Apakah perbezaan di antara epal hijau dan epal merah?

Tanaman epal merupakan antara tanaman tertua yang diusahakan tamadun manusia. Pada asalnya, pokok epal adalah sebuah tumbuhan yang liar, namun ciri-ciri epal (bentuk, rasa, teksturnya) diperbaiki selama beberapa ribu tahun melalui teknik kacukan dan “biak-dan-pilih” (selective breeding). Pada masa kini, ciri-ciri epal boleh diperbaiki lagi dengan kaedah bioteknologi moden.

Nama epal dipercayai berasal dari perkataan Latin “mălum” yang bermaksud “kejahatan” (mālum = apple, mălum = evil/misfortune). Ini disebabkan orang zaman Eropah Kristian dahulu percaya bahawa “buah terlarang” yang dinikmati oleh Adam dan Hawa ketika di syurga, sehingga mengakibatkan mereka kemudiannya diusir dari syurga, adalah buah epal.

“Nama saintifik untuk epal merah yang terdapat di pasaran sejak beberapa abad dahulu sehingga kini adalah Malus domestica

Dari segi nutrisi dan nilai kalori pula, epal antara makanan/buah yang berkalori rendah memandangkan 86% daripada beratnya adalah berat air. Baki berat 14% pula adalah karbohidrat termasuk serat (13%, serat 2%), lemak (0.2%), protein (0.3%) serta beberapa unsur surih lagi.

Kehebatan epal terletak pada “3F” nya iaitu “Fiber“, “Flavonoid” dan “Fructose”. Fiber/serat di sini membantu dalam melancarkan lagi sistem peghadaman disamping merendahkan paras Kolestrol LDL, Flavonoid (antioksidan) yang terdapat pada kulitnya pula berguna dalam memelihara kesihatan jantung dan stroke, manakala Fructose (gula) seperti  yang kita tahu adalah sumber tenaga. Epal juga terbukti mampu menghalang manusia daripada beberapa penyakit kronik seperti kanser usus, kanser paru-paru, dan kanser prostat (Sumber: Stanford Medicine Cancer Institute).

Seperti yang diketahui umum, epal yang dijual dalam pasaran pada masa kini secara asasnya terbahagi kepada 2 jenis, iaitu epal hijau dan epal merah. Umum juga mengetahui bahawa epal merah ini lebih manis dan kurang berasa masam, manakala epal hijau pula adalah sebaliknya. Itu yang semua orang tahu hanya berdasarkan rasa. Namun secara terperinci, apakah perbezaan di antara kedua-dua jenis epal ini?

Epal Hijau (Granny Smith)

Epal hijau mendapat jolokan nama “Granny Smith green apple” bersempena dengan nama Maria Ann Smith, seorang nenek tua dari New South Wales, Australia yang secara tidak sengaja mendapat baka tersebut menerusi proses biak-baka yang diusahakannya pada tahun 1868. Ianya adalah hasil kacukan M. Domestica (epal pasaran) dan M. Sylvestaries (epal liar).

Tekstur epal hijau ini lebih keras dan ‘rangup’ apabila dikunyah, warna kulitnya pula sekitar kuning kehijauan, hinggalah kepada hijau muda. Rasanya pula lebih masam kerana kandungan asidnya yang lebih tinggi.

Epal hijau kebiasaannya dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam penghasilan pai kerana secara asasnya, buah epal ini masih muda dan belum matang sepenuhnya.

Epal Merah (Red Delicious)

Mendapat jolokan nama “Red Delicious“, sifatnya adalah boleh dikatakan terbalik dengan epal hijau. Kulit epal merah adalah lebih tebal, isinya lebih ‘rapuh’ apabila digigit dan dikunyah, malah rasanya pula kurang masam dan jauh lebih manis!

Kewujudan epal merah ini dikatakan bermula di Iowa, Amerika Syarikat pada sekitar 1880-an menerusi klon kepada varian asalnya, yang mana ditemui berdasarkan kaedah “biak-dan-pilih” (selective breeding). Sepanjang tempoh ia diperkenalkan sehinggalah pada tarikh entri ini ditulis, terdapat 42 mutasi tiruan telah direkodkan oleh beberapa “pengusaha” yang mahu memperbaiki rasa dan sifat-sifatnya yang lain (tahan lama, tahan penyakit, dan beberapa lagi).

Perbezaan: Epal Merah Vs Epal Hijau

Ramai pengamal diet percaya epal hijau adalah jauh lebih menyihatkan berbanding epal merah. Pendapat mereka ini didasarkan atas beberapa faktor. Pertama, kandungan gula di dalam epal hijau, untuk saiz dan berat yang sama, tidaklah setinggi kandungan gula dalam epal merah, memandangkan sifat epal hijau yang kelihatan “tak berapa masak” dan pembentukan gula di dalamnya masih kecil. Ini sekaligus membuatkan perbezaan nilai kalori sekitar 10-20kcal di antara keduanya (epal hijau lebih rendah).

Milik penulis, netbook golongan marhem.. jika anda perasan soket plug pada bahagian kanan netbook hanya diikat dengan gelang getah.

Kedua, mereka juga percaya kandungan nutrien yang terdapat dalam epal hijau adalah 50% lebih banyak berbanding yang terdapat dalam epal merah. Benarkah begitu? Walaubagaimanapun, hujah sebegini adalah terlalu rambang kerana langsung tidak berdasarkan rujukan sains.

Menurut Dr. John F. Hammerstone dalam kajian ilmiahnya, kandungan Procyanidin yakni sejenis Flavonoid yang terdapat dalam 4 jenis epal termasuk Granny Smith dan Red Delicious adalah berbeza. Percaya atau tidak, kandungan Flavonoid pada kulit epal merah (Red Delicious) adalah lebih tinggi bebanding epal hijau (Granny Smith).

The procyanidin content varied greatly between apple samples (12.3–252.4 mg/serving) with the highest amounts on average observed for the Red Delicious (207.7 mg/serving) and Granny Smith (183.3 mg/serving) varieties and the lowest amounts in the Golden Delicious (92.5 mg/serving) and McIntosh (105.0 mg/serving) varieties.

Rujukan: The American Society for Nutritional Sciences

Justeru apabila hendak dibandingkan antara kedua-dua epal ini yang mana lebih baik, masing-masing ada kelebihan masing-masing sebenarnya. Dalam kes epal hijau, aku percaya kandungan asid di dalamnya lebih tinggi berbanding epal merah (sebagai contoh, asid malic yang dipercayai membantu dalam menghalang pembentukan batu karang), dan setiapnya mungkin berguna dalam mendapatkan kesihatan terbaik.

Maka cara terbaik untuk memaksimakan khasiat epal adalah dengan mengambil kedua-duanya (epal merah dan hijau) sekaligus dalam diet anda.

Hijau dan Merah dalam satu epal?

2 tahun yang lalu, seorang lelaki dari Colaton Raleigh, Devon, England terkejut apabila mendapati pokok epalnya membuahkan sebuah buah epal yang separuh adalah epal hijau, manakala separuh lagi adalah epal merah.

Pada asalnya, lelaki tersebut, Ken Morrish menyangka terdapat budak-budak nakal yang berhajat ingin mengenakan beliau (prank) dengan mewarnakan separuh epal hijau tersebut dengan cat berwarna merah. Namun apabila diteliti, rupa-rupanya epal tersebut adalah epal sebenar, separuh daripadanya berkulit hijau muda, manakala separuh lagi berwarna merah.

Horticulturists percaya hal ini adalah disebabkan oleh mutasi secara rawak. Penyebab mutasi ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk, perubahan suhu, atau pun kerosakan oleh serangga. Dalam kes seperti ini, bahagian epal yang berkulit hijau muda akan berasa lebih masam (sama seperti rasa epal hijau), manakala bahagian epal berwarna merah pula akan berasa lebih manis. Sumber Daily Mail.


11 thoughts on “Apakah perbezaan di antara epal hijau dan epal merah?

  1. Salam SS.

    Flavonoid yg berada dalam kulit epal tu, kat mana sebenarnya? Di kulit atau bawah lapisan kulit? Kalau di kulit, macam mana nak makan sebab kulit epal umumnya diselaputi lilin yg berbahaya, kan?

    Mohon penjelasan pakar :)

    • Salam Sidqi, saya cuba belek beberapa sumber tapi tak dinyatakan lokasi sebenarnya, tapi saya percaya ia terkandung dalam sel kulit epal tersebut kerana Flavonoid adalah sebatian yang berwarna kuning, sama juga halnya seperti pigmen yang membuatkan kulit manusia berwarna keperangan.

      • Oh Flavonoid berwarna kuning ya? Logik dengan warna kulit epal tu. Ok saya faham. Cuma sebab kulit epal diselaputi lilin (sekadar yg saya tahu), saya kira elok dikupas kulitnya nipis-nipis dahulu.

        Terima kasih Joy! :)

  2. stok epal sentiasa ada sebab kadang-kadang kenyang jugak makan epal kalau lapar malam2. Setakat ni saya pernah buat apple pie, smoothie epal dan carot, mufin epal, dan acar epal. Saya memang suka epal

  3. nk taye.. anak saya kerap sembelit . ada org cadagkn buat jus epal.. adakan jus epal blh melancarkn sistem penghadaman.. umur anak saya 2 thn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>