Gastrik dan Batu Karang Hempedu Archive

Masalah Ketidakhadaman Makanan

Ketidakhadaman sering disebabkan oleh memakan sesuatu dalam kuantiti yang besar atau makan makanan yang terlalu berat sebelum masuk tidur. Sekiranya anda mengalami ketidakhadaman terutamanya ketika pada sebelah malam, cubalah mengamalkan budaya membahagikan waktu makan kepada beberapa hidangan untuk sepanjang hari tersebut; dalam erti kata lain, elak dari makan sekali banyak dalam suatu hidangan.

Gastrik hadir sebab tak makan? (Bahagian 2)

Sebelum ini kita sudah mengetahui apa itu sakit gastrik dan tanda-tanda umumnya. Bagaimana pula rawatan gastrik dan apa pula cara pencegahan yang terbaik? Bacaan berikut mungkin mampu menjawab sedikit sebanyak apa yang anda cari.

Harga obesiti itu…

Aku telah diminta menjalani ujian Ultrasound minggu lalu dan rasanya jawapan awal kepada masalah ini sudah dapat dikenalpasti. Seperti yang disangka, ia BUKAN gastrik biasa, dan diet bukanlah punca sebenar mengapa gastrik itu hadir ke dalam hidup aku. Terdapat punca lain yang membuatkan sakit gastrik itu sering datang terutamanya ketika waktu malam.

Gastrik hadir sebab tak makan? (Bahagian 1)

Ramai yang menganggap 'gastrik' itu hadir disebabkan tidak makan, atau kurang makan, atau terlalu 'berdiet' sehinggakan perut menjadi kosong lalu dimasuki angin. Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca gastrik itu terjadi. Kadang-kadang orang yang makan 5-6 kali sehari seperti aku juga boleh diserang gastrik. Oleh yang demikian, apa yang menyebabkan gastrik untuk terjadi? Dan yang lebih

Maaf, tiada kudrat untuk menulis…

Di HUKM, aku amat lemah kerana kesemua makanan yang dimakan sebelum itu aku muntahkan, lebih dari 5 kali dalam tempoh kurang dari 24 jam, sehinggakan muntah aku menjadi muntah hijau (cecair perut). Selera makan pula entah ke mana, yang ada dalam fikiran aku pada ketika itu adalah untuk menghilangkan rasa loya (nausea) dan sakit di