya tahukah mereka akan rupa telur lalat?

Pada Hari Raya Haji kedua (semalam), aku yang sedang membuka tudung kuali (kari ayam) dikejutkan dengan seekor lalat yang keluar secara tiba-tiba. Barangkali tudung kuali tersebut tidak ditutup rapat sebelumnya. Dan berdasarkan pengalaman di dapur aku yang tak seberapa, aku mengesyaki lalat tersebut sudah pasti meninggalkan ‘jejak’ kepada kari ayam tersebut dan telahan aku sama sekali benar.

Saiz potongan ayam sebelah kiri di atas adalah kira-kira 1/4 tapak tangan lelaki dewasa.

Telur lalat rupanya tidak ubah seperti nasi pulut! Berbutir-butir. Cuma saiznya berkali-kali ganda lebih kecil. Kalau gambar ni kita tunjukkan pada anak-anak kecil, confirm mereka ingat yang ini adalah nasi pulut dan bercakap,
“Nak mamam!”

Apa yang harus dilakukan jika anda mengalami situasi sedemikian? Usah berasa panik. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan (belajar dari mak).

1 – Jika anda dari kategori yang tak berapa kisah, apa yang boleh anda lakukan ialah, buangkan telur lalat yang kelihatan. Pastikan teliti betul-betul setiap pelosok makanan kerana telur lalat ini sangat kecil. Kemudian panaskan balik sehingga makanan itu benar-benar mendidih untuk beberapa minit. Ini memastikan saki-baki protein (telur lalat) yang ada betul-betul terurai.

2 – Jika anda dari kategori neutral (perasan yang diri tu sedikit hygienic, tetapi nak buang terasa sayang, lauk tu boleh dimakan lagi), apa yang boleh anda lakukan ialah basuh kembali isi-isi lauk tersebut. Buang segala kuah, basuhkan/bilas 2-3 kali dengan air masak. Isi-isi (protein) yang berjaya diselamatkan itu boleh dijadikan lauk untuk hidangan anda seterusnya. Oh ya, memandangkan kuah yang berminyak itu sudah disingkirkan, anda sebenarnya baru menyingkirkan beberapa ratus kalori daripada lauk tersebut.

3 – Jika anda dari kategori yang cerewet seperti “No way! Apa yang tercemar, tetap tercemar“, maka apa yang boleh anda lakukan ialah buangkan telur lalat yang kelihatan, kemudian berikan makanan tersebut kepada kucing-kucing yang bermastautin di belakang/laman rumah anda. Dengan cara ini, anda sebenarnya tidak membazir, tetapi bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Kan?


9 thoughts on “Al-kisah si Telur Lalat

  1. Itulah sebabnya makanan yang terdedah bahaya untuk dimakan berbanding makanan yang tertutup.

    Tiba-tiba terfikir pula.Macam mana yer dengan wanita yang asyik dedah sana-sini dengan wanita yang menutup dan menjaga auratnya?Yang mana lebih 'bersih' dan 'suci'?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>