Cara minum minuman Yogurt dengan betul

Goncang perlahan dahulu sebelum minum

Siapa di sini suka minum minuman yogurt? Aku secara peribadi lebih sukakan yogurt dalam bentuk separa pejal kerana kalau diperhatikan kandungan gulanya, ada yang lebih rendah berbanding minuman yogurt. Tetapi sejak akhir-akhir ni aku mula sukakan yogurt dalam bentuk cecair, atau lebih tepat susu kultur jenama Yakult. Kenapa? Kerana sejak aku terkena gastrik tempoh hari, aku mendapat petua dari seorang brader dari FB (Farruq Azwan, rujuk sini untuk melihat transformasi beliau), ternyata petua ni sedikit sebanyak membantu bila “rasa gastrik tu nak mai”. Thanks Bro!

Berbalik kepada tajuk entri ni, aku rasa ia bukanlah sesuatu yang baru, mungkin dah ramai yang tahu. Cuma aku nak kongsikan sedikit sebanyak penjelasan di sebaliknya berdasarkan ilmu aku yang tak seberapa ni. Mungkin ada yang tahu kita perlu goncang perlahan terlebih dahulu minuman yogurt sebelum minum, atau mungkin juga ada yang tak tahu dan hanya terus beli dan “hentam” minum tanpa menggoncangnya terlebih dahulu. Mengapa perlu goncang secara perlahan terlebih dahulu sebelum minum?

Rasional di sebalik saranan ini adalah kerana bakteria-bakteria “baik” yang terkandung dalam minuman tersebut kebanyakannya termendap dan “melekat” ke dasar botol minuman. Bayangkan jika botol tersebut disimpan dalam keadaan berdiri selama berminggu atau berbulan-bulan lamanya. Tambahan, kebanyakkan bakteria normal flora (bakteria yang tinggal dalam badan) mempunyai sifat untuk “melekat” pada sesuatu permukaan. Sifat ini penting agar mereka mampu “melekat” pada dinding usus atau pada bahagian sistem pencernaan yang lain dan hidup aman sentosa di sana.

Mungkin saranan ini ada tertulis pada permukaan botol minuman Nestle Bliss, tapi aku perasan yang saranan ini tidak ditulis dalam botol minuman yang kecil dan murah seperti susu Yakult.

Mungkin ramai yang tak perasan ada mendapan pada dasar botol minuman susu kultur. Jangan tak tahu jika komposisi mendapan ini adalah sebenarnya bakteria yang terkandung dalam minuman ini.

Jika digoyang sedikit, ternyata mendapan ini masih ada.

Masih ada mendapan, belum cukup kacau lagi.. Mungkin boleh minum sedikit, kemudian kacau lagi sedikit demi sedikit.

Pastikan selepas anda habis minum, mendapan ini tiada lagi. Jika mendapan ini masih ada, maka rugilah kerana khasiat minuman susu kultur ini tidak diambil sepenuhnya.

Selepas ini, pastikan anda goncang perlahan minuman susu kultur/yogurt anda sebelum minum. Bukan goncang seperti goncang botol susu ketika nak bancuh susu anak tu, tetapi goyangkan botol tersebut membulat (swirling) supaya mendapan tadi “dikacau” oleh pusaran air yang digoyang. Ala, macam kita nak kacau air milo yang dah mula termendap dalam cawan tapi sudu tak ada, maka kita akan menggoyangkan cawan itu membulat. Konsepnya sama. Kita harus ingat bakteria ni benda hidup juga, kalau kita goncang botol tu kuat-kuat, alamat mampus la bakteria-bakteria tu.

Comments

  1. By dka

    Reply

  2. By azuni

    Reply

  3. By relax

    Reply

  4. Reply

  5. Reply

    • Reply

  6. Reply

  7. By farha

    Reply

  8. Reply

    • Reply

  9. By Hamba Allah

    Reply

  10. By seman

    Reply

  11. By Makcik Kay

    Reply

  12. By Latifah

    Reply

  13. By irfan

    Reply

  14. By rohaidah ahmad

    Reply

  15. By ank_tebuan_comot

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>