Cabaran Mini “Eat-Clean Diet” (Keputusan Minggu 3)

Seperti yang semua sedia maklum, group “Susu Sejat dot Com” di Facebook sedang menganjurkan cabaran mini diet “Eat-Clean” yang bermula sejak 18 April lalu. Kini cabaran ini sudah masuk minggu ke-3 dan menjelang 19 Mei depan (tinggal 5 hari sahaja lagi) ia akan melabuhkan tirainya.

Secara keseluruhan, terdapat peningkatan dari majoriti para peserta setelah mendapat kritikan membina dari pihak juri pada minggu ke-2, peningkatan tersebut dapat dilihat walaupun hakikatnya masih jauh dari tahap kesempurnaan 100% yang dimahukan. Kebanyakkan peserta mudah terjebak kepada anasir-anasir luar, dan ini tidak menghairankan memandang “Eat-clean” bukanlah suatu perkara yang mudah, tidak semua yang mampu melakukannya. Berbaki 5 hari sahaja lagi, harap ke semua peserta dapat memberi fokus 200% dan kekal dalam landasan yang betul untuk bergelar juara.

Berikut adalah ringkasan cabaran ini untuk minggu ketiga. Keputusan penuh boleh dilihat di sini:

1 – 2 orang peserta telah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Shariza Jaffril telah membuktikan bahawa beliau mampu menempatkan diri di kelompok 3 terbaik, walhal pada minggu kedua markah beliau cuma lah +10 sahaja. Markah keseluruhan beliau setakat ini adalah +34.

2 – Lina Yusof pula telah jauh memintas pendahulu sebelum ini, CkStar Asyikin (+35.5). Lina Yusof kini mengungguli carta dengan markah sebanyak +43.

3 – Peningkatan mendadak Lina Yusof mungkin ada kaitan dengan spekulasi aku tempoh hari yang mengatakan “beliau ada potensi untuk menang”. Moral beliau mungkin meningkat selepas membaca komen tersebut.

4 – Harapan agar momentum 3 peserta teratas ini dapat membakar lebih semangat pada peserta yang lain untuk berusaha menjuarai cabaran kali ini.

5 – Minggu ke-3 juga menyaksikan 4 orang peserta telah disingkirkan secara mandatori kerana markah yang langsung tidak memuaskan hati pihak juri. Ini bererti tinggal 8 orang peserta sahaja lagi yang masih bertahan dalam menentukan siapakah yang paling hebat, siapakah yang benar-benar disiplin dan kuat mentalnya dalam melaksanakan diet “Eat-clean” yang amat susah dilaksanakan dalam dunia zaman moden ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *