Bersahur Cara SS! (Mamak)

Dalam entri yang lepas aku telah kongsikan menu berbuka aku yang tak seberapa, tetapi masih seimbang. Ramai yang memberi respon dan bertanya selepas tu, nak tahu apa pula makanan yang aku jamah tatkala sahur dinihari (ingat, aku masih bujang, tinggal juga di rumah bujang, kelengkapan memasak masih kurang). Antara pilihan yang ada tentulah makan di luar, dan apabila bercakap tentang makan di luar pada pukul 4.30 pagi, tentulah tempat makan yang dibuka 24jam menjadi sasaran, seperti restoran mamak.

Ceritanya bermula begini. Ketika aku berjalan-jalan di pagi buta yang dingin, dalam kegelapan lorong berserta perut yang “tak berapa laparlah sangat”, tiba-tiba aku ternampak cahaya. Adakah itu merupakan sinar harapan yang ditagih? Aku hampiri cahaya itu, sedikit demi sedikit… Oh, itu kedai mamak! Dari jauh dah kelihatan 3-4 orang “Ane” dok melambai-lambai, suruh aku mai kedai depa. Semangat betul nak tarik pelanggan. “Boss, sini makan.. sini makan…” kata salah seorang daripada ane-ane tu.

Aku pun menjejakkan kaki ke restoran mamak ini tanpa ragu-ragu, kerana aku tahu di sini terjualnya sumber protein kegemaran aku. Agak-agak pembaca semua boleh teka? Pembayangnya ada dalam gambar ini, nampak ane yang di sebelah kanan tu? Aku pergi menghampiri ane tersebut.

Masih lagi tak dapat nak meneka?

Nah, inilah dia, nasi putih bersama ayam tandoori bahagian dada. Kenapa aku pilih ayam tandoori? Jawapannya ada dalam entri berkenaan ayam tandoori yang aku tulis sebelum ini, bahagian 1 dan bahagian 2. Silalah rujuk jawapannya di sana. Cuma bezanya untuk hidangan kali ini, aku gantikan roti naan biasa dengan nasi putih, bersama sedikit kuah dhal (memang pekat, kaya dengan kacang dhal, kurang minyak) dan kari terung (terung dia masih keras, tak lembik sangat, maka dijamin sifat alkaline nya terpelihara sedikit). Terung terpaksa diambil kerana mamak kali ni kemut nak kasi timun dengan bawang lebih!

Entri berkaitan:

Siri Khas Puasa: Bersahur (Bahagian 2)

Comments

  1. By astatin008

    Reply

  2. By aziah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *