Cabaran Mini “Eat-Clean Diet” (Keputusan Penuh)

Selepas sebulan berlalu, maka ini adalah detik yang pasti ditunggu-tunggu oleh peserta Cabaran Mini “Eat-Clean Diet”. Cabaran ini telah bermula sejak 18hb April 2012 yang lalu dan liputan selingan untuk minggu 3 ada dilaporkan sebelum ini. Cabaran ini telah berakhir sabtu lalu (19hb Mei 2012) dan kini tiba masanya ia melabuhkan tirai.

Maka dengan ini, dan tanpa membuang masa lagi, diumumkan juara Cabaran Mini “Eat-Clean Diet” musim pertama, anjuran Group SS @ Facebook, jatuh kepada…

(drum rolling….)

Saudari Lina Yusof, dengan perbezaan margin markah sebanyak +0.5 dengan pencabar terhampir iaitu Chenta Gya! Lina Yusof telah menunjukkan peningkatan yang memberasangkan sepanjang diet setelah dikritik pada minggu ke-2, dan selepas itu beliau telah menunjukkan keputusan yang konsisten sehingga ke hari terakhir pertandingan. Syabas diucapkan!

Juara bakal membawa pulang hadiah berikut:

1 – Minyak wangi sumbangan Jalilah Nur.

2 – Whey Protein yang dipek semula, juga sumbangan Jalilah Nur.

3 – Berpeluang menulis sebuah entri untuk menceritakan pengalaman sepanjang menjalani diet “Eat-clean” (jadi wakil kepada kawan-kawan/peserta yang lain).

Berapakah sebenarnya kuasa “+0.5” ini? Untuk pengetahuan anda, sekiranya para peserta yang gagal memilih makanan yang “clean” dalam sehari akan ditolak “-0.5” markah. Kini, mungkin baru ramai yang sedar akan kuasa “0.5” ini bukan? Seandainya keputusan hari ini dijadikan ukuran, berapa ramai yang berani “cheat” dan malas mengemaskini “food log” yang berfungsi lebih dari sebuah diari? Syabas sekali lagi kepada Lina Yusof, dan kepada para peserta yang lain, menang dan kalah itu tidak penting, apa yang penting adalah ilmu dan pengalaman yang anda timba sepanjang cabaran ini, betul tak?

Terima kasih juga diucapkan kepada saudari Jalilah Nur kerana sudi tampil sebagai penyumbang hadiah untuk edisi cabaran kali ini. Semoga kita dapat menganjurkan pertandingan seperti ini di masa akan datang, dengan lebih banyak para peserta yang akan menyertai, juga lebih banyak yang sudi tampil untuk menjadi penaja penyumbang hadiah.

Ikuti liku-liku perjalanan mereka (arkib food log) di sini.

Untuk melihat keputusan penuh dalam kiraan juri, lawati sini.

Comments

  1. By jalilah nur

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *