Anugerah Makanan ‘SS’ Terpopular
Makanan ‘SS’ dari pandangan pembaca SS! (Makanan ‘SS’ = Makanan ‘Sihat dan Sedap’)
Kali ini aku nak berinteraksi dengan cara yang sedikit berlainan dengan pembaca-pembaca kesayangan. Kira-kira jam 2 petang tadi, aku telah mengeluarkan status di FB dan Twitter yang berbunyi “Apakah contoh makanan di Malaysia yang menyihatkan, tetapi sedap? Kongsikan pengalaman anda“. Agak-agaknya makanan apakah di Malaysia yang berstatus sihat tetapi sedap? Bila sebut sahaja makanan Malaysia yang sedap, pasti terlintas di fikiran akan beratus-ratus kalori yang dimiliki oleh makanan-makanan tersebut. Tetapi itu bukanlah 100% betul.
Terdapat lebih 50 pembaca telah mencalonkan makanan kegemaran masing-masing yang difikirkan sihat dan boleh dimakan selalu. Berikut merupakan hasil pencalonan yang telah dijalankan sepanjang hari ini (sehingga jam 11 malam). Aku telah membahagikan senarai makanan ini kepada 3 kategori. Kategori pertama ialah “Makanan ‘SS’ Terpopular” yang mana untuk makanan dimasukkan dalam kategori ini, haruslah mendapat sekurang-kurangnya 2 undi. Kategori kedua pula ialah “Makanan ‘SS’ Tercalon” yang mana makanan yang disebut sekurang-kurangnya sekali, dan disahkan layak mendapat pangkat ‘SS’, akan diletakkan dalam kategori ini. Kategori terakhir pula adalah “Makanan ‘SS’ Tersingkir” yang mana makanan yang disebut dalam pencalonan, tetapi tidak layak mendapat pangkat ‘SS’, akan diletakkan dalam kategori ini.
Terasa terharu kerana 4 daripada 12 makanan dalam kategori “Makanan ‘SS’ Terpopular” ini adalah merupakan makanan kegemaran aku, yang aku percaya menyihatkan dan sudah direview sebelum ini, malah 2 daripadanya menduduki carta teratas! 6 orang telah memilih laksa sebagai makanan tradisi Malaysia yang sedap dan menyihatkan, diikuti dengan 5 orang yang telah memilih tauhu sumbat. Syabas buat si Laksa dan Tauhu Sumbat! Selepas ini anda mungkin boleh memilih salah satu makanan daripada senarai ini untuk dimasukkan ke dalam buku log diet anda, kerana apa? Kerana mereka bukan sahaja sihat, tetapi sedap!
A – Makanan ‘SS’ Terpopular
- Laksa Utara (6 orang)
- Tauhu sumbat (5 orang)
- Kerabu mentah seperti pucuk paku, kerang rebus, dll (5 orang)
- Popia Basah (4 orang)
- Sup sayur (3 orang)
- Roti Nan dan Ayam Tandoori (2 orang)
- Tosai, hanya 80kcal sekeping (2 orang)
- Nasi Kerabu (2 orang)
- Pecal (2 orang)
- Tom yam (2 orang)
- Pengat Pisang kurang manis (2 orang)
- Nasi Ayam (2 orang)
B – Makanan ‘SS’ Tercalon
- Wholemeal bread dan tuna (sandwich)
- Subway (ini bukan makanan tradisi, tapi tak apalah, asalkan ada di Malaysia)
- Capati
- Petai cicah sambal belacan
- Umai
- Daging rebus cicah air asam
- Oat bersama sambal belacan bersama ikan bilis (ok, makanan apakah ini? Sila jelaskan wahai Noraini Mohamad)
- Ikan Singgang
- Agar-agar sirap Cik yah (Cik yah yang mana satu ni Repairman Pablo?)
- Ayam masak merah Cik Jijah
- Sup sayur yang panas-panas dan diletakkan oat sebanyak 5 sudu
- Sup ayam bersama lobak merah dan kentang
- Sup daging
- Rojak buah
- Yong Tau Foo (kurangkan ambil kuahnya yang manis)
- Pau (tengok juga, kerana ada peniaga yang menjual “Pau Kentang”, mana taknya, kentangnya saja yang lebih!)
- Jagung rebus
- Ayam panggang (dada)
- Serunding (dimakan dalam kuantiti yang kecil sebagai inti)
- Meehoon soto ayam
- Meehoon sup
- Asam pedas ikan dan bendi
- Steambot
C – Makanan ‘SS’ Tersingkir
- Nasi lemak – Kalori tinggi, lebih baik digantikan dengan nasi putih.
- Tuti Frutti? Betul ke menyihatkan wahai cik adik yang bernama Noor Hazira uit (gambar profile FB siap bergambar dengan Tuti Frutti lagi, memang penggemar tegar ye?)
- Sate – 10 cucuk sate sahaja sudah bersamaan paling kurang 300kcal. Belum termasuk kuah sate lagi tu. Kalau nak makan juga, biar berpada, makan bersama timun dan bawangnya sekali (sumber alkaline).
Komen SS: Definisi makanan sihat itu adalah rendah kalori, tetapi tinggi nutrisi! Untuk mengikuti perjalanan undian makanan-makanan di atas, rujuk status FB Susu Sejat ini.
Patut la makan sate tak kuruih kuruih (kurus)
SS! saya suka makan sate konon2 tak makan kuah..patut la saya tak kurus2 :(..
sebenarnya stress sebab banyak minggu dan cuba nak kurus.. tak kurus2 juga.. jogging pun selalu yang dapat ialah sakit badan..
go go go nak cuba lagik ni.. geram tahap maksima ni… arghh saya akan mencuba sampai saya kurus! …
saya dah bosan obesiti..
huhuhu…”relax”…saya pun sama DAH BOSAN OBESITI…yg penting kte jgn PUTUS ASA..
saya laa noor hazira nya ejoy oi. tak penggemar langsung. itu hari member belanja. saja amik gambar. kahkah. alamak aii malu. ohh,, ye ke tak sihat.? sebab member member cakap frozen yogurt la apa la kan. ingat betul betul sihat. ==’ thanks ejoy.
umai tu apa.?
umai tu biasanye didapati di sarawak..sejenis mknn yg dibuat dr ikan tenggiri n dijeruk bersama sejenis buah yg msm rasanye..kt sini di semenanjung ssh dpt..lin mkn pun ms Festa Konvo kt Uni dlu…skrg dh xjumpa dh..except if i go to sarawak…
tp blm sampai sarwak lagi hu hu hu
ohh,, kira kita makan macam makan keropok ke makan macam makan dengan naasi.? ehe,, soryla. tak dpt bayangkan langsung. sedap ke.?
saye pon dh busan.. asik gagal jer nk bdiet.. huhuu
x kuat semangat..
cuba kuatkan lagi zaidah.. boleh join page SS kat facebook, di sana ramai kawan2 yang memahami dan support each other ;)
Subway..mmg best dan mnyihatkan,tapi kene pilihle…cumeee…regenye…uuuaaallaahh…tq ejoy…bila post kat sini, sonok plk melyanyee..apepon kita kene bijak memilih mknn yg sihat!!!
waahh. tandoori yang aku calonkan ada jugak.. hehe
Klu spagheti kategori mane ye?? sbb sy suke sgt mkn spagethi.. Ari2 mkn pun xpe.. Huhuhu..
spaghetti pun menyihatkan kerana banyak kandungan sayur dan tak guna minyak pun untuk masak/sediakan. bebola daging pada spaghetti tu, bolehlah ganti dengan carrot fritters(carrot yang diparut halus dan dibuat dlm bentuk bebola) :)
umai tu best,…mcm kerabu jugak,..ikan mentah or udang mentah,,,rendam cuka+halia+serai+ciliapi+bwg besar,best bleh mkn nga nasi utk penambah selera, selalu makan kt dapur sarawak
buleh tanya knapa tutti frutti dikeluarkan dari kategori makanan sihat?
kurang micronutrien, jovian :)
sedapnya sate..dah lama benar tak makan sate ni. Teringat sate kat Restoran Urat Ketin, Bandar Baru Bangi
nak tanya… kalau buat senaman kardio mcm turun naik tangga sebelum tidur ok tak…
boleh, tak jadi masalah, tapi makesure ambil snek ringan selepas tu. Segelas susu skim sebelum tidur pun dah kira cukup.