Cerita tentang ‘Kentut’..

Bayangkan anda baru sahaja tiba di pejabat. Suasana pagi yang agak ceria membuatkan hati anda tertawa kecil, dan entah mengapa anda berasa sungguh gembira. Mungkin kerana gaji yang baru sahaja berkepuk-kepuk masuk ke dalam akaun semasa anda, atau mungkin juga cuti perayaan Krismas yang semakin hari semakin dekat terasa bahangnya meskipun anda barangkali tidak menyambutnya.

Anda melabuhkan punggung pada kerusi yang biasa anda duduki ketika bekerja. Tidak semena-mena, anda ‘tercium’ suatu aroma yang agak biasa anda cium. Bukan aroma Nescafe, tetapi baunya seakan-akan biji petai bakar. Panas, berkobar-kobar, dan ‘berlemak’ baunya. Tetapi apa yang menghairankan anda ialah mengapa bau tersebut muncul tepat pada jam 9 pagi? Siapa pula yang memasak pada waktu-waktu sebegini? Teraso dokek bonar baunyo! (“dekat benar” dalam loghat orang Negeri).

Bukan sekali bau tersebut muncul, tetapi berkali-kali juga, semakin lama semakin tajam dan busuk baunya. Berasa gundah gulana, anda sesekali cuba menahan nafas konon-kononnya tidak mahu gas toksik tersebut masuk kedalam paru-paru (meskipun anda mungkin seorang perokok yang tegar). Secara tiba-tiba, terpacul monolog ini dari hati kecil anda, “Entah-entah, si Zura sebelah aku ni yang kentut, tapi takkan lah kot. Muka comel macam Lisa Surihani ni mana boleh kentut bau petai. Mustahil lah!”

Anda terus tertanya-tanya sehinggalah rakan sepejabat anda itu bangun meninggalkan anda sebelum muncul semula 20 minit berikutnya dengan wajah yang riang dan ceria seperti baru mendapat gaji. Oleh kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak, anda pun mula bertanya rakan anda tersebut,

“Zura, u pergi mana tadi?”

“Toilet!” jawab rakan sepejabat anda, ringkas.

Sah, memang dia punya, padanlah dokek bonar!

.

Apa itu kentut?

Aku rasa ada perlunya aku menghuraikan serba sedikit apa itu kentut. Bukan apa, kerana ada orang ni kerjanya tahu ‘melepaskan’ sahaja, tetapi apabila ditanya bagaimana kentut terjadi, apa yang mereka jawab ialah,

SS, ko nak tahu macam mana kentut ni terjadi? Macam ni haaa..! (Preeeeetttttt!!!)” (sambil menungging)

Kentut merupakan proses penyingkiran beberapa campuran gas menerusi liang rektum. Buat mereka yang barangkali terlupa apa itu rektum, rektum adalah pangkal kepada usus besar (colon) dan bertindak sebagai ‘stor’ simpanan tahi terakhir sebelum dikeluarkan (berak). Sama seperti pergerakan lawas, gas ini juga dibawa sepanjang usus menerusi proses peristalsis (pergerakan berperingkat-peringkat).

.

Dari mana datangnya gas tersebut?

Gas kentut berasal sama ada daripada tindakbalas pencernaan makanan secara lengkap (produk sampingan) atau pencernaan makanan yang tidak lengkap. Itulah sebabnya kadang-kadang ada kentut yang baunya seperti petai (kerana orang tersebut baru selesai melantak petai), atau berbau seperti telur tembelang (kerana baru selesai membaham 5 biji telur rebus). Namun ini tidak bererti bau kentut yang busuk kabai seperti bau bangkai adalah disebabkan si pelepasnya baru membaham bangkai!

Makanan yang tidak dihadam secara lengkap di perut atau dalam usus kecil juga merupakan penyumbang utama kepada bau kentut. Apabila melalui usus besar, makanan yang tidak terhadam tadi akan menjadi makanan kepada jutaan yeast dan bakteria (seperti E.coli) yang berkampung dalam usus besar anda, lalu produk sampingan yang busuk seperti hidrogen sulfida pula dibebaskan. Sesiapa yang pernah bekerja di makmal dan menjaga kultur-kultur bakteria pasti menyedari majoriti bakteria menghasilkan bau yang menyamai bau kentut atau bau reban ayam.

Terdapat juga beberapa contoh makanan yang berpotensi untuk menghasilkan kentut (berangin) seperti sumber kekacang, petai, gajus, susu, bawang besar, bawang putih, dan ubi keledek (ini bapak segala angin). Dinasihatkan anda menjauhi individu yang baru sahaja ‘membaham’ (bukan makan) makanan-makanan yang dinyatakan ini sekiranya anda mahu hari anda yang ceria berlalu dengan aman.

.

Kenapa ada kentut yang busuk, dan ada kentut yang tidak busuk?

Umumnya, kentut terdiri daripada gas-gas berikut yang majoritinya tidak berbau:

Nitrogen: 20–90%
Hidrogen: 0–50%
Karbon dioksida: 10–30%
Oksigen: 0–10%
Metana: 0–10%

Walaubagaimanapun, kentut akan menjadi sangat busuk apabila kepekatan kompaun berasaskan sulfur (hidrogen sulfida) yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon adalah sangat tinggi berbanding biasa. Sesetengah individu mungkin mempunyai kentut yang sangat busuk hanya disebabkan kewujudan spesies bakteria yang berbeza dalam usus besarnya, berbanding individu-individu yang lain. Kentut Rozita Che Wan mungkin tidak sebusuk kentut Letchumany yang tinggal di belakang rumah aku hanya disebabkan dalam usus Letchumany mungkin terdapat bakteria species A (Contohnya lah kan).

Kentut yang busuk kebiasaannya lebih hangat dan ‘berlemak’ baunya, dan ini bermaksud bakteria-bakteria di dalam usus besar sedang giat membebaskan produk-produk sampinagn yang berupa haba dan kompoun berasaskan sulfur.

Ada juga yang berpendapat individu yang kuat makan tetapi susah untuk mengalami kenaikan berat badan mempunyai bau kentut yang agak luar biasa busuknya, tetapi benarkah begitu? Pendapat ini mungkin ada asasnya sekiranya teori yang dibincangkan tadi (bakteria) boleh diaplikasikan di sini.

Fakta: Gas Hidrogen dan Metana mudah terbakar secara kimia, dan tahukah anda, gas memasak di dapur rumah anda juga terdiri daripada gas metana?

.

Kenapa kentut kadang-kadang berbunyi?

Bunyi kentut terhasil disebabkan pinggiran otot punggung yang bergetar dek kerana halaju gas yang tinggi, tambah-tambah apabila punggung anda tertutup. Bunyi kentut juga adalah berkadar langsung dengan keketatan otot punggung dan halaju gas itu sendiri. Semakin ketat/mengecil otot punggung, semakin tinggi halaju gas, maka semakin kuatlah bunyi kentut tersebut.

Pitching kentut juga dipengaruhi oleh kelembapan punggung (air) dan body fat seseorang. Sebagai contoh, orang yang banyak selulit lemak pada punggung mampu menghasilkan bunyi kentut yang lebih kuat tetapi kurang nyaring berbanding orang yang kurang lemak pada punggungnya untuk isipadu dan halaju gas yang sama/malar. Mungkin kerana faktor ini juga, apabila terdengar sahaja bunyi kentut yang agak kuat atau tercium bau kentut di dalam suatu ruang yang kecil tetapi berkepadatan (seperti dalam bilik, atau dalam bas), orang awam akan cenderung mencari dan memandang golongan yang gemuk terlebih dahulu sebagai suspek utama pelancar ‘bom biologi’ ini. Ini normal.

.

Kesimpulannya disini Encik SS?

  1. Jangan sesekali tahan kentut anda kerana kentut itu toksik. Kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan dan tidak senonoh pada telinga dan hidung masyarakat, tetapi itu merupakan tanggungjawab anda sendiri untuk ‘menutupi’ hal tersebut (pandai-pandailah cover line).
  2. Jangan makan makanan yang berangin (bersulfur) pada hari-hari anda bersosial dengan manusia-manusia yang lain, apatah lagi jika hari tersebut merupakan hari First date anda dengan yang tersayang. Halatuju percintaan anda mungkin diambang bahaya sekiranya si ‘dia’ acap kali diselubungi gas yang berbau puaka seolah-olah menunjukkan anda tidak pernah berak selama 7 hari.
  3. Pastikan anda kunyah makanan yang dimakan betul-betul sebelum menelannya. Ini untuk mengoptimumkan proses penghadaman makanan tersebut, sekaligus mengelakkan makanan tersebut di ‘curi’ oleh bakteria lain di usus besar.
  4. Orang secantik Lisa Surihani juga mempunyai kentut yang busuk.
  5. I suke cium bau kentut hubby I tau!” merupakan ayat normal seorang wanita yang baru sahaja berkahwin. Cuba tunggu 10 tahun lagi nanti dan tengok? Silap haribulan si suami mungkin teruk dibelasah isterinya hanya kerana kedengaran bunyi “preettttt” yang seciput (dan belum tentu busuk) dari buntut si suami.

Comments

  1. By Cik Zana

    Reply

  2. By cik jijah

    Reply

  3. By dka

    Reply

    • Reply

  4. By aziah

    Reply

  5. By Arid

    Reply

    • Reply

      • By Arid

        Reply

        • Reply

          • By Arid

            Reply

  6. By Arid

    Reply

    • Reply

      • By Muhammad

        Reply

  7. Reply

  8. By faizah

    Reply

    • Reply

  9. By amir

    Reply

  10. By ezan

    Reply

  11. By bchia

    Reply

  12. By jay ai

    Reply

  13. By cik ery

    Reply

  14. By Nadia

    Reply

  15. By zaf

    Reply

  16. By Kam

    Reply

    • Reply

  17. By anon

    Reply

  18. By Farid 360

    Reply

  19. By yuya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *