Catatan Peribadi: Pulang ke Kampung halaman..

Taiping, 1960an

Salam semua, aku kini berada di Taiping, bersama sekelompok geng Susu Sejat yang lain, pulang kerana menghadiri kenduri kahwin seorang rakan. Maka hujung minggu ini memang tak sempat aku nak update blog dengan entri-entri berilmiah. Tak mengapakan? Oleh yang demikian, apa kata kita bercerita santai sahaja untuk hujung minggu ni, minggu depan kita sambung balik cerita-cerita informasi.

Bila sebut sahaja Taiping, ingatan orang takkan lari dengan lanskap indahnya yang berlatar belakangkan sebanjaran Bukit Larut. Tanyalah mana-mana orang Taiping, ataupun sesiapa yang pernah mengunjunginya, meskipun bandar Taiping berubah selari dengan pembangunan negara, namun lanskap ‘Bukit Larut’ ini tak pernah berubah sejak seabad yang lalu. Inilah yang orang-orang Taiping lihat sejak mereka kecil.

Dua gambar di atas, Taman Tasik Taiping, setengah abad yang lalu..

Geng-geng Susu Sejat yang lain meminta aku bawa mereka ke tempat-tempat makan yang masyuk, sedap dan berbaloi-baloi untuk wang. Agak-agaknya, nak bawa mereka ke mana ya? Adakah…

1 – Mee Udang Banjir Mak Teh di Kuala Sepetang (dah 2 kali masuk TV3)
2 – Cendol pulut dan Pasembor Bismillah
3 – Yong Tau Foo belakang Bomba
4 – Popiah Basah
5 – Kuey Teow DOLI (walaupun ramai yang berpendapat rasanya tidak sesedap yang asal)

Antara kelima-lima makanan favorite di atas, hanya satu sahaja yang betul-betul rendah kalorinya, iaitu Popiah Basah. Tapi aku dah berpesan dengan mereka, hujung minggu ini, kita lupakan soal diet sebentar, kita ‘rasa sahaja’ makanan yang kita nak rasa. It’s a self reward. Self reward sekali dalam dua minggu bagus kerana ia mengurangkan tekanan mental ketika berdiet, agar kita sentiasa disiplin dan fokus dengan program yang sedang diikuti (seperti menurunkan berat badan). Esok dah pulang ke KL, barulah kita jaga makan balik, betul tak geng?


Tiga gambar di atas, Taman Tasik Tasiping, 2010. . cantikkan?

Nanti Susu Sejat ingat nak review Mee Udang Banjir Mak Teh.. Agak-agaknya apakah yang terkandung dalam mee udang tersebut? Kalori? Karbohidrat? Protein? Rasa? Semua itu akan dikupas dalam entri yang akan datang. Tunggu…

3 thoughts on “Catatan Peribadi: Pulang ke Kampung halaman..

  1. manggosteen: yes.. menu wajib! ;D

    Anonymous: masakan mak tu pun kira bolehlah jugak.. where else boleh dapat makanan sebegitu kan? ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>