Bagaimana untuk bina semula momentum diet dan senaman? (Pasca Raya)

Genap sudah seminggu 1 Syawal berlalu. Walaupun begitu saya percaya ‘mode raya’ pastinya masih mekar terasa dalam diri sebahagian dari kita. Menjadi lumrah budaya di negara kita yang mana bulan Syawal itu haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk beraya. Rumah terbuka juga tidak terhad dianjurkan oleh rumah-rumah tertentu, sebaliknya jabatan-jabatan atau bahagian di tempat kerja juga tidak terlepas untuk menganjurkan rumah terbuka selepas cuti raya (biasa berlaku dalam sektor kerajaan).

Dalam kemeriahan kita berhari raya, semestinya ramai yang telah ‘berehat’ dari aktiviti senaman atau terikat dengan diet-diet tertentu bermula dari awal Ramadhan tempoh hari lagi. Apabila cuti Hari Raya telah berakhir dan semuanya sudah kembali bekerja, biasanya keluhan-keluhan seperti “Kenapa berat aku naik mendadak balik ni?“, “Aishh, malas pula nak start bersenam balik” atau “Macam manalah nak berdiet ni kalau berderet open house sampai hujung Syawal” akan timbul. Betul tak?

penat

Secara jujurnya, saya tidak mempunyai kuasa istimewa untuk mengatasi masalah-masalah kita bersama ini kerana hakikatnya kita bukanlah komputer atau robot yang boleh diprogramkan dengan satu aplikasi. Namun masalah-masalah ini mungkin boleh diatasi dengan beberapa strategi tertentu. Dalam entri ini, saya senaraikan beberapa strategi tersebut untuk panduan anda yang sedang struggle untuk membina semula momentum diet dan bersenam.

.

1. Somehow you have to start the ‘baby step’

Nak tak nak, anda perlu mulakannya. Pecahkan dahulu dinding (barrier) yang selalu menghalang anda untuk bermula, dan berhentilah dari berkata “bila nak mula… malasnya… bla bla bla” tapi satu action pun tak dimanifestasikan.

Kadang kala, untuk mula kembali, tak perlu ambil langkah yang terlalu hebat. Sebagai contoh sebelum Ramadhan, anda mampu jogging 5km dalam tempoh 30 minit. Jangan pula expect setelah lebih sebulan berehat, anda mampu terus melakukan hal yang sama. Badan kita bukannya robot atau mesin, tetapi lebih kompleks dari robot yang mana boleh beradaptasi dalam pelbagai jenis keadaan dan situasi (puasa).

Dalam kes di atas, cukup sekadar memulakan langkah dengan berkunjung ke taman atau running track dan berjalan-jalan pantas; ini sudah dikira bagus sebagai baby step anda. Yang penting, action. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk memulakan langkah baby tersebut dari dok bising “bila nak mula… malasnya… bla bla bla“. Dari situ, momentum dan motivasi anda akan terbina secara perlahan-lahan dan anda akan kembali kepada progress yang telah anda tinggalkan sebelum Ramadhan itu.

Jangan tunggu sampai kena kejar dengan Dinosaur baru kome nak mula...

Jangan tunggu sampai kena kejar dengan Dinosaur baru kome nak mula…

Sama juga kesnya dengan bersenam di gym. Selagi anda tak mulakan langkah anda untuk ambil kunci kereta dan memandu ke gym, selagi itulah anda akan terus mengeluh.

Ingat, A big success begins from a small action. Malah kita yang besar pada hari ini pun bermula dari sebesar sel zigot yang terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar. Fikir-fikirkanlah.

.

2. Banyakkan membaca kisah kejayaan

Nik Rock-2

Setelah mengenal pasti apa matlamat anda, carilah kisah-kisah kejayaan yang berkaitan dengan apa yang disasarkan. Kumpulkan kisah-kisah kejayaan ini dan baca secara berkala setiap kali anda rasa ‘down‘ atau ‘malas’. Sekarang ini pun dah ramai fitness figure yang muncul di Malaysia, mereka juga pasti ada berkongsikan kisah kejayaan mereka di dalam blog / page FB mereka. Follow laman-laman sosial mereka (Instagram, Twitter, Facebook) untuk pastikan anda sentiasa mendapat ‘input’ yang segar dari mereka.

Dalam blog ini juga ada disertakan beberapa kisah kejayaan pembaca blog yang boleh anda jadikan sumber inspirasi. Boleh akses kisah-kisah tersebut di sini.

.

3. Banyakkan membaca info-info berkaitan

Banyak di sini saya maksudkan BANYAK. Jangan terlalu bergantung kepada satu sumber sahaja, dikhuatiri anda terlepas baki 99% ilmu yang sepatutnya anda tahu. Pelbagaikan sumber bacaan berkenaan diet yang betul dan cara bersenam yang betul. Kalau boleh, ‘cross-check‘ info yang anda baca dahulu untuk pastikan ia benar-benar sahih. Jangan terus percaya!

Sumber bacaan yang paling senang diakses adalah secara atas talian yang boleh dicari menerusi Google. Sumber-sumber atas talian ini bukan sahaja mudah diakses, tetapi kosnya juga adalah percuma (kena bayar bil internet sahaja). Namun antara kekurangan sumber dari atas talian ini adalah anda perlu tahu bezakan info yang mana sahih dan yang mana kurang tepat, adakah penulisnya mempunyai kredibiliti atau tidak.

Kalau berkemampuan, boleh laburkan juga sedikit wang untuk membeli buku dengan topik yang berkaitan atau menghadiri seminar-seminar berkaitan. Nak sesuatu yang lagi best? Dapatkan terus buku/planner Diari Diet v2.0 keluaran Susu sejat ni (klik link). Inshaa Allah, maklumat berkenaan kalori makanan, strategi diet dan senaman di dalamnya lengkap. Harganya pun sangat murah dan mampu milik :)

Respon-E

.

4. Cari geng yang mempunyai misi yang sama seperti anda

Adakah anda sebahagian dari geng-geng kak Kiah yang selalu chit chat di pejabat tentang “macam mana nak kurus?” “bilalah nak start berdiet neh?” “apa produk perlangsingan yang mujarab?” ? Bagus. Kalau boleh ajak sekali mereka untuk memulakan baby step seperti yang saya terangkan di atas.

Lebih menarik, buatlah satu pertandingan antara anda dan sasarkan satu matlamat penurunan berat badan secara sihat. Percayalah, persaingan di antara anda merupakan suatu motivasi yang bagus, lebih-lebih lagi jika anda semua ‘sekepala’.

Tips: Cuba berpakat dengan kawan-kawan di pejabat untuk dapatkan Diari Diet, dan buat ala-ala pertandingan siapa yang rajin kemaskini log diet dan senaman dalam tu. Lagipun kalau beli secara berkumpulan boleh dapat diskaun dan jimat duit pos ;)

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

.

5. “Rumah Terbuka” – hadir atau tidak?

Jawapan saya, “Hadir”. Selain menunjukkan tanda menghormati individu yang menjemput anda, saya juga ada dua lagi hujah kukuh mengapa anda perlu menghadiri jemputan ke rumah terbuka.

Pertama, makanan yang percuma (tak elok tolak rezeki). Kedua, biasanya bila masuk minggu ke-2 atau ke-3 Syawal, orang sudah jemu dengan lemang, ketupat, rendang, satay, dan berbagai lagi juadah lazim hari raya. Pada kesempatan inilah anda mengaplikasikan tip “kuantiti sekadar merasa” dan “pemilihan makanan yang seimbang”. Sebagai contoh,

Kuantiti merasa – sebiji biskut, kalau boleh pilih jenis yang ‘rare‘ atau yang jarang nampak sahaja.

Makanan seimbang – mengikut keperluan komposisi makronutrien, contoh makan sebiji ketupat dengan 1-2 senduk rendang daging, kikis ke tepi cebisan-cebisan kuah untuk meminimakan lemak yang bakal dimakan.

open-house

6. Jurulatih peribadi – perlu atau tidak?

Jawapan saya, “terpulang kepada pilihan masing-masing”. Antara kelebihan memiliki jurulatih peribadi adalah, mereka akan membimbing anda agar anda kekal motivasi selain mendapat tunjuk ajar yang betul (kena pandai pilih ‘sifu’ anda tu). Namun antara kelemahannya pula adalah anda perlu membayar khidmat mereka yang terdiri dari masa konsultansi dan juga kos perjalanan jurulatih berkenaan.

Sekiranya anda mempunyai sedikit wang, tiadalah salahnya, malah amat membantu. 1-2 sesi bersama jurulatih peribadi tidak dinafikan merupakan ‘kick start‘ yang terbaik untuk membina semula progress anda yang tertinggal.

Selamat mencuba dan berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *