Coretan Archive

Nak tengok rupa MOYANG buah-buahan yang ada pada hari ini..?

Ramai sebenarnya masih tak tahu, majoriti sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam dan dijual pada hari ini sebenarnya mempunyai rupa dan rasa yang berbeza suatu ketika dahulu. Hal ini saya ketahui apabila hampir 90% pelajar-pelajar saya dalam Kelas Online Sains Nutrisi (KOSAN) mengatakan mereka tak pernah tahu pun rupa dan rasa asal buah-buahan/ sayur-sayuran yang mereka

Buku “Celoteh Susu Sejat” dah sampai!!

Siri Buku "Celoteh Susu Sejat" (CSS) kini telah terbit dan mula dijual secara rasmi di blog sususejat.com! Pada yang telah lama mengikuti penulisan saya sejak tahun 2010 lagi, pasti sudah tidak sabar untuk mendapatkan Siri Buku CSS ini kan? Jom ikuti mini review saya berkenaan karya terbaru team Susu Sejat Dot Com di tahun 2018

Protein dan Asid Amino

Asal sebut protein saja, ramai mesti ingat otot, otot dan otot. Sebenarnya, terdapat berbagai jenis protein dalam badan manusia dan setiapnya mempunyai fungsi yang berbeza. Protein merupakan suatu pengelasan terhadap sekumpulan zat yang terikat membentuk rantaian yang panjang, dan zat-zat ini dikenali sebagai asid amino.

Berita @ SS (Edisi Julai-Ogos 2013)

Hampir 3 minggu juga blog ini sunyi dari update, walhal banyak perkara-perkara yang berlaku di luar sana. Oleh itu, saya menggunakan kesempatan yang ada ini untuk merangkumkan beberapa berita yang berkaitan kesihatan, gaya hidup dan "wellness" yang sempat saya perolehi sepanjang hujung Ramadhan dan awal Syawal yang lalu.

Susu Sejat dan 2012

Petang tadi saya menonton rancangan "Jendela Dunia" di TV3, rancangan yang mana memaparkan soroton peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012. Selesai menonton rancangan ini, saya mendapat ilham untuk melakukan perkara yang sama untuk "Susu Sejat". Saya duduk seketika, pejamkan mata dan mula mengenang semula apa yang dilalui oleh saya bersama "Susu Sejat" sepanjang tahun ini.