Antara sebab kena SELALU makan PELBAGAI sumber kekacang…

Perkataan ‘essential‘ dalam komponen nutrien manusia tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada komponen nutrien tersebut yang mana tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan, tetapi badan memerlukannya untuk keperluan metabolisma, justeru badan nak tak nak harus mendapatkannya menerusi diet. Saya pernah kupas berkenaan 5 essential yang amat diperlukan manusia dahulu dalam entri “The Five Essentials” (sila rujuk semula entri berkenaan untuk ulang kaji).

Antara 5 komponen nutrien yang essential kepada manusia, salah satunya adalah lemak penting atau “Essential Fat”, bermaksud lemak yang amat diperlukan manusia (terutamanya untuk jantung, disamping fungsinya sebagai pelarut vitamin) tetapi masalahnya di sini adalah badan tidak dapat menghasilkannya sendiri (dalam badan), tidak sebagaimana badan mampu menghasilkan antibiotik untuk memperkuatkan sistem imun (disebabkan kebanyakan antibiotik boleh dihasilkan sendiri oleh badan maka badan tidak perlu terlalu bergantung mengambil satu-satu ubat antibiotik secara berterusan, asal demam sikit, ambil antibiotik, selesema sedikit, antibiotik, ini sesuatu yang agak melecehkan).

Justeru nak tak nak badan harus mendapatkan lemak penting ini menerusi diet. Namun bukan semua lemak itu ‘essential’. Antara jenis lemak yang jatuh dalam kategori ‘essential’ adalah lemak poli tak tepu (polyunsaturated), menerusi 2 asid lemak yang amat popular dengan panggilan “Omega 3” dan “Omega 6” di kalangan pengguna hari ini.

010220131483

Michael D. Geary dalam ebook beliau yang berjudul “The Truth About SIX PACK ABS” ada menyebut berkenaan pemilihan “Essential Fat” ini. Berikut digariskan 4 perenggan info yang dimaksudkan:

“When it comes to monounsaturated fat, you pretty much can’t go wrong, because it is a fairly stable fat (not overly reactive to light and heat). Great sources of monounsaturated fat are extra virgin oil, avocados, pecans, macadamia, and almonds.

You have to be more careful when it comes to polyunsaturated fats. Many researchers believe that the overabundance of refined and/or hydrogenated polyunsaturated fats such as soybean, corn, cottonseed oils in modern diets are the main culprit for the explosion of heart disease and obesity since the middle of the 20th century.

Polyunsaturated fats are much more reactive to heat and light and therefore become more toxic when processed and heated as is done in almost processed foods on the market today. In addition, modern diets are so heavily skewed towards omega-6 polyunsaturated fats compared to omega-3 polyunsaturated fats, that most people eating a modern diet are deficient in omega-3’s.

Don’t misunderstand me here – polyunsaturated fats are an important part of a healthy diet. In fact, omega-6 and omega-3 polyunsaturated fatty acids are what are referred to as the “essential fatty acids” because our bodies cannot manufacture them. However, because they are so unstable and highly reactive, the trick with polyunsaturated fats is to eat them as minimally processed as possible and eat them in the form of raw nuts and seeds or from carefully extracted fish oil”

Masih kurang mengerti apa yang cuba disampaikan? Saya rumuskan kembali isi-isi penting yang ada dalam teks 4 perenggan itu dalam bahasa saya sendiri pula.

1 – Kebanyakkan sumber tumbuhan menawarkan berbagai jenis lemak yang baik kepada manusia; antara yang diketahui setakat ini mempunyai hubungkait yang baik dengan kesihatan jantung adalah asid lemak poli tak tepu “Omega 3” dan “Omega 6” (untuk individu normal, pengambilan kedua-duanya harus dalam nisbah yang seimbang 1:1 atau lebih hampir dengannya – rujukan The Royal Society of Medicine Journals)

2 – Terdapat satu lagi kategori lemak yang baik untuk manusia iaitu dari jenis asid lemak mono tak tepu (monounsaturated). Asid lemak dari jenis ini lebih stabil pada persekitaran biasa memandangkan ia cuma ada satu ikatan ganda dua (double bond) sahaja – sebab tu namanya “mono”, bermaksud ada satu ‘double bond’. Saya pernah kongsikan perbincangan struktur kimia asid lemak ini suatu ketika dahulu, jika anda masih ingat. Saya juga ada memasukkan topik ini dalam “Diari Diet“.

3 – Disebabkan sifatnya lebih stabil, selalunya adalah selamat untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak mono tak tepu ini dalam pelbagai jenis penyediaan seperti bakar, panggang, rebus dan goreng kering. Sebagai contoh, Almond atau Kacang Tanah panggang jenama Tong Garden yang dibeli di supermarket tu, sediakan sendiri snek kekacang anda di rumah, ataupun dengan cara memasukkannya ke dalam masakan seperti kek, biskut atau snek-snek.

4 – Walaubagaimanapun, asid lemak poli tak tepu tidak seperti ini. Ia tidak stabil dalam suhu yang panas (walaupun sedikit) dan adalah sangat reaktif. Ini kerana asid lemak poli tak tepu mengandungi lebih banyak ikatan ganda dua – sebab itu namanya “poli” yang bermaksud banyak ‘double bond’. Dalam subjek kimia (jika anda masih ingat), apa-apa struktur kimia yang ada lebih dari satu ikatan ganda dua adalah tidak stabil dan sangat reaktif terhadap unsur-unsur lain terutamanya terhadap atom hidrogen – proses tindakbalas hidrogen ke atas ikatan ganda 2 ini dikenali sebagai “hydrogenation” yang mana hasilnya akan menghasilkan salah satu kumpulan asid lemak berikut:

  1. Monounsaturated fat (bilangan ikatan ganda dua mula berkurangan, lalu tinggal hanya satu, reduction of double bond)
  2. Saturated fat (terhasil apabila semua ikatan ganda 2 telah terurai, lebih stabil kerana statusnya kini adalah “saturated” yang bermaksud tepu, maksudnya di sini dah tak ada ruang untuk hidrogen masuk dalam struktur tersebut)
  3. Trans fat (sama seperti Saturated fat, bezanya di sini ialah struktur transfat ini tidak lurus dan seakan membengkok, disebabkan itu saya lebih suka menggelarkannya “lemak cacat”)

5 – Disebabkan oleh sifat lemak poli tak tepu yang sedemikian, terdapat ‘trick’ mudah yang boleh diamalkan jika anda ingin mensasarkan pengambilan asid lemak poli tak tepu omega 3 dan 6 secara optimum, iaitu dengan cara mengambilnya se ‘natural’ dan se ‘mentah’ yang mungkin, dan elakkan mengambil mereka dalam bentuk yang sudah diproses (sebagai contoh minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak soya, atau pun produk makanan kering yang ada salah satu sumber kekacang yang dimaksudkan, ini antara contoh lemak poli tak tepu yang sudah diproses – barangkali ia bukan lagi asid lemak poli tak tepu yang anda cari).

Setelah memahami isi rumusan saya sebentar tadi, cuba anda kaitkan pula dengan tajuk entri pada kali ini.

2 genggam kacang almond seperti ini sudah cukup membekalkan lemak mono tak tepu yang diperlukan badan.

2 genggam kacang almond seperti ini sudah cukup membekalkan lemak mono tak tepu yang diperlukan badan dalam sehari.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DD-thumbnail.
Sudahkah anda membuat tempahan untuk memiliki Diari Diet? Manuskrip Diari Diet sudah dihantar ke syarikat percetakan dan proses cetakan dianggar siap pertengahan Februari depan. Namun proses mengambil tempahan telah pun dibuka, tempahlah sekarang di sini dan jadilah antara yang pertama memilikinya nanti!

Comments

  1. By Anisah Mohd Arshad

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *