Terjah Obesiti Archive

Wehhh… makan sebelum tidur menggemukkan!

Rasa-rasanya anda setuju tak dengan pernyataan (tajuk) di atas? Kalau tanya pada saya ketika ini, saya memilih untuk 'neutral' dan tidak cenderung ke arah mana-mana pendapat. Hal ini kerana, memang ada beberapa kajian yang mendakwa badan akan cenderung untuk simpan lemak kalau kita makan pada sebelah malam.

The Cuban Diet

Sebelum tahun 1990, atau lebih tepat sebelum jatuhnya empayar Soviet Union, Cuba tidak terlepas menjadi salah sebuah negara komunis yang membangun dari segi ekonomi. Berlandaskan prinsip sosialisma, kebanyakkan hasil dapatan dan bisnes pada ketika itu adalah dimiliki kerajaan namun kerajaan mereka sekali-kali tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat mereka yang bekerja keras untuk meningkatkan hasil perolehan

Jakun tengok orang lain bersenam?

Semalam saya sempat menonton rancangan "Soal Jawab" di TV3, rancangan yang berbentuk bual bicara tetapi dengan skop perbincangan yang lebih kritikal, dan ahli panel yang dijemput juga bukan calang-calang orang. Topik yang dikupas adalah "Obesiti di Malaysia", namun bagi saya ada sesuatu yang lebih menarik boleh dibincangkan berdasarkan komen-komen fans di page facebook.

Formula Baru: Obesiti boleh diramal sejak awal kelahiran

Saintis dari Imperial College London mendakwa telah menghasilkan satu rumus matematik yang boleh digunakan untuk menentukan kebarangkalian bayi yang baru lahir menjadi obese ketika mereka kanak-kanak atau remaja kelak. Penemuan ini sekaligus akan membuatkan ibu bapa bayi berkenaan bukan sahaja lebih bersedia dengan debaran kelahiran bayi mereka, tetapi perlu lebih bersedia berdepan "ramalan kebarangkalian" yang

Malaysia ke-10 termalas

Malaysia, negara tercinta kita, menduduki tangga ke-10 negara di dunia yang rakyatnya malas bersenam, dengan sejumlah 61.4% rakyat Malaysia malas berbuat demikian. Bagaimana pula negara pengeluar terbesar makanan segera (fast food) di dunia iaitu US? Secara jujur, apabila bercakap tentang kesedaran bersenam, mentaliti mereka lebih "maju" dari mentaliti orang Malaysia. Kalau anda berkesempatan mengunjungi Gymnasium