Berdiet dengan Laksa?

Kalau di barat, ada sejenis makanan yang dikenali sebagai Pasta. Ia diperbuat daripada gandum (bersama telur), dan dimakan bersama dengan kuah pasta yang diperbuat dari tomato dan daging kisar. Rasa kuah pasta yang asli adalah jauh lebih masam daripada pasta yang dijual di Malaysia, juga jauh kurang berminyak berbanding yang dijual di Pizza Hut Malaysia. Antara jenis pasta yang menjadi kegemaran ramai adalah “spagetti” yang bentuknya panjang-panjang seakan-akan mee. Itu cerita dari barat yang mungkin tak semua orang tahu.

Kalau di Malaysia, ada sejenis makanan yang dikenali sebagai Laksa. Ia diperbuat daripada beras (nasi), dan dimakan bersama dengan kuah laksa yang diperbuat dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping dan daun kesum, dan juga isi ikan segar yang dikisar. Rasa kuah laksa yang dijual di kampung-kampung atau yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam. Sesetengah blogger kesihatan seperti SS berpendapat rasa masam ini terutamanya jika datang dari limau nipis adalah berfungsi sebagai Alkaline yang meneutralkan kembali kuah laksa yang berprotein tinggi (bersifat asid).

Antara jenis-jenis laksa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Laksa Asam, yang mana termasuklah Laksa Utara, Laksa Kuala Perlis, dan sejenis lagi versi laksa yang lebih halus bentuknya dikenali sebagai “Laksa Putu Mayang”. Laksa Putu Mayang ini sukar dijumpai di mana-mana negeri di Malaysia kecuali di utara Kedah dan Perlis. Dalam entri kali ini, perkataan “Laksa” yang digunakan adalah merujuk kepada Laksa Asam / Laksa Utara / Laksa Penang / Laksa Kedah / Laksa Perlis, dan bukannya merujuk kepada Laksam, Laksa Kari, Laksa Lemak, Laksa Johor mahupun Laksa Sarawak yang jauh lebih berlemak dan berkalori tinggi.

[Perlu diingatkan, tiada unsur-unsur racist atau bersifat kenegerian yang cuba ditonjolkan dalam entri ini, dan apa yang aku tulis adalah 200% bertunjangkan nilai nutrisi yang dimiliki oleh makanan tersebut dan kesannya kepada kesihatan. Ia mungkin suatu kebetulan sejarah bahawa nama Laksa tersebut hadir bersempena dengan nama tempat kelahirannya]

Laksa Putu Mayang, bentuknya lebih halus…

Laksa Putu Mayang

Sehingga ke hari ini, antara makanan tradisi yang mendapat penghormatan besar dari Susu Sejat dan rakan-rakan adalah Laksa Asam (Laksa Utara). Ini termasuklah Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Kuala Perlis, dan sejenis laksa yang sangat jarang dijumpai di mana-mana tempat, iaitu Laksa Putu Mayang. Mengapakah laksa-laksa ini selayaknya mendapat penghormatan besar dari Susu Sejat dan rakan-rakan? Berikut aku senaraikan sebab-musababnya.

  1. Kalori lebih rendah berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi/diperbuat dari sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein. Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien. Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium. Ini kerana isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa ini kadang-kadang dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum (Persicaria odorata) yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. Selain itu, ia juga dipercayai mampu mengurangkan nafsu seks. Oleh yang demikian, ramailah sami-sami Buddha di Vietnam yang menanam daun kesum di halaman kediaman mereka untuk kegunaan mereka (bukankah mereka tak boleh kahwin sepanjang menjadi sami?).
  8. Asam keping (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.

Pemandangan lazim di Jeti (kawasan perkampungan nelayan), Kuala Perlis

Pada cuti Aidilfitri yang lalu, aku mengikut keluarga aku beraya di Kampung belah ayah yang terletak di Kuala Perlis, Perlis. Setiap hari, laksa (termasuk Laksa Putu Mayang) pasti akan terhidang di atas meja dapur, seolah-olah ia adalah makanan ruji di sini menggantikan nasi. Bahkan ketika Hari Raya sekalipun, ia turut dihidangkan bersama ketupat dan rendang! Apa yang paling aku berpuas hati adalah rasa laksanya yang lebih sedap dan asli berbanding rasa laksa yang dijual di kedai-kedai, Jusco atau Tesco (yakni laksa kering yang kena rebus sendiri). Ini kerana, setiap penjual laksa di sini mempunyai mesin pembuat laksa mereka sendiri, dan apa yang kita makan itu semestinya asli dan “segar”.

Kuahnya pula, usah disanggah, memang pekat dan asli (rujuk gambar 2 foto Laksa Putu Mayang sebelum ini), langsung tidak sama seperti laksa-laksa yang dijual di bandar-bandar besar yang “cair semacam”. Ini kerana Ikan di Kuala Perlis adalah murah-murah belaka. Setakat 2-3 kilo isi ikan untuk seperiuk kuah laksa, apalah sangat! Tambahan pula, ikan-ikannya juga segar dari jeti, dan apa yang kita makan itu semestinya asli dan segar!

Mungkin selepas ini, akan ada yang tanya aku, “Bolehkah saya berdiet untuk kurus dengan memakan Laksa Asam/Utara sebagai hidangan utama (menggantikan nasi)?” Jawapan aku? Silakan.

Komen SS: Untung orang Kuala Perlis, ikan yang murah, Laksa pun tak susah nak cari. Tinggal nak laksanakan diet, dan disiplin sahaja.


18 thoughts on “Berdiet dengan Laksa?

  1. Laaaa… awat tak habaq kata mai sini.. boleh la saya belanja SS tom yam hehe.

    baru tau laksa kecik2 tu org panggil laksa putu mayang. Memang laksa stail kecik2 ni kat perlis ja ada.. makcik kawan saya alau nak selalu suruh saya belikan untuk dia.. ( jenis kering kena rebus)

    ya di kuala perlis mereka ada mesin buat laksa.. kawan saya pun ada .. mak dia siap buat laksa gandum lagi ( menggunakan tepung gandum) tapi laksa tu bewarna kuning . wallahualam tu saya makan masa remaja dulu. Saya pun jarang dah hubungi dia..

    soalan: mula2 kita diet ni memang rasa lapar sikit ke? sebab kita kurang mkn dr biasa.. selalu 2 pinggan sekarang hanya satu pinggan :(.

  2. ah ha..akhirnye baru saye tau nama laksa yg pernah makan di rumah kawan mase bljr di perlis dulu..ya ‘laksa putu mayang’..mmg x dinafikan kesedapannya..1st time mkn laksa halus2 gitu..padahal bukan peminat laksa tp mmg sedap mase tu…thanks en.ss bg saye jwpn yg lame dicari…:)

    • salam adik Azmil, besar juga 108kg, tapi tak mustahil untuk turunkan berat mcam abang dan yang lain2… adik kena mula ubah gaya hidup, perbanyakkan aktiviti2 luar, kerana aktiviti2 sebegitu membakar banyak kalori… adik masih muda, metabolisma pun masih bagus, gunakan peluang ni untuk bakar lemak sehabis-habisnya, ok? Jangan tunggu bila umur dah nak masuk 30 baru nak turunkan berat, masa tu akan jadi susah sikit sebab kadar metabolisma dah turun. Good Luck! :)

  3. SS..saya minta izin..nak copy pasal statement pasal laksa n nak paste kat wall FB saya..untuk dikongsi bersama kawan2..

    • kalau mee laksa dia semata2, tak jauh beza dengan kalori nasi.. kalau kuah dia pula saya tak pasti, ikut pada resepi, yang pasti jauh lebih rendah dari kuah mee kari atau kuah mee rebus.

  4. Saya suka laksa.hantu laksa! Tapi ada beberapa facts yg saya nak betulkan kt sini. Kuah laksa bersifat alkali sebab guna isi ikan yg banyak.Jadi bila tambah asam keping dan perahan limau nipis yg bersifat asid..akan meneutralkan keseluruhan pH laksa (wlaupun scra dasarnya masih lagi berasid)..SS kata perahan limau bersifat alkali which is salah konsep sainsnya :)..berkenan berdiet dengan laksa bukanlah satu langkah bijak.

    Seperti kita sedia maklum,laksa ni sifat dia mengeyangkan tp sebentar.kalau makan bertambah2 memang tak sedar. Laksa beras terutamanya mengandungi kalori sama seperti nasi.semangkuk laksa kalori 46+ kcal..kalau dah asyik lapar mesti rs nk makan..makan laksa secara berulang sbnrnya boleh menyebabkan kita mengambil lebih kalori harian.Lebih elok mengamalkan pemakanan yang sihat yang lain sebagai menu diet harian. Wallahua’lam

    • Anne, memang limau adalah asidik kalau diukur dengan kertas pH, tetapi bila dah masuk dalam darah, ia jadi alkaline.. sama juga dengan protein, bila dah masuk dalam badan, ia akan jadi asidik.. sebab tu monomer dia kita panggil “Asid Amino” :) satu lagi makanan yang berasid adalah makanan yang tinggi lemak, apabila lemak masuk dalam darah, ia akan jadi “Asid Lemak” or fatty acids.

      konsep asidik dan alkaline saya pernah tulis dahulu di sini.. –> http://sususejat.com/alkaline-versus-acidic/

  5. Pingback: Memilih makanan di Bazaar Ramadhan | Susu Sejat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>