Bersenam dengan perut kosong bakar lebih banyak lemak?

Satu artikel kajian yang diterbitkan semalam (18 November 2014) dalam Journal of the International Society of Sports Nutrition sempat menarik perhatian saya. Kajian ini cuba untuk menjawab persoalan adakah terdapatnya perbezaan dari segi komposisi tubuh badan dan jumlah lemak yang susut, antara bersenam/kardio dengan perut kosong, dan bersenam/kardio dengan perut yang sudah di alas dengan “pre workout” meal.

kosong

1) 20 wanita sihat tubuh badan dari universiti direkrut untuk kajian ini. Usia mereka pula sekitar 20 an sahaja.

2) 20 wanita ini dipecahkan kepada 2 kumpulan, kumpulan pertama (n=10) diminta untuk berpuasa (perut kosong) sebelum memulakan sesi senaman. Kumpulan kedua (n=10) pula diminta alas perut dahulu sebelum bersenam

3) Setiap dari wanita ini diminta bersenam secara kardio santai selama satu jam, 3 kali seminggu menggunakan treadmill (model CLST-0100R-01, Brunswick Corporation, Rosemont, IL).

4) Setiap dari mereka diminta untuk melakukan defisit kalori -500kcal sehari. Keperluan kalori ditentukan berpandukan rumus Mifflin-St. Jeor. Setiap subjek mengambil 1.8g/kg protein sehari.

5) Hasil kajian mendapati kedua-dua kumpulan mengalami penurunan berat badan dan jisim lemak yang lebih kurang sama! Tiada perbezaan signifikan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan, dan hasil kajian ini merumuskan, ‘tiada special nya’ bersenam dengan perut kosong dari segi pembakaran lemak, berbanding kalau anda alas sedikit perut anda / ambil pre-workout.

Komen SS:

1) Saya sudah menjangkakan hasil kajian ini. Hasil kajian ini amat mirip dengan eksperimen IF yang saya jalani tempoh hari. Tanpa mengambil kira apa jenis protokol yang anda amalkan, kadar penurunan berat badan dan jisim lemak adalah berkadar langsung dengan purata defisit kalori anda dalam sehari.

Tak kisahlah anda nak berjogging dengan perut kosong ke, atau nak sapu minyak supra hot kat betis dan paha dengan harapan paha lagi kelihatan ‘firm’, nak ikat bengkung di perut sambil berlari ke, atau nak puasa 16 jam dari makanan, tetapi 8 jam seterusnya ambil sehingga 2000 kcal ke, semuanya bergantung kepada BERAPA DEFISIT KALORI YANG TERJANA DALAM SEHARI.

(Cuma dalam kes IF tempoh hari, memang ia membantu dari segi psikologi untuk mengawal nafsu makan anda dan secara tak langsung regulasi hormon tampak lebih diperbaiki)

2) Saya bukan seorang pakar research methodology, namun saya berpandangan kajian ini boleh diperbaiki lagi dengan turut mengambil kira subjek lelaki, berapa tempoh fasting yang dilakukan, obese vs non obese, juga faktor umur dan of course, analisis darah secara klinikal.

3) Secara peribadi, saya lebih suka bersenam dengan perut kosong pada sebelah pagi, atas faktor keselesaan saluran penghadaman.

research-fasted-training

Rujukan / Pautan Asalhttp://www.jissn.com/content/11/1/54/abstract

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *