Belian Nilai? (Mouthwash)

Cuba perhatikan gambar ini dengan teliti. Antara 2 jenama produk ini, yang mana satu belian nilai sebenarnya? 2 jenama produk pembasuh mulut yang sedang dijual di pasar mini dan pasar raya di luar sana. Masing-masing punya cara untuk mempromosikan jenama masing-masing agar dibeli pengguna. Kedua-duanya juga mempunyai isipadu yang sama (250ml).

Di sebalik apa yang aku tonjolkan di sini, ada satu lagi cerita menarik yang ingin aku kongsikan di sini. Jika anda percaya produk yang sebelah kiri itu lebih mahal adalah disebabkan jenamanya, kualitinya, mungkin persepsi anda berubah setelah mendengar apa yang aku sampaikan ini.

Ketika aku di Universiti dahulu, aku pernah menjalankan sebuah eksperimen mudah untuk menguji keberkesanan produk pembasuh mulut, serta beberapa produk pencuci lagi yang direka untuk membunuh kuman/bakteria. Eksperimen ini boleh kira sebagai eksperimen wajib dalam kelas Microbiology. Hasil dari eksperimen yang kami jalankan (tahun tu 2007), di dapati produk jenama ‘L’ ini tak lah mampu membasmi kuman dalam mulut sehingga 99.9% pun. Keberkesanan yang diperlolehi, seingat aku adalah sekitar 60% hingga 80% sahaja.

Bak kata mentor aku masa tu, perkara ini dahulu juga menjadi isu di US, juga beberapa negara yang lain kerana sewenang-wenangnya menggunakan istilah “99.9%” semata-mata untuk meyakinkan pengguna bahawa produk mereka itulah yang “always the best“. Tak percaya? Anda boleh hubungi sendiri Dr. Frederick menerusi email tom.frederick65[alias]gmail.com dan minta sendiri penjelasan dari bekas tok guru aku ni berhubung apa yang aku ceritakan ini. Tapi fakta ini berdasarkan apa yang diperolehi 6 tahun yang lalu. Mungkinkah sepanjang tempoh tersebut, keberkesanan dan formula untuk membunuh kuman/bakteria dalam mulut untuk produk ‘L’ telah diperbaiki setelah menerima kritikan tersebut?

Komen SS: He is retiring by the end of this month, and I dedicate this special write up to him. He had been not only a great lecturer to us, yet a very helpful academic advisor for the Malaysian students in R.I.T. The first few weeks we arrived in R.I.T, he even kindly made us enjoy his very own version of sate and peanut sauce (no sugar, msg, less salt), the color of the sate, as far as I remember, is half-white, really light like a color of chicken breast, even though the taste was not as same as what we had in Malaysia, but we kinda amazed because he knew sate, and he even tried to bake it! Sate suppose to be grilled with smokes, Doc!  It suppose to be carcinogenic!

Comments

  1. By masnita

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *