KANDUNGAN
.
Senarai Kalori (Food Calories List) secara percuma dari Susu Sejat di sini. Sila baca juga entri berikut untuk memahirkan diri dengan konsep kiraan kalori ini.
.
Basal Metabolic Rate dan Resting Metabolic Rate: Takrifan
Bagaimana mengatasi mDCR yang terlalu rendah?
Kesilapan yang dilakukan ketika menimbang makanan
Menterjemahkan nibah karbohidrat:protein:lemak berdasarkan keperluan kalori
Konsep kalori dalam gaya hidup seharian
Menentukan Kalori dalam makanan yang dimasak sendiri
Kalori dan Hukum Thermodinamik Pertama
Tip pengurusan kalori: “Portioning your food”
Kepentingan merekod makanan
Salam Susu Sejat
Akak umur 40thn, lemak kt perut akak ashik bertambah..dah mcm org mengandung 9 bulan..cam ner nk buat..
jaga pengambilan kalori (rujuk kelas kalori), kurangkan makanan berlemak dan manis. bersenam 2-3 kali seminggu. InsyaAllah berat akak turun ;)
salam…nk tnya 7700 2 ambik dkt mna? tertnya2 nie?
kalori yg diperlukan utk bakar 1kg lemak..
boleh x sy xmkn nasi,tp sy mkn sayur dgn buah jer.seminggu sekali sy mkn nasi.tp dalam jumlah yg sedikit,sy bykkan lauk.sayur sy mkn mcm2 jenis etc bayam,sawi,saleri dll.buah pon mcm2 jenis sy pelbagaikan dlm diet sy.salah ke diet sy 2.
saya galakkan shillan makan nasi.. sekurang-kurangnya satu genggam sehari, dengan lauk (protein) dan sayur.. dalam nasi ada vitamin B-complex yang bertanggungjawab dalam metabolisma tenaga.. kalau tak makan nasi, nanti tak cukup energy output untuk metabolisma tubuh badan bekerja.. nak bersenam pun tak bermaya…
saya nk tanya kalau saya tukarkan beras putih kepada beras perang, adakah ianya membantu.. dan adakah kuantiti beras perang yang diambil sama dengan kuantiti beras putih (satu genggam)
kalori beras putih dan beras perang sama saja.. yang bezanya adalah beras perang lebih banyak nutrien, serat dan boleh buat rasa kenyang lebih lama = dapat kawal rasa lapar dan makan berlebihan..
Hi,
Saya nak tanye,saya nak kuruskan bahagian peha. Instead of jogging, utk memasaktikan peha saya turun dengan cepat, apa senaman yang bagus?
Lagi satu, mcm mn nak bersenam (kardio) sekiranya ader asma?
Hai Lie.. untuk kecilkan paha tu, boleh rujuk entri ni.. http://sususejat.com/kecilkan-paha-dalam-masa-sebulan/
Berkenaan asma tu, saya rasa elok Lie dapatkan nasihatkan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa2 senaman.. :)
akak pun ada asma.. doktor akak advise before start exercise.. pam dulu…
tiada alasan utk bersenam….:((
Saya berumur 35 tahun, mempunyai 4 orang anak. Masalah lemak di perut dan paha. Bagaimana untuk mengatasi
Jaga pengambilan kalori (rujuk ruangan kelas kalori), amalkan amalan bersenam untuk bakar lemak 2-3 kali seminggu.
Assalam ss,
macam mana nak kira kalori kalau makan kat rumah. contohnya kalau makan nasi putih 50g.Betul ke kalorinya 200 kalori selepas didarabkan dgn 4 utk karbo. mcm mana pulak dgn lauk2 dan sayur.
salam, guna ebook senarai kalori yang saya sertakan kat blog ni.. pergi menu kelas kalori, bawah tu ada page “Food Calorie List”. Download dari situ..
salam Mr.SS,
lps buat kire2 kalori ni…saya perlukan 1200kcal je sehari utk lose weight…tapi ade gak bace yg min. 1200kcal/hari diperlukan bg wanita (betul ke x?).maknanye saya kne terus maintain 1200kcal sampi bile2 ke?
min 1200kcal/day ni purata jer ezan.. remember, tubuh semua orang tu tak sama.. :)
Bleh saya kongsi sedikit? Saya ada tengok blog Kevin Zahri, katanya kita leh wat 1 hari dalam seminggu dipanggil cheat day nak raikan kejayaan diet kita. Contohnya kita teringin nak mkn KFC tapi sebab berdiet jadi kita tahan. Jadi pada cheat day mayb kita leh makan cuma jgn terlalu berlebihan.
salam ss,
saya dah vote utk awk k.insya allah tiap2 ari vote utk awk.Semoga berjaya.
salam yati.. thanks ok.. :) semoga kita menang, nanti boleh kita buat gathering untuk meraikannya, macam yang saya janjikan.. rajin vote setiap hari sampai 20hb Jun ni ok? ajak famili dgn kawan2 yang ada FB vote sekali, insyaAllah kita boleh.. Susu Sejat dan rakan2 boleh!
hye ss,
kalau saya nak tnye cmne nk tmbah berat badan boley ke?
umur 22, tggi 156 cm tp berat cuma 38 kg je.Kalau boley ss bagi tips yg berkesan yek..sy teringin pki kebaye.klu krus sgt, xlawa..tq
hye fara, boleh cuba tips di entri ni
http://sususejat.com/10-tips-of-how-to-gain-weight-for-dummies/
http://sususejat.com/bagaimana-untuk-naikkan-berat-badan-1kg-seminggu/
salam ss,
saya nak tanya pendapat, lately nie saya slalu mengantuk x bleh nak tahan sedangankan malam saya tido kul 11 bangun kul 6.. Adakah berat mempengaruhi masalah saya.. berat 60.5 tinggi 147… umur 27…harap dapat membatu saya risau sebab dalam meeting pun saya bleh tertido x leh nak tahan…
kurang bermaya sebab micronutrien tak cukup.. ada ambil multivitamin? Mungkin boleh cuba ambil satu pek dan tengok. Dan makan juga makanan penjana metabolisma, seperti telur separuh masak + lada sulah pada sebelah pagi.. dan bila mengantuk, jangan terlalu bergantung pada caffeine (seperti kopi). Pengambilan caffeine yang berlebihan akan membuatkan anda lebih mengantuk, tambah2 kalau diambil bersama gula.
barat saya 70kg n tinggi 159cm…saya dh cuba diet tp berat badan susah nk turun…masalah saya juga bahagian lengan n peha yang agak besar….macam mna saya nk krgkan lemak pada lengan dan peha saya?
bila berat badan turun, lemak akan turun secara sekata di seluruh badan. melainkan jika buat weight training, maka ia akan meningkatkan lagi/mempercepatkan lagi penurunan lemak di sekitar otot yang dilatih.
hye ss.. sy ade soklan nk tanye.. sblm ni berat sy 85kg, tp dlm ms sebulan sy ikut dan amalkn ape yg ss ajar, sy da turun ke 79kg.. sy amalkan berjoging 4 kali seminggu tapi skrg sy da stop dekat sebulan sbb sy alami mslh sakit kaki.. tp bile stop sy rase cpt penat n sy mula makan tanpa mengira kalori.. dan bile sy timbang smlm berat sy naik 1kg,n ni buat sy takut berat ni akn terus naik blk.. ss ade tak senaman lain yg dpt membantu sy untuk terus menurunkn berat ke tahap yg ideal?? harap ss dpt membantu.. thanks..
Hai Sha, mungkin lepas ni boleh lakukan senaman yang berimpak rendah. Antaranya ialah dengan berenang. Terdapat juga beberapa senaman lain yang berimpak rendah. Ni saya senaraikan beberapa senaman yang low impact pada sendi selain berenang, tapi mayb costly sikit sebab kena beli mesin tersebut (atau pergi ke gym untuk menggunakannya)
1) Mesin Ellipticals – Apa tu ellipticals? Ia sejenis mesin kardio tetapi low impact pada sendi. Ini merupakan mesin yang common kita tgk dalam gym. Ala2 macam “skywalker” gitu.
2) Mesin Stationary bike – dia macam basikal, tapi statik jer.. boleh guna resistance yang ringan sikit so takkan beri beban yg byk pada sendi.
thanks ss sbb sudi reply soklan sy.. sy akan berusaha buang lemak2 jht yg menghuni sekian lama kt badan sy.. hehehe.. thanks sgt2 tau ss.. moga ss terus sukses ya!!
Hi SS,
Salam Ramadhan.Maaf mengganggu,cuma nak minta sedikit tips.Lea umur 22 tahun,bekerja,berat 60kg berat 155cm.Badan agak berat dan rendang la.Dulu berat 53kg shja,lepas msuk kerja n stop sukan bdan naik mendadak.So,kalau bleh dalam masa 3 weeks in ramadhan ni apa lea leh buat untuk turun sket..?at least i can look better on Eid..and what should i do after eid,what should i take..how much..what kind of food,what kind of exercise..just need an assistant a lil bit..hope to hear from u soon SS..thanks.
salam lea,
what type of food and how to choose a right technique of exercise in Ramadhan, saya dah cerita dalam siri khas puasa sebelum ini, harap dapat rujuk kembali.. :) http://sususejat.com/siri-siri/siri-khas-puasa/
tentang senaman yang spesifik, insyaAllah kalau ada kelapangan saya cuba post nanti, tapi sebelum tu cuba rujuk ruangan Siri Khas Puasa dulu dan fahami bab ketika berbuka, sahur, dan bersenam. Jaga pengambilan kalori sama dan pastikan anda kekal cergas dan aktif ketika bulan puasa, jangan asyik banyak duduk/tidur/buat kerja yang kurang pergerakkan.. sebaliknya terus kekal aktif seolah2 macam hari biasa.. ok?
assalammualaikum…bro ss snd saudari dylia..menarik gak pertanyaan tu..so apa pendapat SS tentang P90x..pada dylia..try le p90x..search kat 4shared…ada complete guide dari senaman smpai ke pola permakanan dan workbook..download je kat 4shared..tang pola permakanan je yg masih saya tak paham..huhu..sory bro SS…nyibuk je saya ni,cuma ikut pepatah omputih SHARING is Caring..peace
Salam Ramadhan SS.Maaf mengganggu.Saya ingin meminta pendapat SS.Tinggi saya 151cm, berat saya dulu 78kg (June),dan bila saya demam, sy xsedar yg berat badan sy turun hingga 73.5kg (July). Oleh krn berat sy dah turun, sy ingin turunkan lagi, so, sy tak makan nasi sampai sekarang.. sahur sy ambil oat,kismis or kurma dan soya or susu. untuk berbuka, sy ambil ikan bakar+ sayur +air asam atau sayur air+bihun.berat hari ini = 70.8. Setiap 2 hari sekali sy lompat2 sbyk 250 lompatan (guna hujung kaki shj).Adakah cara diet saya ini normal? Berkhasiat or tak pemakanan sy ini?
salam Anis. Maaf ye sebab lambat reply sebab saya bercuti awal sebelum raya tempoh hari. Saya rasakan penurunan berat Anis ni hanya didorong oleh penurunan otot, dan diet yang Anis buat ni pun kurang teratur. Yang lain2 semua dah ok, tetapi bihun tu cuba gantikan dengan nasi, ok? :)
asslmkm..en susu.saya mempunyai lemak dibahagian bontot saya,dengan itu ramai kawan2 saya yang mengatakan saya tonggek,dengan kata2 itu saya barasa amat malu sekali untk bertemu dengan kawan2 saya.jd bagaimanakah cara2 untuk mengatasi masalah ini en susu?
waalaikumsalam, rasanya ini memang genetik, tapi tak salah hendak mencuba. Satu-satunya cara yang saya percaya dapat membantu ialah menerusi senaman, banyakkan senaman yang fokus pada otot glute (punggung) dan rajin2 lah berkardio.
assalamualaikum, salam aidilfitri.
cuma nak sampaikan, bahagian 5, linknya dah doubled.. so jadik broken. mintak admin tolong betulkan ye. untuk memudahkan pengunjung. =)
w’salam Mat Ron.. ok, noted! Dah dibetulkan, thanks sebab bagitahu… :)
Salam,
Saya nak kahwin bulan 12 ni dan saya perlu turunkan lebih kurang 14kg. Masa puasa lepas saya berjaya turunkan 8kg, hanya dengan jaga kalori intake = kurangkan makan. Boleh suggest cara macam mana nak hilangkan lagi 14kg tu?
Thanks
Cipta lebih banyak kalori defisit dengan senaman, tingkatkan lagi metabolisma (dah download ebook percuma? kalau belum, rujuk belah kanan blog)..
as’salam,mr SS.. Sy nak cadangkn mr SS agar buat entry pasal kiraan kalori dlm makanan yg dmasak sendiri…cause now stlh mgamalkn diet dgn mgira kalori,sy selalu masak sendiri, slain menyihatkan ianya juga jimat..tp msalah sy,kompius pula tang mgira kalori yg mkanan yg dmasak..wlupn sy dh rujuk kt ebook yg mr SS sediakan..tolonglh sy ye..sy dh pun try google mslh sy ne tp lain pulak yg keluar..tu yg tension tu..ahaii..apapun,terima kasih bebanyak utk info2 yg mr SS berikan..
w’salam, maksudnya, nak saya ajarkan ke bagaimana mengira kalori untuk hidangan yang dimasak? begitu? sebab memasak ni kan perkara subjektif. ada orang yang suka guna minyak lebih sikit (tinggi kalori), ada pula yang cuma guna satu sudu saja, mcm saya… kalau begitu yang dimaksudkan, insyaAllah bila saya pulang ke kampung nanti saya cuba selitkan. sekarang ni saya tumpang rumah bujang, tiada dapur. susah sikit nak review.. kalau balik rumah famili nanti mungkin senang sikit. Anyway, thanks for the suggestion!
yup..betul betul betul..itulah maksud sy… :) now dh masuk 2weeks sy amalkan diet kira kalori ne, Alhamdulillah turun 3kg…tunang sy pn ckp makin kecut je..haha :D nanti akan sy share lg kalo dh turun sampai target weight.. *happy mode*
As salam ss….. hari ni saya ”mula masuk klass kalori ss”……doakn saya brjaya turunkn berat bdn,,,65kg dgn ketinggian 153cm…umur38, bermasalah lemak byk diperut dn lengan manakala bahagian bawah iaitu dr punggung , paha dn kaki serta betis kecil …x seimbang dgn bdn bhagian atas….nekad ….kali ni saya ….serius….insyaallah
Good luck Yani!
hi ss, erm..rs mcm berat jer mslh ni, n nak tau cmner nak buat, hrp ss dpt tlg sy.. ms pegnen berat sy sampai 96kg, abis pntg trn smpai 92kg, pastu tgk biggest loser n try follow kira kalori n excercise, alhamdulillah turun smpai 76kg, blm dpt brt ideal lg, lps kira bmi sy nyer brt ideal 63kg, jauh lg, tp mslh sy skrg ni, bln puasa aritu xdiet n excercise, skrg naik blk 86kg, cmner sy nak kawal minda ni supaya xingat nak mkn jer? takotla dpt blk 96kg tu…. xnak2…
psychology juga tu, mungkin beberapa tips yang saya pernah cerita dalam blog ni membantu, macam tip ketika membeli belah di pasaraya, tip mengelak terlebih makan… ada banyak lagi… boleh try tengok ye.. :) sayang, bonda aqil boleh buat, cuma kena terus berusaha, kuatkan minda!
Nak tanya..kalau tak sempat bersenam, bolehkah saya ganti dengan amalkan sauna??
Sauna tak boleh menggantikan amalan bersenam, malah kesan dan impak keduanya pun berbeza. Boleh baca lagi di sini: http://sususejat.com/sauna-oh-sauna/
Slm..Tahniah dan terima kasih kpd ss krn menginspirasikan sebuah blog yg amat bguna kpd masyarakat diluar sana terutama kpd glgn seperti akak yg ingin menurunkn berat badan secara sihat. Rata2 skrg ni bnyak jgk yg ditwarkan pakej utk menurunkn berat badan sebegini tetapi semuanya harus dibayar..tetapi ss telah memberikn ilmu tersebut secara PERCUMA…hanya Allah shj yg dpt membalasnya..AMIN..bak kata Ustazah Siti Norbahyah..”Hati yg ikhlas pasti dibalas”..
sblum akak tahu psl kalori2 ni..akak dh turun 2kg dgn hadkan pengambilan makanan harian..tp kurang bersenam..hanya buat kerja2 rmh je..main dgn ank..tp dh sampai satu tahap berat akak statik x turun2…maintain je…bln puasa hr tu pun x turun2..jd, akak crlah alternatif lain sampailah terjumpa blog ss ni..
Sebenarnya akak dh tamat dh kelas kalori ss ni..hehehe..dan ikut panduan yg diberikan..tp,kenapa berat akak x turun2 wlpn dh seminggu akak hadkan pengambilan kalori dan melakukan senaman tiap2 hari selama 45minit..mungkinkah sebab akak silap mengira pengambilan kalori?sebab akak ni suri rmh msk sndiri..jd kdg2 tu agk2 je..sebab ada yg x ada dlm food list tu..utk pengetahuan ss, BMR akak 1404 dan DCR 1685..jd, akak x blh tolak 500kn sebab dh melebihi BMR..akak hadkan pengambilan kalori sehingga 1404 je dn tingkatkan senaman..tu yg tiap2 hari tu..btul x akak kira?hehehe..tp sama je..mcm kecewa jgklah..ke akak ni jnis susah utk kurus?kdg2 tu terfikir jugak..’mkn ajerlh..sama je x turun2..’hehehe.. harap ss dpt membantu akak…TQVM..
Salam Kak zie, thanks sebab baca blog saya yang tak seberapa ni, soalan kak zie ni sebenarnya saya dah jawab pada komen kak zie yang satu lagi, tapi bila akak sebut “seminggu” dalam soalan ni, baru saya faham, mungkin masih terlalu awal untuk kak zie ukur perjalanan turun badan kak zie. Kalau seminggu tak turun selepas mengamalkan, saya tak terkejut, tapi kalau sebulan tak turun juga, saya mungkin terkejut.. :) yang penting akak jangan mengalah dan cepat putus asa, masih terlalu awal lagi tau… teruskan.. ye?
Slm..terima kasih ye ss sebab bg komen..Insya Allah akak akn teruskn lagi.
a’kum, ss..saya berumur 34thn dan berat 90kg…saya dah cuba mkn mcm2 prodak plansingan tapi x berjaya..malahan makin naik ada, suami dah bising dan saya pun dah rasa x selesa dengan badan sendiri..umur baru 34 tapi dah mcm umur 45…saya sentasa rasa rendah diri….selera saya utk makan terlalu tinggi…sekarang apabila saya makan berlebihan..selepas makan jantung saya akan berdegup kencang dan saya akan jadi terbatuk2..bantulah saya ss..bagaimana saya nak menurunkan berat badan saya ni..keluarga saya kebanyakkan ada kncing manis dan darah tinggi.. saya takut..
w’salam. pertama sekali, azam kena kuat, jangan fikir setiap benda tu ada penyelesaian mudah (ambil produk, dan sebagainya). apa yang penting adalah ilmu, kita kena tahu, apa yang membuatkan berat badan naik, dan apa yang membuatkan berat badan kita turun. bukan kerana produk, tetapi kerana ilmu. InsyaAllah, kalau zanariah explore blog ni betul2, memang akan ada jawapan kepada masalah yang zanariah hadapi ni. untuk pengetahuan zanariah, arwah datuk belah abah saya meninggal kerana kencing manis, SELURUH adik beradik abah saya juga kini mengidap kencing manis dan darah tinggi. kalau saya tak berbuat sesuatu dari, saya mungkin akan menjadi salah seorang dari mereka. perubahan gaya hidup amat perlu, dan ia perlukan ilmu. InsyaAllah, rujuk dahulu “Bacaan Wajib” di bahagian atas, dan sama2 kita mempraktikkannya..
Salam..akak nak tanya..nape berat akak x turun2 w/pun dah seminggu akak kawal pengambilan kalori dan melakukan senaman setiap hari lebih kurang 45minit..berat akak statik je dr dulu..adakah disebabkan akak ni jenis susah nak turunkan berat badan?
utk pengetahuan ss BMR akak 1404 dan DCR akak 1685..jd akak kena hadkan pengambilan kalori sehingga 1404 je kan?betul x?
sebni akak ada pernah hntr soalan kat ss tp x masuk pun kat ruangan ni..x tahu nape..ni cubaan kedua..
salam kak zie, adakah senaman yang dilakukan itu sama rutinnya setiap sesi? jika ya, barangkali badan kak zie dah mula menyesuaikan diri dengan rutin yang dilakukan, maka dengan tu akak kena ubah intensiti (tambah bilangan set atau masa senaman), atau akak mulakan satu rejim senaman yang baru. Antaranya ialah boleh follow body jam (aerobik) yang versi DVD tu, atau ikut kelas aerobik, jika sebelum ni akak asyik jogging semata-mata. Cuba pelbagaikan senaman tu dan lihat hasilnya.
antara jogging dengan aerobik mana lgi elok?
salam… ss..
macam mana nak kurangkan tembam di pp? saya rasa diri saya terlalu tembam tetapi badan ok…
sama juga, kardio adalah jawapannya, sebab nak buang lemak ni tak boleh spesifik, kalau nak turun, dia turun semua. meskipun susah sikit sebab pengaruh genetik (fat cell banyak di pipi), tapi kesan penurunan itu masih ada jika buat kardio.
Salam
Dek kerana nk mencari info tentang workout/cardio/kuruskan peha bagai sy terjumpa blog SS nih. salam perkenalan yer..membaca kisah SS turun 40kg tu memang “superb”. maknanya setakat 10-15kg kami2x pun boleh kan? Sy sebenarnya bercadang nk consume “Dorumine” atas nasihat doc. dh consult n nk beli isnin nanti tp bila baca blog SS ni sgt mengujakan kerana dgn pengawalan makanan seimbang serta exercise yg sesuai berkilo2x pun boleh turun. FYI sy berumur 36 berat 67kg tinggi 154cm..memang huru hara BMI kat situ. n size 34/33/40..huh cmne tu alighment memang lari sgttt..dari awal tahun berazam nk kurangkan berat badan meaning fit la..so nampaknya azam ni bersambung ke tahun hadapan. apa2x pun byk info dpt sy baca kat sini..halal yer! apa saranan SS tuk permasalahan ini? terima kasih
Salam, tiada jalan singkat mar, kalau saya boleh, kawan2 yang lain boleh, mengapa tidak mar? ;) i wish you all the best, dan explore juga “bacaan wajib” kat menu tu kerana ia amat membantu… salam perkenalan juga dari saya, kalau mar ada ilmu2 berkaitan, harap dapat dikongsikan bersama ye, terutama pengalaman menggunakan “Duromine” tu.
Salam En SS,
Saya berumur 32 thn, mula diet tapi x kira kalori
sejak pertengahan Okt 2011, masa tu berat 106kg, tinggi 1.7m.. mula serius kira kalori dan ikut nasihat2 SS ni pada 1 Nov 2011, berat 104kg, pinggang 120cm, pinggul 119cm…jadi lepas 1 minggu timbang berat x turun, masih 104kg..minggu kedua timbang pon masih x turun, jadi saya pun ukur pinggang & pinggul ukurannya adalah, pinggang 115.5cm dan pinggul 113.5cm..apa terjadi sebenarnya ye? boleh terangkan En SS…terima kasihhhh….
Assalamualaikum, Saya nak mohon bantuan sususejat. Saya ada anak perempuan berumur 12 tahun yang berat badannya 80kg. Bila saya pegang badan dia contoh bhgn lengan, otot tu lembik maksudnya takda la pejal. saya rasa anak saya gemuk air.
Anak saya juga seorg yang pemakan di mana lebih suka makan makanan ruji mcm nasi, mee, dll. junk food kurang dia makan.
sekrg ni cuti sekolah dan kurang aktiviti maka lagi banyaklah dia ternak lemak..
mohon bantuan sususejat utk saya buat satu program khas utk anak saya.
tq
tiada istilah gemuk air tu puan.. lembik2 tu adalah lemak, tapi isipadunya mungkin belum mampat lagi untuk diisi dengan lemak.. tentang program khas tu, saya cadangkan puan hantar anak puan ke training “summer camp” bila tiba cuti sekolah.. sekarang ni banyak pusat2 kecergasan/gym yang buat summer camp khas untuk kanak2 dan remaja agar menjadi lebih aktif dan sihat…
Salam SS,
Tinggi saya 157cm, berat 57kg.
Saya nk turun sehingga 50-52kg supaya nampak sihat dan fit.
Oleh itu saya masuk kelas aerobic 3x seminggu.
Senaman dimula dengan warm up, low impact exercise, high impact exercice selama 30 minit.
Kemudian sambung dance (cha-cha, latin, dangdut, etc) selama 30 minit lagi.
Saya nampak perubahan pada bentuk tubuh yang nmpk “muscular” dan perubahan pada stamina.
Tpi berat saya masih sama iaitu 57kg.
Soalan saya, mengapa berat saya statik. Dan bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya kepada 50-52kg.
salam, sebab yang turun tu adalah lemak, maka perbezaan berat tu tak nampak sangat sebab lemak ni ketumpatannya rendah berbanding otot. kalau dah turun beberapan inci saiz lilitan pinggang, peha, etc, itu dah cukup baik, teruskan!
Hi SS,
sibuk2 nk cri info pasal nk turun berat, jumpa blog SS.blog SS ni bnyk bg info untuk sy start sy punya “diet” ni…thnxss..im 21, tinggi 170cm n now berat sy 77kg…smua family member dh risau..sy pon takut gak…x sedar bila berat naik sedangkan sy slalu joging n fieldwork(agak tough gak la)..dulu 68kg je…and sy nk tnya…sy ada anemia..adakah anemia ini akan memberi sbrng kesan kpda diet kalori yg sy baru nk mulakan ni??…..THNX U…
Hi PP,
sepatutnya tidak akan memberikan kesan kerana diet ini hanya menyasarkan pengurangan beberapa ratus kalori berbanding yang diperlukan badan (tidak ekstrim). Walaubagaimanapun, nasihat dari doktor amat perlu sebelum memulakan apa-apa diet, jika boleh buat medical check-up. Good Luck!
salam…
umo baru 24..
masalah obesiti tahap 1…
berat 78 tggi 153cm….
macam mne nk mengatasi masalah perut yg semakin membesar??
sy baru cek bp td dh ade darah tggi….
boleh bantu sy x???huhuhu
salam asyikin, tiada jalan pintas, awak kena turunkan berat secara total, then insyaAllah saiz perut tu akan turun sama.
salam SS…boleh tak bantu saya.saya nak tahu menu harian yg perlu sy makan utk kurus.buat pengetahuan ss berat sy 65kg dgn ketinggian 148cm.umur 27thn.sy tak pandai nak kira kalori yg sy perlukan sehari.boleh ss bantu sy.tq
hye SS,
saya berumur 27 tahun dan baru la sekarang terasa masa yang sesuai nak jaga kesihatan.sebelum ni bz dgn keje kemudian banyak gile isap rokok,lepas tu xbersenam LANGSUNG…jadi skg,alhamdullilah saya da jaga kesihatan,dah tak isap rokok kerap bersenam dan ada jugak workout dekat gym dan saya mnjadikan blog ini sebagai panduan. saya ade membeli protein jenama (nutralife MUSCLE BUILDER)…jadi soalan sy…
1)bilakah wktu sesuai utk minum protein tu?
2)berapa kali sehari?
3)dan selama berapa lama sy perlu maintain beli protein tu?
hye ridzuan, menjawab soalan 1 dan 2… minum ketika sebelum dan selepas weight training, tapi kalau untuk kardio, minum selepas buat kardio tersebut.
untuk menjawab soalan ketiga, sebenarnya protein supplemen sebegini tak perlu ambil pun tak apa, asalkan kita boleh dapat/cukupkan keperluan protein dari sumber lain seperti ikan, telur, dada ayam, dan daging. ambil minuman supplemen sebegini hanya memudahkan kita untuk menyediakannya.
hi,
Saya nak tanya kenapa saiz badan saya xmembesar sdngkn sy makn lebih dr 4kal…..sy risaukan gak jika kita mkn terlalu bnyk akn dtg penyakit lain…..
4kcal?
salam,
sy trjumpa blog ni masa tgh blogwalking ttg kalori. sy berumur 30, tinggi 154 dan berat 80 kg. sy dh tahap obes dan baru dpt kesedaran utk krgkn berat bdn dan jd lebih fit.
slps seminggu berat sy turun 2kg. sy mula amalkan kira kalori dan catit dlm buku setiap hari. sy jg cuba cari masa dan buat senaman atau aerobic setiap hari kat umh. sy jg tgh cari info ttg tabata workout.
sya hrp dpt turun 20kg lagi. sy perlukn dorongan dan sokongan dr anda semua. alhamduliilah blog ni byk sgt info brguna.
sy try dptkn food calorie list. kenapa x blh? hrp ss blh tolong.
salam sue, saya kagum dengan usaha gigih awak, teruskan berusaha! tentang senarai kalori dalam makanan tu, boleh rujuk pada sidebar blog sebelah kanan (berapa kalori yang anda ambil). good luck!
Salam SS, saya Amir,25 tahun, BB 64kg, TB 169cm. BMI saya masih dalam kategori normal. Tapi saya punya masalah ukuran pinggang yg semakin bertambah,perut semakin buncit dan peha membesar.Apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih
Salam Amir, cuba track balik your lifestyle dan mula cut down kalori berlebihan dari makanan disamping tingkatkan lagi pengeluaran kalori menerusi aktiviti fizikal dan senaman..
anda membeli sebungkus meehoon goreng di kedai mamak, berat meehon tesebut setelah ditimbang ialah 250g,berapakah kalori mee goreng tersebut.
anda search didalam internet dan mendapati ,Meehoon Goreng 170g = 294 kalori
1.langkah 1- kira nilai kalori pergram
carapengiraan = 294kcal /170gram = 1.729
2.langkah 2- darabkan jumlah diatas(langkah 1) dengan berat meehon goreng anda =250g
cara pengiraan =1.729 x 250 = 432 kalori
Jumlah sebenar kalori meehon yang anda ambil ialah 432kalori.
hi…
nak tanya elok ke pengambilan teh lngsing…bmi dlm kategori normal,cuma lengan yg bermasalah.ade x senaman yang bole dibuat semasa tgh berehat.contoh masa tgk tv atau baca majalah.hehe
teh langsing tu diperbuat dari teh hijau? setahu saya teh hijau boleh meningkatkan metabolisma dan membantu menurunkan berat badan. Tapi dengan syarat kena kawal kalori intake.
Bro Joy,
Maner nak dapek senarai food kalori?
Sy ader click kat dalam bahagian kalori tp xder pon…
Thanks bro.. u r my idols..
Target to lose weight ±40 kg…
check kat ruangan kanan blog, “berapa kalori yang anda ambil” =)
salam,
umur sy 39, berat 103, tinggi 164cm, rasa2 ss..berapa kalori sy perlu ambik. saya ni dulu pg gym 2jam pg dn ptg 2jam abiskan masa kat gym. cuma kalori ni mcm susah betul sy nak kira dan ikut. da stop gym..nak mula balik asap ni..
salam hamisah, BMR dan DCR boleh ditentukan dengan kalkulator yang ada pada sebelah kanan blog (cuba masuk ke page utama http://sususejat.com , tengok kalkulator sebelah kanan). good luck!
ops sory, gender sy female dah berkahwin.. tima kasih byk ss
salam..saya laili.. saya tertarik dgn artikel saudari. saya mempunyai masalah berat badan n badan saya sangat pejal. iaitu bukan gemuk air. saya nak tnya dgn ss,semasa program diet saya x makan nasi tp saya makan lauk cth ayam/ikan untuk protein n sayur serta buah. tp nak dpatkan energy tu camner yer..boleh ganti roti or mee hoon kan.?dlam kelas karbohidrat jgakkan..
salam laili, boleh kalau nak tukar carbo.. kalau dapatkan carbo jenis complex lebih baik, macam beras/nasi perang, oat.. bukan semua karbo yang boleh membuat rasa kenyang kita tahan lama.. pilih juga yang rendah nilai GI (Glycemic Index) nya ye.. semua tu saya ada ceritakan dalam blog ni, boleh cuba search untuk cari topik2 yang berkaitan.
Saya ad masalh dibhgn peha..dulu berat sy 63kg..tp setelah 3bulan sy kurgkn mkan nasi berat sy dh trun 57kg tp peha sme je..maybe kurg ckit tp xnmpk pun..still cm nmpk besar….pening2….
umur sy 53 tahun, lelaki, berat 100 kg dan tinggi 166cm, saiz badan besar waist 55 inci. soalan sy apakah makanan harian yg sesuai sy amalkan secara beterusan. thx
Salam , saya amat tertarik dengan artikel anda.
memang baguss.
Tips yg berguna.
salam, encik susu. terima kasih berkongsi ilmu,saya baru mula untuk kurangkan berat. 18kg untuk dikurangkan utk normal weight! penatnyaaa bersenam tadi, tapi akan teruskan! saya harap saya akan jd salah satu kisah kerjaya didalam blog susu sejat ! doakan saya ! loveyou encik susu :) thankyou
good luck ju! :)
Kagum tengok for those yg bukan dalam bidang pemakanan bercerita pasal a good way to lose weight, in such a healthy way. Bukan semua orang boleh & mahu turunkan berat dalam cara yg selamat, Good job admin! :)
Terima kasih, your comment made my day :)
Salam Susu,
Saya merupakan pembaca web u ni pada Bulan Feb tahun ini. Alhamdulillah saya follow ape yg diterangkan dalam bahagian “Kalori”. Daripada berat 90.8kg, sekarang dah 77kg.
Dulu memang mcm org lain, dok tercari2 produk kesihatan yg boleh bagi kurus dgn hanya makan pil or minum susu tanpa bersenam dan yg paling silap ialah tanpa kawal kalori. Tapi lepas saya baca web u, saya faham how metabolisme works.
Cuma ada 2 persoalan :
1. Is it normal, saya pernah mencapai berat 74kg ketika hanya monitor kalori shj, tapi berat naik sampai ke 76.8 skrg sebab saya dah mula buat weight training. Is it normal? Some people say yes sebab muscle start to develope. And for sure saiz pinggang masih tak membesar eventhough berat naik lepas mula buat workouts.
2. Saya punyer BMR skrg ialah dalam 1,600 kalori. Boleh ke saya jadikan 1,500 or maybe less than that like 1,200 sebagai saya punyer target total kalori per day? Ada tak dia effect ape2 ? U did mention that anything lower than BMR akan slower down our metabolisme rate. Bukan ape, 1,600 tu rasa macam byk je kena makan, huhuhu.
TQ in advance for your reply.
w’salam taban..
1 – Normal, sebab saiz otot adapt dengan beban yang digunakan ketika buat weight training.. tapi ni normal, dan bagus, sebab lebih banyak otot yang dibentut, lebih banyak lemak yang dapat dibakar.
2 – Seeloknya DIELAKKAN ambil kalori bawah dari BMR, sebab dia akan effect overall metabolism.. metabolism akan jadi perlahan dan untuk adapt dengan situasi ni, badan akan kecilkan saiz otot untuk adapt dengan DCR/BMR yang kecil ni.. hopefuly membantu.
salam, mungkin disbbkan sy pendek… sy tak suka mkn nasi disbbkan cepat kenyang..ttp, sy terlalu sukakan benda manis.. sehinggakan sy tak kisah tinggal nasi. tp, sy tak boleh tinggal benda manis. jadi sy nk tahu sebanyak mana benda manis yg boleh dimakan dalam satu hari? and dalam masa yg sama sy nk singkirkan lemak2 degil pada badan sy…
As salam SS,
Berat saya asal 83 kg sekarang 80.6kg, umur 38 tahun tinggi 153 cm
Sy mula start diet 4/9/15 & hari ni 22/9/15 (18 hari dah) tapi sampai hari ni baru turun 2.4kg. Saya kira kalori hari2 supaya tak kurang 1000 sehari & buat exercise sabtu & Ahad, naik tangga off sampai tingat 12 hari2. SS tolong check betul ke cara diet saya di bawah ni?
Pagi 8.00am_ Telur rebus ayam kampung 1 biji+ Green tea
10.00am_ Apple Hijau/Merah 1 biji
12.00pm_ Nasi 1/2 genggam , ikan + sayur+Green Tea
3.00opm _Apple hIjau/Merah/Pisang
6.00pm_ Telur rebus ayam kampung 1 biji
8.00pm _ Nasi sesudu, Ayam/Ikan(selalu saya grill )+ sayur
10.00pm _ Apple Hijau/merah sebiji
* bila terasa lapar saya makan kacang sikit (ni di office sahaja)
Air kosong saya minum 4 liter sehari, cuma sabtu & Ahad kurang sikit
Boleh tak tolong saya makanan untuk penurunan yg lebih cepat?
Salam ss….
sy dah start diet kalori ni bermula bln lpas..dan ni dh masuk minggu ke5…bersama entri2 yg ss kongsikan mmg mnguatkan smngt sy untuk diet..InsyaAllah…berat sy 74kg dgn ktinggian 152cm…sy dh trun 4kg 2mggu pertma dan shingga skg berat sy statik 70kg selama 3 mgggu…sy dh defisit kan kalori sy sbyk 500-800 sehari..tp untuk 3 mggu ni knape tiada penurunan berat berlaku?…sy wo 2hari then 1 hari rest..tp still tiada penurunan till now…i wonder why….?…tlg sy jelaskan sedikit….tqsm ss…:))))
waalaikumussalam, kadang kala bacaan weight sahaja boleh misleading. cuba pantau juga progress bacaan Body fat %, ukur lilit pinggang, pinggul, paha, dan bahagian lain.. mesti ada perubahan :)