Berita @ SS (Edisi Julai-Ogos 2013)

Rasanya dah lama sangat saya bercuti dari menulis. Orang mungkin panggil ini sebagai cuti raya, tapi sebenarnya saya mempunyai beberapa perkara yang lebih penting untuk disiapkan sebelum berakhirnya tahun ini; kemudian bolehlah saya mulakan lembaran baru dalam kerjaya saya.

Hampir 3 minggu juga blog ini sunyi dari update, walhal banyak perkara-perkara yang berlaku di luar sana. Malaysia tak sunyi dengan isu tembak menembak, dunia pula tertumpu pada pergolakan di Mesir. Namun saya tak berhajat untuk mengulas panjang berkenaan perkara berikut kerana blog ini fokusnya adalah kesihatan dan gaya hidup mantap.

Oleh itu, saya menggunakan kesempatan yang ada ini untuk merangkumkan beberapa berita yang berkaitan kesihatan, gaya hidup dan “wellness” yang sempat saya perolehi sepanjang hujung Ramadhan dan awal Syawal yang lalu.

1 – Turun berat, dapat emas

Nama pertandingannya adalah “Gold for Weight Loss” dan dianjurkan oleh pemerintah bandar Dubai, UAE pada hujung Julai lalu tatkala masyarakat Muslim di sana sibuk dengan persiapan raya. Ya, apa yang anda dengar tak salah, setiap 1g emas akan ditukarkan dengan setiap Kg berat yang berjaya diturunkan.

dubai-weightloss-gold

Penduduk Dubai mempunyai kadar obesiti yang agak tinggi dan mereka tergolong di antara 10 populasi dunia yang malas bersenam (termasuklah Malaysia). Pemerintah di Dubai mengambil inisiatif dengan menyediakan emas sebagai ganjaran untuk mengatasi masalah ini dan pendekatan mereka nampakanya tidak sia-sia apabila laporan awal menyebut sekurang-kurangnya 10,000 penduduk mereka yang obese telah pun mendaftar dan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut (siapa yang tak mahu emas kan).

Pertandingan tersebut telah pun berakhir pada 16 Ogos yang lalu dan 3 orang yang mempunyai kadar penurunan berat paling banyak telah mendapat ganjaran wang emas (dinar) yang bernilai USD 5,400, di samping 1g emas untuk setiap Kg berat badan yang mereka berjaya buang.

Kat mana-mana pun ada isu... (komen dipetik dari http://gulfnews.com/news/gulf/uae/health/maximise-weight-loss-and-win-more-gold-in-dubai-1.1221698)

Cakap pasal isu atau ketidakpuashatian, kat mana-mana pun ada… Pilihanraya pun ada isu, ini normal… (komen dipetik dari http://gulfnews.com/news/gulf/uae/health/maximise-weight-loss-and-win-more-gold-in-dubai-1.1221698)

2 – Telan cacing pita untuk kurus

Manusia sanggup lakukan apa saja untuk kurus. Dalam usaha untuk menurunkan berat badan dengan cepat, seorang wanita dari Iowa telah memesan cacing pita (tapeworm) dari internet lalu menelannya, dengan harapan apa jenis makanan yang diambil beliau akan turut dijamah sama oleh koloni cacing pita tersebut.

cacing-pita

Hal ini terbongkar apabila wanita tersebut telah ‘terkantoi’ ketika membuat konsultansi dengan seorang doktor. Menurut doktor, cara tersebut adalah tidak normal dan berisiko membawa masalah lain.

Seperti yang kita sedia maklum, cacing pita adalah salah satu ‘normal flora’ yang tinggal di sekitar perut dan salur penghadaman, dan biasanya mereka yang mempunyai badan yang kurus tetapi kuat makan adalah disebabkan kewujudan makhluk ini yang menyerap zat-zat penting terlebih dahulu sebelum “host” mereka. Pada ketika masyarakat Melayu kurang pendedahan dengan ilmu biologi, mereka selalu menggangap hal ini terjadi disebabkan kewujudan saka.

3 tahun lalu, permintaannya seperti 'pisang goreng panas'

3 tahun lalu, permintaannya seperti ‘pisang goreng panas’

Laporan asal: News.com.au

3 – Pen beracun, musuh dalam selimut wanita?

Berapa ramai wanita di sini yang tahu terdapatnya beberapa elemen logam yang aktif dalam gincu yang mereka gunakan? Wanita selama ini sukar untuk mengetahui hal ini memandangkan pengeluar gincu jarang mendedahkan ramuan produk mereka pada kotak atau label produk. Namun penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan, dalam gincu yang digunakan wanita setiap hari bukan saja mengandungi ‘lead’ (plumbum), tetapi juga mengandungi 8 logam aktif lain termasuklah titanium, cadmium dan aluminium (logam-logam yang biasa kita dengar dalam bateri). Laporan penuh kajian tersebut boleh diakses di sini.

gincu

Kini yang menjadi persoalan besar adalah, apakah kesan jangka masa panjang logam-logam tersebut terhadap kesihatan si pemakainya? Apa akan terjadi jika gincu tersebut tersentuh dengan makanan (ketika makan) lalu ditelan bersama dengan makanan-makanan tersebut? Apa akan terjadi jika logam tersebut meresap menerusi kulit bibir?

Seperti yang kita sedia maklum, logam-logam aktif mempunyai kesan kepada fungsi biologi sel jika didedahkan pada kadar yang kerap atau dengan dos yang tinggi – salah satunya adalah kanser, kes dimana sel gagal untuk mengawal lagi proses pembahagiannya lalu membiak secara tidak terkawal. Namun teori ini tidak mencukupi, mereka memerlukan data klinikal untuk menyokong hujah mereka akan adanya bahaya disebabkan logam-logam aktif yang terdapat dalam gincu.

logam-gincu

Sumber asal: The NYT, EHP.

Comments

  1. By ummi adam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *