Penemuan Baru Archive

Mengapa Tulang Rapuh Bila Obes?

Obesiti ini kalau ikut takrifannya bermaksud memiliki lemak badan berlebihan sehingga memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan (ini takrifan WHO berkenaan obesiti). Salah satu kesan negatif tersebut adalah OSTEOPOROSIS iaitu penyakit tulang rapuh (OSTEO = Tulang; POROSIS = poros, banyak liang, tak mampat). Persoalannya kini adalah, kenapa OBESITI = OSTEOPOROSIS?

Tip 13: Produk Organik ATAU Produk Biasa, yang mana satu pilihan hati?

Seringkali kita terdengar bahawa produk makanan berasaskan organik adalah jauh lebih bagus dari produk-produk yang dihasilkan secara moden (konvensional). Ditambah pula harganya yang jauh lebih mahal setara dengan proses penanamannya yang 'kompleks', para pengguna diyakini bahawa produk organik itu jauh lebih selamat dan berkhasiat dari produk yang dihasilkan menggunakan baja dan racun kimia yang biasanya

Mengapa garam mengakibatkan penyakit darah tinggi? (Updated Theory)

Sebelum ini, kebanyakan doktor, pakar nutrisi dan jurulatih kecergasan berpendapat bahawa penyakit darah tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu darah. Garam, jika diambil berlebihan akan mengakibatkan isipadu cecair darah meningkat, sekaligus memberi tekanan pada dinding arteri. Walaubagaimanapun, pendapat ini hanyalah tinggal pendapat dan mungkin akan menjadi mitos sahaja selepas ini. Ini kerana, beberapa penyelidik dari

Puteri Firaun juga ada penyakit jantung!

Baru-baru ini, sebuah lagi laporan menarik dari barat telah pun dilaporkan. Puteri Firaun (Ahmose-Meryet-Amon) yang mana hidup 3500 tahun dahulu berkemungkinan besar adalah manusia pertama di dunia yang telah dilaporkan (dalam rekod) untuk mengidap penyakit jantung.