Beza Istilah “Probiotik” dan “Prebiotik”

Dalam artikel blog yang disiarkan semalam, saya ada menyentuh istilah “probiotik” sebagai komponen penting untuk “profil microbiome” agar tahap pencernaan kita berada dalam keadaan “tip-top”.

Mungkin ramai yang pernah salah anggap kedua-dua istilah ini membawa maksud yang sama. Sebab tu tak menghairankan ada yang guna kedua-dua istilah ni ”interchangeably” bila bertutur atau menulis pasal nutrisi. Tapi tahu tak kedua-dua istilah ni, yang hanya dibezakan dengan pangkal “Pro” dan “Pre“, adalah tak sama?

PROBIOTICS merujuk kepada bakteria baik yang menjadi sebahagian dari “normal flora” dalam sistem pencernaan kita. Kehadiran mereka di situ mewujudkan satu ekosistem pencernaan yang seimbang. Sebagai contoh, mereka mengawal populasi bakteria berbahaya dalam sistem pencernaan kita supaya bakteria berbahaya ini tidak menjadi terlalu “overgrowth” dan memberi kesan yang tak baik pada tubuh.

Maksudnya, kita kena selalu pastikan yang bakteria “baik” ni tak kurang/pupus dalam badan kita menerusi diet yang baik. Bila mereka dah ramai, baru mereka takkan biarkan bakteria yang berbahaya tadi jadi terlalu “dominan” atau “naik kepala”.

PREBIOTICS pula adalah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh tubuh. Justeru dalam bahasa mudah, kita boleh kata PREBIOTICS ini merupakan “makanan” kepada PROBIOTICS ini.

Kedua-dua istilah ini juga boleh merujuk kepada kumpulan makanan. Sebagai contoh, PROBIOTICS juga merujuk kepada makanan yang mengandungi bakteria baik di dalamnya. Biasanya makanan dari kategori PROBIOTICS ini adalah makanan yang sudah diproses, termasuklah yang telah melalui proses penapaian (fermentation).

Diari Diet

Manakala PREBIOTICS pula biasanya merujuk kepada makanan yang belum diproses. Ia akan ‘diproses’ sebagai makanan kepada PROBIOTICS bila dah masuk dalam sistem pencernaan kita nanti.

Jadi sekarang, dah boleh nampak tak beza antara istilah PROBIOTICS & PREBIOTICS? Lepas ni takmo kompius lagi naa.. gunakan istilah yang betul pada subjek yang betul.

 ==========

Artikel ini merupakan salah satu topik yang dibincangkan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS) Edisi 3: Diet Dan Nutrisi“. Jika anda sukakan penulisan ilmiah yang santai seperti ini, dapatkan siri buku CSS ini segera sementara stok masih ada; klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook). Dijamin berbaloi dan mudah faham!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *