Buku “PLATEAU: Merungkai Sains Penurunan Berat Badan” Dah Sampai!!

Kini mula dijual secara rasmi!

PLATEAU: Merungkai Sains Penurunan Berat Badan
(oleh Hasrizul Hashim @ Joy Kalonas, penulis blog dan FB Susu Sejat)

RM50
(Harga untuk setiap naskhah, tidak termasuk Pos Laju)
Ukuran A5
200 mukasurat (Greyscale)
Perfect Bind
Juga dijual dalam format E-Buku (PDF)
.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya stok pertama cetakan fizikal Buku “PLATEAU: Merungkai Sains Penurunan Berat Badan” telah pun diterima minggu ini. Saya percaya, ramai yang dah ternanti-nanti dan tak sabar nak baca buah tangan terbaharu saya ini, lebih-lebih lagi para coaches yang tak berkesempatan untuk mengikuti Kelas Online Sains Penurunan Berat Badan yang dianjurkan pada tahun lalu.

.

Apa yang best tentang buku PLATEAU ini?

Buku ini bakal merungkai dan menjawab beberapa kemusykilan di sebalik proses penurunan berat badan serta mitos-mitos popular berlandaskan info dan pemahaman sains yang terkini, berteraskan 3 cabang bidang Sains iaitu Fisiologi, Biokimia dan Nutrisi.

Buku ini pastinya ditunggu-tunggu kerana pendekatan penulis yang gemar menggunakan analogi-analogi santai semestinya akan membuatkan para pembaca mudah faham dengan konsep yang diketengahkan meskipun bukan dari bidang Sains!

Inshaa Allah, penantian anda semua selama ni tidaklah sia-sia kerana selepas sahaja anda dapat dan baca buku ni, anda akan rasa “Wow!”.. anda akan rasa “kenapa best sangat buku ni”.. anda akan rasa puas hati giler kentang menghadam semua penerangan saintifik di sebalik proses pembakaran lemak dan strategi penurunan berat badan yang lebih berkesan.

Sejujurnya juga, saya merasakan inilah karya saya yang terbaik (setakat ini) selepas terbitnya 4 edisi Diari Diet dan 3 edisi buku Celoteh Susu Sejat. Setiap fakta sains dikupas dan digarap dengan teliti. Di ‘revise’ berkali-kali.

Setiap huraian pula digoreng sehingga garing sambil disulami dengan pelbagai analogi (perumpamaan) dan akhirnya diletakkan ‘topping’ selaku strategi-strategi yang boleh diamalkan. Semua proses “mencairkan” ilmu yang terlalu pekat ini dilakukan demi memudahkan pemahaman anda semua dengan topik yang diketengahkan.

Untuk melihat ‘preview‘ kandungan buku Plateau ini, anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun sampel e-buku ini. Sampel E-buku ini hanya mengandungi 1 daripada pada 7 bab yang terkandung dalam buku sebenar.
.
Sampel E-buku PLATEAU – Klik sini untuk muat turun (1.84mb)
.

Bagaimana untuk memilikinya?

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, boleh membuat pesanan pembelian menerusi kaedah berikut:

  1. 📧 Beli Online di Laman ONPAY Susu Sejat
  2. ↗ Beli Online di Laman Shopee Susu Sejat
  3.   Whatsapp ke 013-482 4902

##########################################################

Nota: Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar Buku-Buku terbitan kami, sama ada di tempat/komuniti/gym/kedai buku anda atau secara dropship, boleh hubungi kami juga. Komisyen yang amat istimewa akan ditawarkan kepada pengedar / drop-shipper yang berminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *