‘Berat badan’ atau ‘berat lemak’?

Ramai yang kurang peka akan perbezaan di antara turun berat badan dan turun berat lemak, walhal kedua-duanya adalah jauh berbeza, memerlukan strategi yang berbeza, dan membawa kepada hasil yang berbeza. Secara am, maksud menurunkan berat badan adalah lebih umum, manakala menurunkan berat lemak (badan) adalah lebih spesifik.

1Komposisi
Menurunkan berat badan bererti menurunkan kedua-dua berat otot dan lemak, manakala menurunkan berat lemak hanya fokus kepada penurunan lemak badan sahaja (otot akan cuba dikekalkan sehabis boleh).

2Strategi
Menurunkan berat badan hanya memerlukan individu menjaga pengambilan kalori seperti yang dibincangkan dalam ruangan kelas kalori (di sini, apa yang anda makan tidak menjadi masalah, asalkan jumlah kalori yang diambil adalah rendah daripada yang diperlukan). Namun menurunkan berat lemak bukan sahaja memerlukan anda fokus kepada pengambilan kalori, tetapi juga jenis makanan yang diambil. Ini termasuklah pengambilan protein yang mencukupi, jenis karbohidrat yang diambil (G.I rendah), dan jenis lemak yang diambil dalam diet.

3Senaman
Menurunkan berat badan tidak memerlukan senaman, asalkan pengambilan kalori adalah rendah daripada yang diperlukan. Senaman bagaimanapun membantu dalam mencipta lebih kalori defisit terutamanya jika metabolisma anda membuatkan progres anda menjadi sangat liat. Menurunkan berat lemak pula memerlukan (wajib) kombinasi kedua-dua senaman pemberat (weight training) dan teknik kardio yang betul, agar otot lebih banyak dipelihara dan tidak turun dengan banyak sepanjang proses penurunan.

4Progress (kemajuan)
Penurunan berat badan diukur dengan menggunakan penimbang berat badan, manakala penurunan berat lemak disukat menggunakan kedua-dua penimbang berat badan dan penyukat Body Fat %.

5Hasil
Penurunan berat badan akan menjurus kepada rupa ‘skinny-fat‘ (maksudnya, meskipun tampak kurus, namun peratusan lemak badan (Body Fat %) adalah masih tinggi. Penurunan berat lemak pula menjurus kepada rupa ‘ripped‘ bagi lelaki atau ‘toned‘ untuk wanita (rujuk foto di bawah).

Skinny-Fat.. Kurus, namun masih mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi.
Datuk Nicole Ann David adalah antara contoh wanita di negara kita yang mempunyai rupa ‘toned‘.
Rain adalah antara selebriti yang memiliki rupa ‘ripped‘ sempena penampilannya dalam filem ‘Ninja Assasin‘.

Comments

  1. By linda

    Reply

  2. By hazman aka species1980

    Reply

  3. By kisahsensasi

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By peezi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *