Cerita Tentang ‘Tahi’..

Amaran: Untuk entri kali ini sahaja, SS nak menulis sebagai individu yang lebih santai, terbuka dan kurang skema. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.

Mungkin ada yang akan cakap, “Eee.. pengotor nya Susu Sejat!” atau “Tak suke! Tak suke! Menci!“. Tak kurang juga yang akan berkata, “Tak senunuh la abang Susu ni, huhuhuhu“, haaa, panjang ‘huhu-huhu’ nya gitu, kan. Tapi itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda praktikkan?

Teringat kisah masa kecik-kecik dahulu, lama dah, tatkala otak masih belum berapa matang lagi, seorang kawan ini memberitahu saya satu rahsia yang tak patut diceritakan pada orang lain. Kawan itu berkata, “Weh, pagi tadi aku berak kan, nak tahu keluar apa? Keluar jagung beb, banyak pulak tu, magik tak? magik tak?“, maka seorang kawan lagi mencelah, “Oooo, semalam ko makan jagung ek. Tak ajak!“. Kan? Bukankah tahi itu mencerminkan apa yang anda makan? (Namun masih ada juga seorang kawan ini bertanya, “Tapi kan semalam aku makan nasi, kenapa pagi tadi tak keluar putih-putih nasi? kenapa warna coklat?” Haaaa, siapa boleh tolong jawabkan?)

Tak kisah la apa anda nak kata kat SS lepas ni, SS terima seadanya. Tak senunuh pun, tak senunuhlah. Tanpa membuang masa, mari mulakan kelas ‘tahi’ kita pada hari ini. (Siapa yang belum masuk tandas lagi hari ini untuk “u’uk“, sila angkat tangan!)

Berdasarkan “Bristol Stool Scale“, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”, Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Terlebih dahulu, skala ini dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah dibangunkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK. Lepas ni bila SS cakap “Skala Tahi Bristol”, jangan la ada yang salah anggap. Bristol bukan nama orang ye! Hahaha.

Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:

Type 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu (kalau berak memang sakit sedikit).
Type 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Type 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Type 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Type 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas (berak lancar, tak sakit).
Type 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Type 7: Sangat cair, tiada pepejal. Ingat tu, tiada pepejal!

Ok, sekarang dah tahu 7 jenis tu, jangan setakat tahu baca dan tersengih sorang-sorang ye, kena fahamkan maksud ketujuh-tujuh kelas tu.

Sekiranya tahi berada pada jenis 1 dan 2, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘teran’ sebab tahi tu dah sedia keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Alang-alang dah tahu ni, lepas ni jangan malas-malas ke tandas (berak) lagi ye? Hahaha.

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal (normal), dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari. Haa, dengar tu? Maka sekali lagi, jangan malas-malas “u’uk” ye? Hahaha.

Bagaimana pula dengan kategori ke-5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5 tu, kira bernasib baik lagi kerana itu mungkin disebabkan angin/gas yang terlalu banyak dalam usus, atau ambil sesuatu yang ‘menciritkan’ seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ – masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan ye? Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Lepas ni, rajin-rajin lah berak, jangan malas-malas lagi, OK?!

P/S: Jangan belek mangkuk tandas anda esok pagi ye! ;D

Ikuti sambungan (lanjutan) entri ini di sini.

Comments

  1. By zulaikha

    Reply

  2. By miss ziziey

    Reply

  3. By Joy Kalonas

    Reply

  4. By Aghni

    Reply

  5. By Joy Kalonas

    Reply

  6. By attiesya

    Reply

  7. By toffee

    Reply

  8. By suamihanyisterizuki

    Reply

  9. By Anonymous

    Reply

  10. By toffee

    Reply

  11. By Joy Kalonas

    Reply

  12. By jalanjatuh

    Reply

  13. By zulaikha

    Reply

  14. By Joy Kalonas

    Reply

  15. By wenkt

    Reply

  16. By maiza

    Reply

  17. By wani

    Reply

    • Reply

  18. By lexus

    Reply

    • Reply

  19. By wawa

    Reply

  20. By Aiza

    Reply

  21. By jannah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *