Bagaimana saya urus masa untuk KURUS dan KELUARGA? (Bahagian 1)

Kisah Kejayaan Puan Husna

Assalamualaikum.. Saya Husna Haron. Saya adalah ibu bekerja (Makan gaji & ada perniagaan sendiri). Tiada Maid. Saya ada 2 orang anak yang saya ajar baca al-Quran SENDIRI, masak 2 kali sehari untuk setiap hari, rumah sentiasa kemas, exercise 5 kali seminggu untuk kurangkan berat badan, cukup rehat & tidur, masih mampu untuk travel dan melakukan aktiviti luar setiap minggu, baking, dating dengan suami dan bermacam – macam lagi.

Mungkin ramai tak percaya dengan apa yang saya mampu lakukan ini, kerana bunyinya pasti seakan-akan mustahil bukan?

Alhamdulillah saya dapat kehidupan seimbang yang saya impikan..

Sebelum saya kongsikan lebih lanjut bagaimana saya mampu melakukan semua hal yang di atas, izinkan saya untuk cerita dahulu beberapa episod yang pernah berlaku sebelumnya.

Saya terdetik untuk berkongsi pengalaman saya selepas beberapa tahun menjadi silent reader di website kesayangan saya ini, sususejat.com. Secara peribadi, saya kenal website ini melalui testimoni yang en ejoy pernah submit di blog kevin zahri. Kagum dengan transformasi en ejoy, dan semua success story yang lain.. saya jadikan kisah-kisah tersebut sebagai pencabar saya…

Pada asalnya, saya seorang yang gemuk, dengan berat hampir mencecah 100kg semasa mengandung anak kedua. Sampai satu tahap, saya kadang kala diketuk oleh transformasi orang lain

hello!!! Husna! Wake up! Kalau diorang boleh kurus..kenapa ko tak boleh?

Orang lain pun ada 1000 halangan dan cabaran, redah je lah and JUST DO IT!

jangan asyik nak berangan bila kurus.. berhenti berangan dan make action!

Move..move..move

Itulah sebahagian daripada diri saya.. yer, saya banyak berlawan dengan diri sendiri. Bila difikirkan masa yang tidak pernah ada, saya jadi putus asa. Takkan lah nak biarkan si suami asyik pandang diri saya yang gemuk? Saya nak juga rasa kurus. Sejak dari lahir lagi saya tak pernah kurus.

Asalnya juga saya bukanlah seorang yang berduit, jadi nak tak nak kena kerja. Dengan minat travelling yg sangat mendalam, pendapatan dengan makan gaji bulanan memang takkan pernah cukup.. so, kena buat side income.. nak rezeki lebih perlu ibadat lebih juga..saya juga perlu masak setiap hari… Anak-anak kecil lagi perlu kan perhatian.. saya nak mereka berjaya, dan saya tahu saya perlu berusaha didik mereka dari kecil.

Pelbagai perkara telah saya lakukan untuk mendapat kehidupan yang seimbang. Paling utama, saya nak kurus! (saya percaya ramai wanita di luar sana yang turut mengkehendaki matlamat ini, betul tak?) Saya mengimpikan pakai pakaian yang cantik, saya impikan pelbagai aktiviti luar yang lebih mudah dilakukan kalau saya kurus..

Lama saya berfikir panjang. Saya percaya, ramai ibu bekerja diluar sana juga mengalami masalah yang saya sedang hadapi…Saya percaya, ramai ibu yang selepas bersalin mengalami masalah berat badan. Kalau tak pun, shape badan dah lari! Hampir terkubur impian untuk kurus bila dikenangkan rutin harian yang sudah begitu menyesakkan,

Balik dari kerja, sampai rumah ibu-ibu seperti kita kena kerja lagi! Saban hari bekerja dan berpenat lelah, mengharung jem yang boleh bikin stress, sebolehnya sampai di rumah rasa mahu baring sahaja. Hakikatnya, dengan badan yang dipaksa dan terpaksa bergerak dalam keadaan penat, saya terpaksa teruskan bekerja di rumah pula. Memasak untuk makan malam, kemas rumah yang selalu bersepah, lipat pakaian yang menggunung, gosok baju, belum campur lagi dengan nak tengok kerja sekolah anak.

Kalau nak disenaraikan kerja sebagai ibu di rumah, memang takkan pernah habis! Bila ditengok badan yang makin gemuk, bertambah stress! Dipandang muka yang berjerawat bertambah bingung! Aduhai diri… apakah yang aku lalui ini? Sampai bila?

scale

Campur tolak darab bahagi semua rutin, semua dah menggunakan begitu banyak masa, jadi bila masa nak workout??? Ilmu dah macam-macam baca.. tapi haprak! Tak de satu pun yang diamalkan. Sudahnya, saya terpaksa terpikat dengan janji manis pelbagai produk kurus yang menjanjikan penurunan berat. Terpaksa beli! Tak ada masa nak exercise. Terpaksa habis beratus ringgit tapi apa yang terjadi? Indah khabar daripada rupa.

Asalnya memang mampu turun 5 kg, tapi bila tak makan produk tersebut, naiknya menjadi-jadi pula. Bertambah gemuk!!!! Ditambah lagi dengan pelbagai tekanan kerja, kesempitan masa, kesesakan wang dan kesesatan hidup yang bertambah-tambah nafsu makan saya menjadi membuak-buak. Kerana dengan makan, saya rasa lebih tenang dek kerana emosi yang sangat tidak stabil. Sudahnya, bertambah gemuk gedempol boroi menggeleber! Aduhhhhh malapetaka apakah ini????

Rule #1: Untuk kekal kurus, anda harus kekal berubah. Jika anda kurus dengan bersenam, anda harus kekal bersenam. Jika anda kurus dengan amalan makanan yang baik, anda kena teruskan amalan tersebut. Setuju?

Saya tak mahu terus menerus menghadap malapetaka ini. Saya perlu lakukan sesuatu! So, saya hadap semua masalah saya. Hanya dengan satu tip penting! Tip yang semua orang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu atau tak nampak atau buat-buat tak nampak..

Saya mula senaraikan kesemua perkara yang saya nak capai, jangka masa diperlukan, rintangan dan halangan, komitmen masa, tahap kewangan, kelebihan dan kekurangan diri, suami dan anak-anak. Saya cari segala aspek yang saya boleh perbaiki, yang saya perlu belajari. Begitu lama saya berfikir untuk keluar dari tunggang langgang hidup ibu bekerja. Saya mesti keluar dari hidup itu! Saya wajib lakukan sesuatu! Kalau tak, masa, cita-cita, impian segalanya meninggalkan saya. Saya perlu berubah! Perubahan menyeluruh!

Akhirnya saya bertemu dengan penyelesaiannya. Dan jalan penyelesaian itu tidak sesukar yang digambarkan. Tidak serumit masalahnya. Terlampau mudah. Hanya dua hari sahaja diperlukan untuk keluar dari masalah tersebut. Akhirnya, saya Berjaya mencapai kehidupan seimbang! dan Alhamdulillah saya BERJAYA turun 21 kg  dalam masa 18 bulan dengan kaedah jaga makan dan exercise (tiada produk slimming ya, sebab saya masih menyusu) seperti yang diceritakan dalam blog sususejat.com ini. Jaga makan di sini bermaksud saya jaga pengambilan kalori saya juga pantau jenis makanan yang diambil.

progres

Dan inilah transformasi diri saya. Sangat mengujakan! Dan saya masih meneruskan perjuangan saya untuk mencapai body idaman! Alhamdulillah juga, saya boleh bekerja, dan dalam masa yang sama buat buat side income, bila dah ada rezeki lebih boleh lah setiap minggu travelling bersama suami dan anak-anak. Paling utama, saya masih ada masa ajar anak-anak saya sendiri mengaji al-Quran….

Agak-agaknya apakah strategi yang saya lakukan ya?

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *