Caj tambang penerbangan berdasarkan berat badan: Setuju atau tidak?

“Kami yang pertama berbuat demikian!” – Samoa Air

Saya percaya hari ini seluruh rakyat Malaysia sibuk dengan berita pembubaran parlimen, memungkinkan berita yang anda bakal dengar ini mungkin tidak sepopular itu. Jika di Malaysia kini ‘kecoh’ dengan berita pembubaran parlimen, sebaliknya berlaku dalam senarai berita media antarabangsa. Antara ‘headline‘ yang agak popular dalam carian Google pagi tadi adalah berita berhubung tindakan Samoa Air untuk mengenakan caj tiket berdasarkan jumlah berat penumpang tersebut bersama bagasinya.

Samoa-Air

Mengikut polisi ini, penumpuang akan ditimbang dahulu berat badan mereka (bersama bagasi) di hadapan kaunter syarikat penerbangan. Bergantung pada destinasi dan jenis penerbangan, setiap 1kg (jumlah berat badan penumpang dan bagasi) akan di caj sebanyak $0.93 dollar untuk penerbangan domestik. Ini bermaksud, sekiranya seseorang itu mempunyai berat badan 100kg dan membawa bagasi seberat 20kg, maka harga tiket yang perlu dibayar penumpang tersebut adalah 120kg x 0.93 = $112 untuk ke destinasi domestik seperti Apia, Samoa dan Pago-pago. Sebaliknya, mereka yang mempunyai berat badan kurang dari itu tetapi membawa bagasi dengan berat yang sama akan membayar jumlah yang lebih murah.

Menurut ketua eksekutifnya, Chris Langton, “penerbangan digerakkan dengan berat dan bukannya tempat duduk, justeru semua penumpang harus dididik mengenainya”. Beliau juga menegaskan, disebabkan harga tiket tidak lagi di caj berdasarkan tempat duduk, maka seseorang yang berbadan besar dan perlukan ‘ruang’ untuk keselesaan boleh mengambil ‘satu barisan terus’ dalam pesawat tersebut, khas sepanjang perjalanan tersebut (setimpal dengan apa yang dibayar).

feedback-2

Sejak polisi ini diperkenalkan, pihak Samoa Air telah menerima berbagai maklum balas berkenaannya terutama dari laman sosial. Ada yang menyokong, ada yang membantah kerana menganggap perbuatan ini sebagai ‘tidak menjaga sensitiviti’ dan memalukan pihak yang ‘berbadan besar’. Namun Langton menyangkal hal tersebut dengan memberitahu polisi baru ini lebih kepada memberi kesedaran orang ramai untuk mengawal berat badan. Ini kerana, 86% populasi di kepulauan Samoa mempunyai berat badan berlebihan dan langkah ini dikatakan menjurus kepada mengawal angka tersebut dari terus meningkat. Beliau juga berpendapat syarikat penerbangan luar negara lain perlu mencotohi Samoa Air selepas ini dan menjadikan ia sebagai ‘polisi penerbangan yang baru’. Caj penerbangan berdasarkan tempat duduk sudah tidak relevan.

feedback-1

Secara jujur, adakah anda bersetuju dengan tindakan Samoa Air mengenakan caj (harga tiket) berdasarkan berat badan seseorang? Bayangkan jika polisi ini diterapkan dalam Air Asia, MAS, FireFly, atau Malindo, mungkinkah anda di antara individu yang terpaksa membayar lebih? Setuju? Tidak Setuju? Saya dah sediakan ruangan “Facebook Comment” di bawah untuk anda melontarkan pendapat anda. Discuss!

Pendapat anda?

Comments

  1. By Awien

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *