“Bulan Bersenam Bersama SS”

#bersenamitubagus

Idea asal ini pernah diajukan beberapa minggu yang lalu di group FB SS, kerana sepanjang aku menjadi blogger Susu Sejat ini, aku dapat perhatikan pattern sambutan pembaca dan orang ramai terhadap entri atau tip berkaitan senaman mesti tidak sehebat sambutan terhadap topik-topik kesihatan yang lain. Sebab? Mungkin orang ramai tak berminat atau “tak ambil port” hal-hal berkaitan senaman ni. Itu sekadar teori aku. Mungkin teori ini ada betul dan ada salahnya juga, tetapi teori ini adalah berdasarkan fakta, dan fakta tersebut adalah pemerhatian aku sebagai admin page SS dan penulis blog SS untuk tempoh 2 tahun.

Maklumbalas awal yang diterima berhubung kempen ini di kalangan ahli-ahli yang aktif di group FB SS adalah sangat baik. Dan setelah dipersetujui, maka dengan itu (sepanjang) bulan Jun 2012 ini telah dipilih sebagai “Bulan Bersenam Bersama SS”. Kempen kali ini adalah mengambil contoh kempen “jangan takut nasi” yang pernah dianjurkan SS suatu ketika dahulu.

Objektif utama kempen ini bukan untuk meningkatkan kesedaran ramai akan kepentingan bersenam, kerana kempen meningkatkan kesedaran seperti telah lama dilaksanakan Kerajaan, tetapi kempen terbaru ini adalah untuk MEMAKSA orang ramai supaya bersenam!

Nama Kempen: “Bulan Bersenam Bersama SS” (BBBSS)

Durasi: Sepanjang bulan Jun (1hb Jun hingga 30hb Jun)

Objektif: Untuk menarik sebanyak mungkin golongan suri rumah dan bekerjaya untuk bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, 30 minit setiap sesi.

Tentatif sepanjang tempoh kempen:

  1. SS akan post sekurang-kurangnya satu entri berkaitan senaman untuk setiap minggu. Entri tersebut boleh jadi review senaman, atau perkongsian pengalaman golongan yang SIBUK berkerjaya, tetapi masih mampu meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk bersenam dalam sehari (1 hari = 24 jam = 1440 minit). 30 minit daripada 1440 minit? Apalah sangat kan.
  2. Review senaman – SS menjemput beberapa avengers SS a.k.a otai bersenam seperti Baiz Iqbal, Iva Farhana, Ramo Narmi, Fren MekGerat, Jefrydin Kamaruddin, CKstar AsSyikin, Diane Sera, Kudidi Dey Jingkung, Adib Muhammad, dan beberapa lagi untuk membuat satu entri ringkas berkenaan senaman yang mereka amalkan dan boleh praktikkan untuk yang lain, dan bagaimana mereka menyesuaikan masa senaman dengan rutin kerja yang sibuk. Sesiapa yang nak sumbangkan idea senaman “mandi-peluh-sampai-basah-lenjun” pun boleh. Sama ada menerusi group (upload dokumen anda di sana) atau emelkan ke sususejat[alias]gmail.com
  3. Post di Group dan page SS 90% berbaur senaman belaka. Kata-kata berbaur sindiran juga akan digunakan untuk “membakar” jiwa raga manusia yang malas bersenam/bersukan/beriadah ni.
  4. Untuk mereka yang memiliki Twitter, sila sebarkan kempen ini menerusi hashtag #bersenamitubagus. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kempen ini, seperti tip senaman, review senaman, nasihat, sila sertakan hashtag tersebut bersama. Setiap kali anda kongsikan artikel berkenaan senaman juga, tak kisah la artikel tersebut milik SS, atau Zaki Khan, atau Kevin Zahri, atau Munfitness sekalipun, atau sesiapa sahaja, sila sertakan hashtag tersebut. Let’s spread the goodness! Let’s make it trending! Let’s make it viral!

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *