Bacaan WAJIB!

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pembaca yang pertama kali menjengah blog ini (newbie) atau sebelum ini sekadar singgah dan baca secara rawak, disarankan agar membaca terlebih dahulu entri-entri penting yang telah disusun mengikut bab berikut.

1 – Kelas Kalori – Ketahui bagaimana terjadinya kenaikan dan penurunan berat badan. Ini wajib dibaca terlebih dahulu oleh sesiapa yang pertama kali singgah ke blog ini, atau sebelum ini sekadar singgah tetapi tidak memahami konsep diet secara serius.

2 – Ringkasan Diet – Merupakan ringkasan untuk laman “Kelas Kalori”. Pastikan baca dahulu.

3 – Soalan-soalan Lazim – Soalan-soalan terkumpul berkaitan diet, kesihatan umum, dan senaman. Ini akan memperkukuhkan lagi anda dengan ilmu seperti kadar metabolisma, perkara kedua yang anda perlu tahu selepas “Kelas Kalori”.

4 – Arkib – Merupakan susunan KESELURUHAN entri yang terdapat dalam blog ini, dari mula ia dibuka (May 4, 2010) hingga ke hari ini. Sekiranya anda memerlukan lebih info berkaitan, luangkan masa anda untuk membaca entri-entri yang lepas di sini.

5 – Ebook – Sekali sekala, SS juga mengarang ebook dan diedarkan di alam maya secara percuma. Boleh dijadikan koleksi sebagai pelengkap 4 komponen (Kelas Kalori, Ringkasan Diet, Soalan Lazim, Arkib) di atas. Klik pada link berkenaan dn mula muat turun secara percuma!

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di Susu Sejat dot Com, Blog gaya hidup mantap! Selamat membaca, mempelajari, mempraktikkan, dan seterusnya menyebarkannya!

7 thoughts on “Bacaan WAJIB!

  1. alhamdulillah… tumpang bangga ada blogger yg sudi berkongsi ilmu yg sangat2 berguna di alam maya ni. MasyAllah…besar benar pahala…bayangkan jika ilmu2 SS ini terus diamalkan oleh pengunjung2 yg baca blog ini, maka..pahalanya tidak akan putus, selagi dibaca, & dipraktikkan.. moga terus maju jaya… saya suka dgn entri dlm blog ni..sgt2 memberi inspirasi untuk sentiasa mensyukuri nikmat sihat yg Allah beri

  2. Hi sususejat,
    I selalu follow blog u, awesome and thank you for your effort untuk share semua ilmu2 ni :) Just recently I dpt tahu pasal p90x workout. Pastu i cari kat wiki and youtube, tapi kalau boleh I harap sgt u dapat buat entry ttg p90x workout ni. I ada cari kat arkib taktau la kalau i telepas pandang tapi rasanya u belum penah lg cerita ttg topik ni, okey SS thanks and sukses selalu!

  3. saya berumur 44 thn, memang obes lah .saya nk tanya nape bila saya amek multivitamin saya sgt2 berselera dan perut saya sentiasa lapar..tlg saya huraikan kenapa..

    • mungkin sebelum ni keperluan B kompleks tak cukup, bila dah ambil MV, intake B kompleks belah pagi cukup, tu yg terdapat sedikit peningkatan selera.. ini merupakan petanda yang bagus kerana metabolisma anda memaksa lebih banyak makanan yang perlu diambil untuk dibakar. Jika anda kini berada dalam fasa menurunkan berat badan, ada baiknya catat makanan/pengambilan kalori agar tidak terlebih makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>