Bagaimana untuk naikkan berat badan 1kg seminggu

Mohd. Sufian Kesepian (bukan nama sebenar) adalah seorang yang kurus. Walaupun sudah hampir 5 tahun meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, beliau masih bertubuh kurus. Rakan-rakan seperjuangannya yang lain ketika di sekolah sudah lama memboroi dan menternak sel-sel lemak di sekeliling perut. Tapi Mohd. Sufian Kesepian masih begitu. Dia saling tak tumpah seperti rupanya ketika berumur 15 tahun, berlengan kecil, bertubuh keding; yang beza cuma wajahnya yang sudah berjanggut dan berambut panjang. Mohd. Sufian Kesepian menjadi rungsing dan resah, kerana imej maskulinnya kini diambang bahaya, umpama telur di hujung tanduk.

Pada suatu hari, datanglah seorang rakannya yang bernama Susu Sejat (bukan nama sebenar) kepadanya lalu memberikan suatu tips emas, “Wahai Mohd. Sufian Kesepian, kamu ikutlah 6 prinsip ini, nescaya kamu tidak akan kesepian kurus lagi selepas ini ”

1Minum 1L Susu Lembu Segar (Fresh milk) setiap hari, kerana manusia yang kecil itu (bayi la) juga membesar dengan meminum susu. Pecahkan ia kepada 4 hidangan, 250ml setiap hidangan, satu ketika sebelah pagi, satu ketika tengahari (lepas makan), satu ketika petang, dan satu lagi sebelum tidur.

Sekotak besar susu Dutch Lady Fresh Milk ini adalah bersamaan dengan 1L. Minumlah satu kotak besar susu ini sehari.

2Makan 3 genggam kacang campuran (gajus/macadamia/kacang tanah/almond) setiap hari, satu di sebelah pagi, satu di sebelah petang, dan satu lagi di sebelah malam.

3 – Lebihkan pengambilan karbohidrat. 50% daripada pengambilan kalori anda harus datang dari karbohidrat. Ini dapat dicapai dengan memastikan setiap menu yang diambil itu mengandungi sumber karbohidrat. Beberapa contoh sumber karbohidrat yang baik ada diterangkan dalam entri ini.

4Bersenamlah kamu seperti Iron Man. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. Senaman yang melibatkan kekuatan ni penting agar otot-otot kamu sentiasa mendapat signal bekerja untuk beban, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kamu tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya ‘tersadai’ di perut dan punggung kamu bukan?


5Buat seperti biasa, maksudnya kamu masih makan dan minum (dari pagi sampai malam) dengan cara dan kuantiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Contohnya, jika kamu makan nasi 2 kali sehari, maka ketika mengamalkan 6 prinsip ini, pun harus makan dengan cara yang sama. Jangan tiba-tiba kamu skip satu meal pula. Ingat, makan makanan yang lain seperti biasa!

6Rehat, rehat, dan rehat. Rehat kena cukup, maka tidurlah kamu seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, secara berterusan (bukan tidur 2 jam, lepas tu terjaga, kemudian tidur balik).


Nota Kaki: Dengan mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya telah mengambil kira-kira 1180kcal lebih daripada apa yang kamu selalu makan (kalori surplus 1180kcal sehari). Sepatutnya, kamu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 1kg seminggu. Ingatlah, sesudah kamu mencapai berat badan impian kamu, kamu boleh berhenti daripada mengamalkan 6 perkara ini. Amalkanlah, wahai sahabatku yang “skinny”..

Comments

  1. By Wahida Jumaat

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Peter Styvesent

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By Anonymous

    Reply

  6. By Anonymous

    Reply

  7. By aghni

    Reply

  8. By Diela Zaimi

    Reply

  9. By Joy Kalonas

    Reply

  10. By Wahida Jumaat

    Reply

  11. By armouris

    Reply

  12. By Anonymous

    Reply

  13. By Zek

    Reply

    • Reply

  14. By baby grace

    Reply

    • Reply

    • By =)

      Reply

  15. By reen

    Reply

    • Reply

  16. By ironhiden9

    Reply

  17. By zt

    Reply

    • Reply

  18. By Haizan

    Reply

    • Reply

  19. By Haizan

    Reply

    • Reply

    • By mie

      Reply

  20. By zarina

    Reply

    • Reply

  21. By zarina

    Reply

    • Reply

  22. By fatiEn

    Reply

    • Reply

  23. By mie

    Reply

    • Reply

      • By mie

        Reply

  24. By mie

    Reply

    • Reply

  25. By fifi

    Reply

    • Reply

  26. By azmi

    Reply

    • Reply

  27. By dianamdp

    Reply

    • Reply

      • By husna

        Reply

        • Reply

  28. By azmi

    Reply

  29. By aiyman

    Reply

  30. By sumayyah binti ismail

    Reply

  31. By Ziela

    Reply

  32. By abu

    Reply

    • Reply

  33. By a.p

    Reply

  34. By lynn

    Reply

  35. By zack

    Reply

    • Reply

  36. By emiza

    Reply

  37. By emiza

    Reply

    • Reply

  38. By Muhammad Akmal

    Reply

    • Reply

  39. Reply

    • Reply

      • Reply

  40. Reply

  41. By yayang

    Reply

  42. By aisyah

    Reply

  43. By thilla

    Reply

    • Reply

  44. By thilla

    Reply

    • Reply

  45. By Ehsan

    Reply

    • Reply

  46. By ingin tahu

    Reply

    • Reply

  47. By amir

    Reply

    • Reply

      • By amir

        Reply

  48. By just

    Reply

    • Reply

      • By just

        Reply

  49. By dee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>