Buku “Celoteh Susu Sejat” dah sampai!!

Kini mula dijual secara rasmi!

Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS)
(oleh Hasrizul Hashim @ Joy Kalonas, penulis blog dan FB Susu Sejat)

RM40
(Harga untuk setiap naskhah, tidak termasuk Pos Laju)
Ukuran 6′ x 9′
240 mukasurat (Berwarna Penuh)
Perfect Bind
Naskhah yang sudah terbit: Edisi 1 & Edisi 2
.

Pada yang mengikuti penulisan saya di FB Susu Sejat, mesti dah sedia maklum yang saya dan team telah terlibat dalam satu projek membukukan penulisan-penulisan saya di FB agar dapat dibaca dalam bentuk fizikal. Ya lah kan, sayang jika semua penulisan tersebut tenggelam dalam garis masa FB begitu sahaja.

Dari projek mengarkibkan penulisan saya di FB ini, maka terbitlah satu siri baru terbitan team Susu Sejat Dot Com yang dikenali sebagai “Celoteh Susu Sejat” (CSS).

.

Apa itu Siri buku CSS ?

Siri buku CSS ini terdiri dari 3 edisi buku (3 naskhah buku) yang merangkumi status-status ilmiah (diet, kesihatan, senaman, lifestyle), serta pandangan peribadi dan kata-kata motivasi TERPILIH yang pernah saya tulis di laman FB Susu Sejat, sejak dari awal pembabitan saya sebagai blogger susu sejat pada tahun 2010 lagi.

Pendek cerita, 7 tahun punya penulisan yang “best of the best” di FB ini, semua akan disumbat dan disusun mengikut tema dalam 3 buah buku ini.

3 edisi buku tersebut adalah seperti berikut:

CSS EDISI 1: “Sains Penurunan Berat Badan” (ISBN 978-967-15583-0-0)
CSS EDISI 2: “Senaman Dan Kesihatan” (ISBN 978-967-15583-1-7)
CSS EDISI 3: “Nutrisi Dan Diet” (akan datang April 2018)

Buat masa ini, dua edisi buku telah siap dicetak dan secara rasminya diterbitkan mulai hari ini. CSS edisi 1 membincangkan tentang perihal sains dalam penurunan berat badan, manakala CSS edisi 2 membincangkan tentang pengenalan konsep bersenam dan hal-hal berkaitan kesihatan.

Pendek kata, semua persoalan anda seperti, “Macam mana lemak dalam badan kita terbentuk dan dibakar? Apa strategi yang kita kena buat? Macam mana nak lawan Plateau? Macam mana nak rangka diet dan senaman?

Semuanya bakal terjawab dalam siri buku CSS ni!

.

Apa yang terkandung dalam setiap Edisi?

Setiap buku mempunyai skop kandungan yang berbeza mengikut temanya, namun kandungan mereka amatlah berkaitan antara setiapnya.

CSS EDISI 1: “Sains Penurunan Berat Badan” merupakan kompilasi posting ilmiah FB yang berkait rapat dengan tajuk seperti metabolisma, kaitan hormon dan kegemukan/penurunan berat badan, konsep kalori (tenaga), serta strategi dan tip berkaitan.
.

Buku ini mampu dijadikan panduan buat mereka yang berminat untuk mendapatkan penjelasan dari segi sains apakah satu-satu amalan dalam penurunan berat badan itu disokong oleh fakta, atau adakah ia hanya sekadar auta atau mitos.

Diari Diet
Untuk melihat ‘preview‘ kandungan buku CSS Edisi 1 ini, klik salah satu pautan di bawah untuk muat turun sampel e-buku. Sampel E-buku ini hanya mengandungi 3 bab dari 20 bab yang terkandung dalam buku sebenar CSS EDISI 1: Sains Penurunan Berat Badan.
.
Sampel E-buku CSS EDISI 1 – versi ringan / lite (12.5mb)
Sampel E-buku CSS EDISI 1 – versi resolusi tinggi / HD (18.3mb)
.

CSS EDISI 2: “Senaman Dan Kesihatan” merupakan kompilasi posting ilmiah FB yang berkaitan dengan tajuk seperti kesihatan dan gaya hidup, penyakit tidak berjangkit (NCD), senaman dan kaitannya dengan penurunan berat badan, serta strategi dan motivasi yang berkaitan.

Buku ini adalah refleksi pemahaman penulis berdasarkan pengalaman peribadi, bacaan ilmiah dan bimbingan dari para jurulatih kecergasan, doktor perubatan, serta pakar pemakanan. Justeru kaedah penyampaiannya adalah amat santai.
.

Untuk melihat ‘preview‘ kandungan buku CSS Edisi 2 ini, klik salah satu pautan di bawah untuk muat turun sampel E-buku. Sampel E-buku ini hanya mengandungi 3 bab dari 23 bab yang terkandung dalam buku sebenar CSS EDISI 2: Senaman dan Kesihatan.

.
Sampel E-buku CSS EDISI 2 – versi ringan / lite (11.6mb)
Sampel E-buku CSS EDISI 2 – versi resolusi tinggi / HD (22.5mb)
.
Berikut adalah ringkasan kandungan yang terkandung dalam kedua-dua edisi buku (klik untuk besarkan).

.

 

Bagaimana untuk memilikinya?

Saya percaya mereka yang telah lama mengikuti penulisan saya sejak tahun 2010 lagi, atau mereka yang masih baru tetapi nak belajar kaedah dan konsep di sebalik diet, senaman, gaya hidup sihat, serta strategi dalam penurunan berat badan, pasti sudah tidak sabar untuk mendapatkan Siri Buku CSS ini.

Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, boleh hantarkan butiran tempahan anda seperti berikut:

Nama:
Alamat Pos:
No. Tel:
Jumlah buku Edisi 1 / Edisi 2 / Combo:

ke salah satu saluran berikut untuk mula menempah:

  1. 📧 Email ke sususejat[at]gmail.com
  2. ↗ FB Direct message di Facebook Susu Sejat
  3.   Whatsapp ke 013-482 4902

**Tawaran Istimewa buat mereka yang membeli kedua-dua Edisi buku 1 & 2 (Pakej COMBO), PERCUMA Pos Laju ke semua lokasi di Semenanjung Malaysia!**

##########################################################

Nota: Buat masa ini, siri buku CSS masih belum dipasarkan di kedai-kedai buku lagi, jadi sekiranya anda ingin mendapatkan buku-buku ini, boleh PM laman Facebook atau Whatsapp nombor telefon yang tertera di atas.

UPDATE: Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar Diari Diet dan Siri Buku CSS, di tempat/komuniti/gym/kedai buku anda, boleh hubungi kami juga. Komisyen istimewa akan ditawarkan kepada pengedar yang berminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *