Bukan senaman kalau dah jadi rutin

Persoalan: Kenapa suri rumah yang banyak melakukan kerja rumah susah hendak menurunkan berat badan, sedangkan kerja rumah yang dilakukan mereka banyak?

Aku percaya persoalan di atas seringkali bermain bukan sahaja dalam kepala ibu-ibu, malah perempuan-perempuan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, atau mungkin juga membelengu para gadis yang bakal mendirikan rumah tangga kelak (amboi, gatal dah anak-anak dara ni).

Gambar sekadar hiasan, hak milik dia.

Bukan sedikit kerja rumah yang dilakukan, tetapi boleh dikatakan banyak juga. Daripada mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju, memasak untuk suami, menghias laman rumah, mengurut badan suami yang berpanau, melayan kerenah anak-anak, dan berbagai lagi. Tidak tersebut SS di sini.

Tetapi mengapa masih tidak kurus? Bukankah aktiviti-aktiviti di atas membakar kalori? Sampai bilakah tipah akan tertipu? Mungkinkah Tipah akan tertipu lagi, dan lagi, dan lagi.. lagi…?

Masih ingat lagi pesanan aku tempoh hari bahawa setiap senaman haruslah dirombak sekali dalam 2 minggu supaya badan kita sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru? Hal ini samalah dengan permasalahan di atas.

Aktiviti-aktiviti di atas, sekiranya kita lakukan buat pertama kalinya mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah pasti berat badan akan turun beberapa kilogram dalam masa sebulan, namun percayalah selepas itu berat anda tidak akan turun lagi.

Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, akan berubah menjadi apa yang dikenali sebagai “rutin” – badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim tubuh tidak berkurangan; ketahuilah bahawa turun berat badan sebenarnya dikira sebagai rugi oleh tubuh badan kita. Meskipun pada kita turun berat badan itu bagus untuk mendapatkan BMI yang idle, tetapi badan kita menganggap sebaliknya. Analogi mudah, anggap sahaja berat badan kita seperti wang di bank, bukankah penyusutan jumlah wang itu sesuatu yang merugikan?

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori, namun ia tidak membakar lemak secara efektif. Untuk membakar lemak, kita kena pandai ‘menipu’ tubuh badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus ‘tertipu’ untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur! Inilah resepi kejayaan “weight/fat loss” yang ramai mungkin tak nampak.

Terdapat 2 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ‘rutin’ ini:

1 – Rajin-rajinlah bersenam (kardio + kekuatan), jangan terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin untuk menurunkan berat lemak.

2 – Dengan sedikit modifikasi (kerap) ke atas aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin tersebut, anda boleh menipu tubuh anda lalu boleh menurunkan berat badan dengan konsisten. Bagaimana caranya? Ini akan aku kongsikan dengan lebih lanjut dalam sesi tips yang akan datang.

Si anak: Berpeluh-peluh mak potong cabai tu, lap lah sikit, nanti masuk dalam sup pulak.
Si ibu: Biarlah, peluh ni maksudnya bakar lemak, biar cair lemak-lemak badan ni.
Si anak: Tapi SS cakap lain mak, dia cakap peluh tu tiada kena mengena dengan bakar lemak.
Si ibu: Biarlah, janji mak buat kerja-kerja rumah ni, kira senaman juga apa, mana tau boleh kurus.
Si anak: Tapi kenapa sampai sekarang pun mak tak kurus-kurus? Gendut lagi ada laa..
Si ibu: Mulut!!! (Pangggg!)
Si SS: Kan dah kena pelempang, siapa suruh tak sayang mulut dik?

P/S: Dah join ke belum?

Comments

  1. By CERITA LEBAT

    Reply

  2. By Rahsia Buah Pinggang Sihat

    Reply

  3. By Joy Kalonas

    Reply

  4. By noorazlina abd rahman

    Reply

  5. By Ahmad Ifham Bin Solhi Tagor

    Reply

    • Reply

  6. By zira

    Reply

  7. By Anakzul

    Reply

  8. By Anakzul

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *