Bakteria lebih bijak dari manusia..
..atau manusia yang terlebih bijak?
“Don’t Eat Food That Doesn’t Rot“
“If the thing can’t walk, swim or growth, don’t eat it“
Translasi kepada 2 pernyataan popular dari barat di atas dalam Bahasa Malaysia adalah;
“Jangan makan makanan yang tidak mudah basi (buruk)“
“Jika ia tidak boleh berjalan, berenang atau membesar, maka jangan dimakan ia“
Persoalannya di sini, berapa ramai yang faham dengan mendalam 2 pernyataan di atas? Adakah anda benar-benar faham dengan setiap bait yang dilafazkan? Mari aku tafsirkan.
Tidak mudah basi
Secara fitrah, kita memerlukan (makan) benda hidup yang lain untuk mendapatkan zat dan tenaga yang diperlukan. Ini dikenali sebagai siratan makanan. Seperti yang semua tahu, definisi “benda hidup” di sini membawa maksud “tidak akan kekal lama” (kerana yang hidup pasti akan mati, dan terurai kepada zat yang paling ringkas kelaknya).
Nasi yang sudah basi, atau lebih tepat, dimakan oleh bakteria dan fungi.
“Basi” merupakan fenomena semulajadi yang hadir apabila sesuatu benda hidup itu sudah dimatikan. Ia adalah disebabkan oleh kehadiran mikrob seperti bakteria dan fungi. Sayur yang sudah dipetik, daging haiwan yang disembelih untuk dijadikan makanan (mengandungi sel-sel yang mula mati), semua ini sudah tidak lagi hidup, akan menjadi sasaran bakteria dan fungi untuk dijadikan sebagai bahan makanan mereka andaikata tidak disimpan dengan cermat, atau dikonsumsikan dengan segera oleh si pemakan. Manusia juga tidak terkecuali kerana apabila mati kelak, manusia akan “basi” (mereput dengan bantuan mikrob) di dalam tanah.
Itulah sebabnya mengapa haiwan pemangsa seperti harimau dan singa tidak menjamah bangkai haiwan yang mati meskipun haiwan tersebut baru sahaja mati beberapa jam yang lalu. Harimau dan singa tahu bangkai tersebut sudah mula dihurung bakteria dan fungi dengan banyaknya. Harimau dan singa hanya inginkan yang masih panas dan segar! Bakteria dan fungi juga inginkan yang segar! Mereka berlumba-lumba sesama mereka, siapa dahulu yang akan mendapat yang paling segar!
Tak makan… kerana tidak halal, kerana tidak segar, kerana sudah dicemari kuman dan bakteria.
Bukan benda hidup
Dalam dunia ini, secara teorinya, hanya benda BUKAN HIDUP sahaja yang tidak basi, atau sangat liat untuk basi. Ia tidak boleh berjalan, berenang atau membesar. Ia juga mengambil masa yang lama untuk menjadi sasaran bakteria dan fungi (bakteria dan fungi mungkin ‘berfikir’ dua tiga kali sebelum hendak menjamahnya). Maka dengan itu berbaloikah ia untuk dijamah?
Makanan pada hari ini
Disebabkan manusia ini terlalu bijak dan kreatif, maka pelbagai cara telah dilakukan untuk melawan hukum “mereput” dan “basi” ini. Antaranya ialah dengan memasukkan segala macam bahan kimia ke dalam benda yang asalnya HIDUP berdasarkan teori, menjadi BUKAN HIDUP. Mengapa ini dilakukan? Untuk memastikan makanan tersebut tahan lama, dan boleh disimpan dengan lama. Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana WANG. Saksikan 2 video di bawah dengan cermat dan anda akan faham maksud yang hendak aku sampaikan.
Video 1: Eksperimen terhadap makanan Mc Donalds
Video 2: Lagi ksperimen terhadap makanan Mc Donalds
Komen SS: Kalau dah sebulan tu, sepatutnya makanan itu dah cair membasi kerana struktur fizikal protein dan karbohidrat yang asalnya berbentuk pejal (kompleks) sudah diringkaskan oleh berbillion-billion bakteria dan fungi yang terdapat padanya, sehingga cair. Bagi mereka yang pernah menguruskan rumah mayat pasti tahu mayat manusia yang tak tertuntut menghampiri 3 minggu sahaja sudah mula “cair membasi”, berwarna cair kekuning-kuningan dan baunya sangat Busuk! Kalau makanan segera seperti Mc Donald? Bakteria pun berfikir 2-3 kali ingin menjamahnya. Namun sebaliknya buat manusia bernafsu puaka, tak perlu fikir 2-3 kali, pergi sahaja ke restoran McD terdekat, walaupun di tengah kepekatan malam (ada ‘Drive-Thru’), dan beli sahaja tanpa rasa bersalah. Sekarang, siapa yang bijak? Kita atau bakteria?
ala takleh bukak video ni so takleh paham cita mc’d ni
mknan Mc D’ nie tahan lama mukin kerana bahan kimia..jd kita takgalak sangat utk makan..sampai bole tahan lama…takut rasa,bole simpan bermingu2 hingakan berbulan2,masih elok..jd kita elakan mkn begini (bhn kimia”)
mcd sungguh hebat dengan promosi iklan hingga membuat kita terpedaya
aku dah lama ban fast food i.e mcd, kfc burger king, A&W
lain baik makan nasi ayam dari burger mcd….lagi jimat lagi murah
betul tu, lebih bebas bahan kimia dan pewarna (tengok jugak cara tukang masak tu, kalau boleh masak sendiri, elok masak sendiri) =)
mcD banyak pengawet yang boleh menghindar bakteria dari membiak kot. tapi still tak bagus untuk kesihatan kita dan kalori tinggi. anyway gambar bakteria kat nasi tu geli.
tepat sekali wawa.. geli ke? belum cair lagi nasi tu, kalau cair lagi geli.. hehe.
Sudah tentulah bahan kimia tersebut akan merosakkan organ di dalam tubuh kita bila ianya menjadi amalan.Terutamanya organ buah pinggang yang befungsi sebagai penapis.
bakteria lebih bijak
dalam Direktori Sihat, aku ada cadangkan kita elakkan makan makanan yang dibuat daripada tepung gandum biasa yang mengandungi BENZOYL PEROXIDE.. try buat ekperimen mudah dirumah, beli 2 jenis tepung,
1) tepung with BP (yang putih melepak tu, cap kunci atau jenama pasaraya besar)
2) tepung without BP (warna sedikit kekuningan, tepung attar atau jenama faiza/bidara/HPA)..
bancuhkan dengan sedikit air dan biarkan di tempat terbuka.. tepung dengan BP tahan lebih lama berbanding dengan tepung without BP.. sebabnya ialah bakteria kurang atau tak berminat langsung dengan tepung with BP sebab:
1) kandungan nutrien yang sikit. kuih/roti canai boleh basi sebab ditambah nutrien daripada bahan2 lain.
2) BP boleh membunuh bakteria.. sesiapa yang ada jerawat banyak tu, sapulah BP, mesti ok punya.. tak jumpa BP, pakai tepung gandum cap kunci pon boleh, buat macam bedak sejuk hehehe..
sila klik link2 dibawah:
http://www.youtube.com/watch?v=8ODrXSxaU6U&feature=player_embedded
http://www.acnetreatmentsguide.com/rodanfields/
tambahan,
janganlah kita terpedaya dengan label tepung gandum seperti ditambah vitamin dan sebagainya.. kena tambah vitamin sebab dia tak berkhasiat..
Salam, I’m your silent reader, but for this entry I have to leave a trail. Terima kasih banyak kerana kongsi ni.merasa sangat insaf dan bersalah pada diri sendiri.but I guess.. as we are fighting with those capitalist… to fight with all this..we need so much of determination and strength.
salam, TQ silent rider.. :) yes, you are right strong determination and discipline and a bit of knowledge, will guarantee success!