Beza cuma 30 sen

Kenapa produk “healthy” selalu lebih mahal? Tapi tak semestinya sentiasa mahal, kalau…

Sejak CAP (Consumer Association of Penang) mendedahkan terdapatnya bahan pemutih dikenali sebagai “Benzoyl Peroxide” yang terdapat di dalam kebanyakkan tepung gandum kira-kira sedekad yang lalu, lebih ramai pengguna yang sedar dan lebih berhati-hati dalam memilih tepung gandum untuk kegunaan masakan. Ada yang memilih tepung atta sebagai alternatif. Pengeluar juga tidak terkecuali sedar akan situasi ini lalu mengeluarkan varian tepung “Tanpa Benzoyl Peroksida” untuk memenuhi permintaan segelintir pengguna yang mengkehendaki varian tepung gandum yang lebih selamat – lebih mesra kesihatan.

DSC_0503

Tinjaun saya di pasaraya Giant tempoh hari juga mendapati harga tepung gandum biasa berbanding tepung gandum “tanpa benzoyl peroksida” (jenama Faiza) tidak jauh bezanya. Hanya 30 sen berbeza berbanding tepung biasa (jenama Giant). Harga kawalan tepung gandum yang saya semak di laman KPDNKK sehingga tarikh 10/2/2014 adalah RM2.03 sen (RM1.35 selepas subsidi). Dari dapatan ini, dapatlah disimpulkan harga varian tepung gandum Faiza “tanpa benzoyl peroksida” ini adalah amat kompetatif dan mampu dimiliki ramai.

Ini kerana pada hari ini, nilai 30 sen ini tidak lagi dipandang signifikan berbeza dari segi harga berikutan harga air suam di mamak pun sudah mampu mencecah 50 sen segelas.

DSC_0504

DSC_0505

Apa itu Benzoyl Peroxide?

  • sejenis bahan peluntur/pemutih dan agen pembasmi kuman yang terdapat dalam bahan pencuci am.
  • juga bahan utama dalam merawat jerawat (acne) – bunuh kuman penyebab jerawat.
  • secara kimia, terdiri dari 2 kumpulan benzoyl yang disatukan dengan ikatan peroksida.
  • digunakan ketika pemprosen tepung (terutamanya tepung gandum) kerana ia mempercepatkan proses penyingkiran gluten dari biji gandum.
  • kajian pada tahun 1977 – 76% subjek yang diuji mendapat sensitif (sensitized) terhadap benzoyl perokside (Leyden and Kligman).
  • kajian pada tahun 1981 menyimpulkan potensi kesan carcinogenic (agen kanser) oleh benzoyl peroxide, dan menasihatkan agar penggunaannya haruslah dikawal (Slaga et al.)

Ada segelintir pembaca yang tanya saya, kenapa harga produk-produk makanan versi “healthy” ini jauh lebih mahal berbanding harga produk-produk “biasa”. Saya beritahu mereka, ini semua lumrah bisnes. Pada saya, ada 2 punca utama kepada masalah ini, tapi asasnya masih sama, iaitu kurang permintaan pengguna.

1) Kurang persaingan antara pengeluar, sebabnya mudah, iaitu kurang permintaan pengguna (peluang untuk buat untung pun tak seberapa, pengeluar berfikir lebih baik fokus hasilkan produk yang murah dan dapat permintaan, senang nak buat untung). Apabila kurang persaingan, harga akan menjadi kurang kompetatif dan lebih mahal.

2) Benda yang dihasilkan dalam skala besar (pukal) akan jadi lebih murah kerana kos per unit setiap barang itu akan jadi rendah kalau dihasilkan serentak dengan banyak. Banyak kos yang dapat dijimatkan. Tetapi situasi ini tidak berlaku ketika penghasilan produk-produk “healthy” kerana permintaannya yang kurang.

Produk-produk healthy ini secara keseluruhan mendapat permintaan yang kurang dari pengguna, disebabkan beberapa faktor, terutamanya kerana tekanan harga yang ada sekarang, disamping kos sara hidup masa kini dan juga disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat itu sendiri. Faktor-faktor ini memaksa rakyat membeli varian yang lebih murah (not healthy). Kesimpulan “cause and effect” ini dapat saya rumuskan dalam model berikut.

model

Apabila permintaan kurang, pengeluar terpaksa menghasilkan produk “healthy” ini dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelak terjadinya “lebihan stok” (risiko untuk rugi kelak jadi tinggi kalau lebihan stok berlaku). Apabila dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, sudah pasti kos per unit produk tersebut akan jadi lebih tinggi. Ini mengakibatkan produk “healthy” tersebut menjadi mahal apabila berdiri di atas satu rak yang sama dengan produk varian “biasa” di supermarket.

Situasi ini juga boleh dikatakan terjadi pada beberapa produk healthy lain, antaranya beras perang. Pada tahun 2005, MARDI mendapati permintaan terhadap beras perang masih rendah di Malaysia. Walaupun 68% responden tahu akan kewujudan beras perang, tetapi hanya 40% sahaja yang benar-benar tahu akan kebaikannya dan 34% sahaja yang memakan atau pernah memakannya. Apabila ditanya kesanggupan mereka untuk membeli beras perang pada harga pasaran RM2.80 sekilogram, hanya kira-kira 20% responden sahaja yang sanggup membelinya pada harga tersebut.

Berbalik kepada tajuk entri ini, saya memuji usaha Faiza, sebuah syarikat bumiputera muslim yang berani mengeluarkan harga yang amat kompetatif untuk produk tepung gandum “tanpa benzoyl peroksida” mereka, meskipun terpaksa bersaing dengan beberapa jenama “1Malaysia” yang biasanya jauh lebih murah kerana sebahagian harganya disubsidikan kerajaan. Namun apabila dipandang dari harga keseluruhan, harga tepung gandum “healthy” versus “biasa” ini tak lah jauh mana pun, hanya 30-40 sen sahaja.

Tujuan saya menghasilkan entri ini pula adalah untuk memberi tekanan kepada harga pasaran yang sedia ada sekarang, iaitu dengan cara memanipulasi salah satu pembolehubah yang ada di dalam model yang dicadangkan tadi – iaitu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat akan wujudnya varian-varian produk versi “healthy” seperti ini. Dengan harapan, permintaan terhadap produk-produk ini akan meningkat kelak seterusnya mampu bersaing dengan permintaan varian-varian murah yang “less healthy“. Apabila ini berlaku, harga produk-produk ini pastinya tak jauh berbeza.

Saya juga berharap agar lebih ramai yang berkongsi maklumat ini kepada rakan-rakan dan keluarga, hebahkan, sama-sama kita menyokong penghasilan produk-produk varian healthy ini. Sama-sama kita hebahkan dan tingkatkan pengetahuan mereka yang masih belum tahu. Inshaa Allah, manfaatnya akan kita rasai kelak.

Comments

  1. Reply

  2. By anis

    Reply

  3. By tayNadirah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *