Alkaline dalam telur separuh masak
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana hampir seminggu aku tidak menjenguk blog apatah lagi menghasilkan entri-entri baru. Ini disebabkan oleh kerosakan yang dialami oleh Netbook aku yang mana aku percaya berpunca dari serangan virus. Memang tak dinafikan Netbook/laptop + Internet merupakan nadi yang memainkan peranan yang amat penting buat blogger yang cap seposen macam aku. Siapalah seorang blogger tanpa pembaca setia? Siapa juga seorang blogger kalau medium untuk menulis blog tu lumpuh?
Gambar bukan hiasan. Ada kena mengena dengan entri kali ini.
Berbalik kepada topik yang aku kupas minggu lalu berkenaan khasiat rumpai laut sebagai alkaline, aku sebenarnya bercadang untuk berkongsi satu resepi ringkas menggunakan rumpai laut kering. Aku tak pasti sama ada, ada yang pernah mencubanya atau tidak, tetapi aku rasa ia merupakan salah satu cara yang kreatif dalam menghasilkan menu yang seimbang lagi berkualiti.
Alkaline dalam telur separuh masak
Seperti yang semua sedia maklum, fungsi alkaline dalam diet adalah untuk meneutralkan kembali kesan asidik yang dihasilkan oleh makanan yang bersifat asid. Apa contoh-contoh makanan yang berasid? Antara lain ialah sumber karbohidrat utama seperti Nasi, Oat, Gandum, makanan berminyak/lemak, dan tidak terkecuali sumber protein. Oleh kerana Telur merupakan sejenis protein yang kaya dengan asid amino penting untuk tumbesaran manusia, maka ia tidak terkecuali juga untuk tergolong sebagai makanan berasid.
Andaikata telur dimakan begitu sahaja, ia berasid. Andaikata ia dimakan dengan nasi semata-mata tanpa sayur, hidangan itu juga berasid.
Telur = Asid
Telur + Nasi = Asid
Telur + Nasi + (Alkaline) = Neutral
Maka untuk mengurangkan kesan asid telur tersebut yang dipercayai tidak elok untuk jangka masa panjang, terutamanya kepada ginjal, maka ia perlu dimakan sama dengan sumber alkaline. Sebelum ini, aku pernah kongsikan bahawa sarapan utama aku pada sebelah pagi adalah pisang dan telur separuh masak. Pisang di sini bukan sahaja bertindak sebagai sumber karbohidrat, tetapi juga sebagai sumber alkaline.
Telur + Pisang = Neutral
Anda juga boleh menggantikan pisang dengan sumber karbohidrat yang lain seperti roti, oat dan nasi. Tetapi bukankah roti, oat dan nasi itu bersifat asid? Maka dengan itu, inisiatif lain boleh diambil. Antaranya dengan memasukkan segenggam daun sup/daun bawang ke dalam telur separuh masak tersebut. Konsep ini telah digunakan sejak sekian lama dalam masakan tradisional, terutamanya sup, dalam meneutralkan sifat asid yang ada dalam makanan tersebut. Daun sup dan daun bawang di sini bertindak sebagai alkaline.
Telur + Daun bawang = Neutral
Dalam entri berkenaan Telur separuh masak sebelum ini aku menggunakan beberapa hirisan bawang merah sebagai contoh alkaline.
Telur + Bawang = Neutral
Bersempena dengan entri sebelum ini berkenaan rumpai laut, anda juga sebenarnya boleh menggunakan rumpai laut sebagai alkaline dalam telur separuh masak. Jika di tempat anda ada dijual rumpai laut yang masih segar, maka sila gunakan yang segar. Tetapi andaikata tiada dijual yang segar, maka yang kering seperti yang dijual di pasaraya Tesco/Giant/Carrefour juga boleh digunakan, cuma pastikan ia rendah sodium dan tiada pengawet yang terlalu banyak sampai berjela-jela maklumat pemakanan dibelakang pek nya.
Kemudian hancurkan sepapan rumpai laut tersebut dan masukkan ke dalam telur separuh masak yang masih panas.
Gaulkan rumpai laut tersebut agar sebati dengan telur separuh masak. Selepas 1 minit, rumpai laut akan menjadi lembut dan apabila dimakan, rasanya seperti agar-agar yang nipis.
Telur + Rumpai laut = Neutral
Terimakasih,teruskan.
info yg sgt bgs! i’ll try..
menarik ni..sesuai utk saya
entri terbaik
akk nk mintak email ss boley x?
sususejat[at]gmail.com saya akan cuba jenguk dan jawab bila ada masa :)
Assalamualaikum wbt..
saya sangat suka dengan blog sedara.. baru ini saya ada check darah.. cholestrol Alhamdulillah 3.7 sahaja.. tapi yang tak best tang uric acid.. 0.55.. huhuhu.. boleh komen pemakanan untuk kurangkan uric acid..
terima kasih..
waalaikumsalam, saya rasa Dr pun mesti dah beritahu syuhada apa yang boleh dimakan, dan apa yang tak boleh dimakan, kan? kuncinya, buat mereka yang senang mengalami peningkatan uric acid dalam darah, seeloknya kena tahu apa jenis protein yang boleh diambil, dan apa yang tak boleh diambil. elakkan protein yang ada kandungan purine yang tinggi (semua makanan/protein ada purine, tapi ada sesetengah makanan yang mengandungi kandungan purine yang sangat tinggi), dan makanan yang tinggi kandungan fructose.
antara protein yang tinggi kandungan purine: organ binatang seperti hati, ikan kembung, dan daging.
dalam masa yang sama, pertingkatkan juga alkaline yang masuk ke dalam tubuh.
Wah…. itak pernah aku makan ni. Biasanya makan oat+white egg. or pisang+telo. Esok kena beli seaweed ni… nak try apa rasa nya. Sedap ke SS?
memang sedap noie.. ;)