Bagaimana hendak menurunkan berat badan paling pantas?

Nyah Auw Auw: Tolong saya Susu Sejat!! Minggu depan saya ada ujian fizikal PTD, tapi BMI saya masih pada tahap yang mengecewakan. Saya kena menurunkan berat dalam 5kg ni, kalau tak confirm tak lepas.. tolong saya ye Susu Sejat, I love you lah, muaaaaahhhhhhhh”

Susu Sejat: (sambil mengesat pipinya..) Okay…

Aku percaya pasti ramai yang pernah mengalami masalah di atas. Biasalah, orang kita, sesuatu perkara itu sering kali dilakukan pada saat-saat akhir. Namun, andaikata perkara di atas benar-benar terjadi kepada anda di masa akan datang, dan anda hanya mempunyai masa selama 7 hari sahaja untuk menurunkan jarum penunjuk di penimbang sekurang-kurangnya sebanyak 5kg, agak-agak bagaimana caranya ya?

Buat pertama kalinya di Malaysia, secara eksklusif, Susu Sejat ingin berkongsi rahsia bagaimana untuk menurunkan berat badan anda dengan banyak dan pantas selama 7 hari, supaya anda lulus ujian PTD/kelayakan fizikal di tempat kerja anda.

Amaran: Pastikan rahsia ini tidak terketahuan oleh majikan anda, atau….. (tak pa, teruskan membaca)

1Program Detox

Mungkin ramai yang kurang tahu akan peranan detox, tetapi siapa sangka, melalui detox (lebih mudah difahami sebagai pembersihan usus besar atau ‘colon cleansing‘), berat badan anda boleh turun sebanyak 5kg hanya dalam masa 7 hari, terima kasih lah kepada ‘tahi-tahi’ yang dah melekat di dinding usus besar (colon) anda selama berbulan-bulan, atau mungkin juga bertahun-tahun lamanya. Tidak ramai yang tahu bahawa beberapa peratus daripada berat badan mereka terdiri daripada ‘tahi-tahi’ ini, yang jumlahnya mungkin boleh mencecah setinggi 10kg! (bergantung kepada saiz badan individu tersebut)

Program detox mana yang bagus? Ini anda boleh rujuk kepada pusat-pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan detox, atau boleh berkunjung ke farmasi-farmasi bertauliah untuk mendapatkan produk-produk detox yang bagus. Sila pilih perkhidmatan/produk yang menawarkan plan detox untuk 7 hari sahaja, ok?

2 Berat air

Ini merupakan cara menipu paling mudah, iaitu dengan mengurangkan kandungan air dalam badan anda. Buat mereka yang tidak tahu, teknik ini digunakan oleh ahli bina badan 1-2 hari sebelum pertandingan (ala, yang memperagakan tubuh badan yang berketul-ketul dan berurat-urat tu). Rasionalnya? Mereka tidak mahu air itu terkumpul di bawah lapisan kulit sekaligus menutup kesemua definisi-definisi otot yang ada (setiap definisi otot membawa kepada beberapa mata (points) ketika pertandingan, rugi kalau definisi tu pengadil tak nampak).

Sehari sebelum ujian, pastikan anda minum air pada jumlah yang minima, atau dalam bahasa mudahnya, minum air jika anda benar-benar haus sahaja. Jika mampu, berpuasa daripada makan dan minum kira-kira 12 jam sebelum ujian juga membantu, kerana melalui pengalaman, menerusi berpuasa juga boleh turun berat badan sehingga 2kg banyaknya! (1 liter air bersamaan 1kg).

3Pakaian

Dengan segala hormatnya, silalah memakai hanya pakaian yang ringan-ringan ketika temuduga dijalankan. Janganlah pada ketika ini, anda mengada-ngada hendak memakai seluar jeans dan baju panas atau sweater (meskipun temuduga tersebut diadakan di kaki bukit atau ketika awal pagi.. ya, memang sejuk!). Sepasang seluar Levi’s dan sepasang baju panas (sweater) adalah bersamaan 1kg beratnya.

Apabila dijumlahkan, anda boleh menipu berat badan anda sebanyak…

5kg + 2kg + 1kg = 8kg!!

Selamat berjaya!

P/S: Susu Sejat tidak bertanggungjawab terhadap kesan sampingan yang terjadi kepada anda dek kerana mengamalkan tips di atas (terutamanya yang no.2). Tips ini untuk mereka yang suka melakukan perkara ‘last minute’ dan jika boleh lakukan persedian lebih awal (turunkan berat badan cara betul menerusi diet dan senaman) dengan cara yang normal dan sah.

P/P/S: Penurunan berat badan di atas tidak melibatkan sebarang penurunan lemak atau penurunan otot.

Comments

  1. By Anonymous

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By wan

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *