Berbuka Cara SS! (Bazaar Ramadhan)

Hari ini merupakan hari pertama berpuasa untuk masyarakat Islam di Malaysia. Seperti diduga, sekali lagi 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada tarikh yang sama seperti yang ditetapkan kalendar Qamari (Hisab).

Kesempatan yang ada aku gunakan untuk menziarahi Bazaar Ramadhan yang terdekat (Seksyen 16, Bandar Baru Bangi). Sedangkan mereka yang berkeluarga pun membeli sahaja makanan untuk berbuka (ada juga yang beli untuk stok Sahur), inikan pula manusia bujang seperti aku ni. Hari pertama puasa memang wajib mengunjugi Bazaar untuk mencari juadah.

Tetapi aku bercadang untuk tidak berkunjung ke Bazaar Ramadhan setiap hari. Mungkin selepas ini akan ada hari aku cuma berbuka dengan buah kurma dan susu skim, hanya bila jam menunjukkan 8 malam sahaja barulah keluar makan di kedai makan, sama seperti waktu makan malam selain bulan Ramadhan, atau mungkin juga aku akan makan secara ‘bersih’ dengan hanya menikmati buah dan putih telur.

InsyaAllah aku akan kupas lagi hal berkaitan Bazaar Ramadhan, apa yang boleh dicari dan boleh dibeli di Bazaar Ramadhan dalam entri-entri yang akan datang.

Memang terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang dijual di Bazaar Ramadhan ini, dan kebanyakkannya manis-manis belaka.

Tetapi aku lebih tertarik untuk membeli tauhu sumbat yang pada hemat aku antara “kuih yang paling berbaloi untuk dibeli“. Selain tinggi kandungan protein (tauhu), ia juga mengandungi sedikit sumber alkaline (lobak dan timun) yang disumbat di dalamnya. Harganya tak salah aku RM2 untuk 5 ketul. Aku beli 10 ketul.

Juga tidak terkecuali sekotak kurma tunisia yang sememangnya masih lembut-lembut basah (tak suka kalau yang terlalu kering dan keras), berserta sebungkus air kacang soya kurang manis. Kedua-duanya dibeli dari Bazaar yang sama.

Walaubagaimanapun, ketika berbuka (jam 7:30pm) aku hanya menjamah 5 biji kurma bersama dengan segelas air kosong (Berbeza dengan sebelum ini, aku berbuka dengan beberapa biji kurma bersama segelas protein whey + susu skim). Mengapa tidak diminum air kacang soya yang dibeli tadi bersama? Ini kerana susu kacang soya mengandungi lemak yang akan melambatkan sedikit kesan penyerapan glukosa yang terkandung dalam kurma, sedangkan ketika berbuka kita perlukan tenaga dalam kadar yang pantas.

Selepas solat maghrib (kira-kira jam 8.00pm), barulah aku mula menjamah makanan yang berat-berat. Dimulakan dengan tauhu sumbat (makan 5 ketul dahulu, 5 ketul lagi simpan selepas terawih) dan segelas susu kacang soya. Kemudian aku makan pula sebungkus nasi lemak lauk kerang (ala, nasi lemak 50 sen + kerang + telur rebus) sebelum ke surau untuk rutin seterusnya.

Mengamalkan pemakanan “makan sedikit-sedikit” seperti ini akan memastikan sistem pencernaan tidak terkejut (kerana sebelum tu sistem pencernaan dalam fasa rehat), berjalan lancar ketika berbuka disamping mengelakkan tabiat makan secara berlebihan. Berbeza dengan mereka yang terus menerus makan nasi, makan murtabak, sumbat itu, sumbat ini sebaik sahaja azan berkumandang, itu adalah gaya pemakanan yang puaka yang semestinya akan mengganggu bagaimana sistem insulin kita bekerja, sekaligus berisiko mengundang penyakit seperti diabetes/kencing manis untuk jangka masa panjang.

Entri Berkaitan:

Siri Khas Puasa: Berbuka Puasa (Bahagian 3)

Comments

  1. By relax

    Reply

    • By ani

      Reply

  2. By Attiesya

    Reply

    • Reply

  3. By aneesya

    Reply

    • Reply

  4. By Iz Wahab

    Reply

    • Reply

  5. By posh76

    Reply

  6. By yuus

    Reply

    • Reply

  7. Reply

    • Reply

  8. By Lyn

    Reply

    • Reply

  9. By Syahid

    Reply

    • Reply

  10. By lyn

    Reply

    • Reply

  11. By lynn

    Reply

  12. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *