Apa yang berlaku kepada badan setelah minum minuman tenaga?

Suatu Perbandingan

Dalam entri terdahulu, saya pernah kongsikan yang minuman tenaga bukanlah solusi yang baik dalam mendapatkan tenaga segera atau untuk menahan diri dari lesu dan mengantuk. Sekiranya anda belum sempat membaca entri tersebut, saya sarankan anda ambil masa dahulu membaca enteri tersebut: Minuman Tenaga hanya gimik semata-mata?

Untuk entri kali ni pula, saya nak ringkaskan suatu perbandingan berkenaan apa yang berlaku kepada tubuh badan kita setelah

1. Minum minuman ringan (cth: Coca Cola) ~30mg Kafein per tin

2. Minum minuman tenaga (cth: Red Bull) ~80mg Kafein per tin

untuk tempoh 24 jam selepas minuman tersebut di ambil. Kedua-dua minuman ini mengandungi kafein, sejenis stimulan yang mampu membuatkan kita ‘celik’.

kandungan-cafeine

Minuman Ringan Berkafein ( Coca Cola )

1. Kandungan gula Coca Cola yang tinggi sepatutnya mampu membuatkan kita muntah serta-merta setelah meminumnya. Namun, kandungan asid fosforik yang terdapat dalam minuman ini telah ‘melemahkan’ rasa manis tersebut justeru membuatkan kita tidak muntah apabila meminumanya. Rasa manis saja yang dilemahkan, tetapi kandungan gula masih tinggi.

2. Kandungan gula yang tinggi membuatkan paras gula darah naik mendadak dalam tempoh 20 minit, membuatkan paras insulin naik mendadak.

3. Dalam tempoh 40 minit, ke semua kafein dari Coca Cola yang diminum telah diserap ke dalam badan mengakibatkan tekanan darah meningkat lalu membawa kepada pembukaan anak mata (pupil). Ketika ini juga, reseptor adenosine di otak telah dihalang, justeru rasa letih itu ‘hilang’.

4. 5 minit kemudian, paras dopamine meningkat membuat anda rasa selesa dan ‘puas’. Kesan kepuasan ini adalah sama tara dengan kesan kepuasan mengambil dadah heroin, maka tidak hairanlah jika ramai yang hendak meminumnnya lagi (satu tin tak cukup katanya). Dopamine adalah sejenis opioid (sejenis hormon yang mampu mendatangkan rasa ‘high’ dan ‘selesa’).

5. 15 minit kemudian (atau setelah 1 jam mengambilnya), ‘sugar crash‘ berlaku. Anda menjadi lebih grumpy, moody, dan lesu serta merta. Anda mula rasa untuk ‘crave‘ pada sesuatu.

6. Kafein akan membuat anda rasa untuk buang air lebih kerap. Kekerapan membuang air kecil untuk menyingkirkan ‘bahan-bahan’ kimia yang terdapat dalam minuman ini turut mengakibatkan nutrien-nutrien penting yang lain disingkirkan bersama. Rugi.

coca-cola

Minuman Tenaga ( Red Bull )

1. Untuk tempoh 40 minit yang pertama, situasi yang berlaku adalah sama seperti yang dibincangkan tadi (tekanan darah meningkat, anda jadi lebih celik, fokus).

2. Sugar crash berlaku kira-kira 1 jam selepas meminumnya. Anda jadi lesu kembali.

3. Bergantung kepada individu, kira-kira 3-6 jam diperlukan untuk menurunkan 50% paras kafein yang berada dalam pembuluh darah (caffeine’s half-life), justeru sekurang-kurangnya 12 jam diperlukan untuk menyingkirkan sepenuhnya kafein yang diminum tadi dari darah (hati bertindak sebagai metabolizer, metabolites disingkirkan menerusi air kencing).

4. Wanita yang mengambil pil perancang perlukan masa 2x ganda lebih lama untuk menyingkirkan kafein ini dari badan mereka.

5. (Khas untuk mereka yang mengambil minuman ini secara kerap) – dalam tempoh 12-24 jam selepas meminumnya, caffeine withdrawal berlaku – anda akan rasa sakit kepala, pening, rasa makin lesu, moody dan kemungkinan sedikit sembelit ketika membuang air besar.

6. 7 hingga 12 hari diperlukan untuk badan ‘beradaptasi’ dengan kesan caffeine – apabila ini berlaku, anda tidak akan lagi merasai kesan ‘boost’ dari kafein tersebut. Kes ini pernah berlaku pada kawan saya, seorang penggemar minuman tenaga seperti Red Bull dan Livita. Dia pelik dan hairan, kenapa dia masih rasa mengantuk meskipun sudah 2 botol minuman tenaga tersebut telah diminumnya. Hakikatnya badan beliau sudah beradaptasi dengan kafein.

energy-drink-infographic

Jadi mungkin ada yang bertanya, bagaimana untuk menjadi bertenaga tanpa meminum minuman tenaga? Mudah saja…

1. Eat well – makan elok-elok, pastikan cukup makro dan mikro nutrisi yang badan perlukan.

2. Exercise regularly – rajin-rajin bersenam, fahami apa itu komponen fitness (ada 5).

3. Sleep well – jika anda tidur dengan cukup, nescaya anda tidak akan mengantuk atau lesu keesokkannya… percayalah!

Rujukan:

1. How Coca-Cola affects your body when you drink it (MNT)

2. How energy drinks affect your body within 24 hours (MNT)

Comments

  1. By zakri

    Reply

  2. By Faaz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *