Cerita terkini Obesiti dan Diabetes
Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Lancet yang terkini menunjukkan diabetes (atau nama tempatannya “kencing manis”) telah meningkat sebanyak 2 kali ganda di serata dunia sejak tahun 1980. Angka itu meningkat dari 153 juta pengidap kepada 327 juta pengidap pada tahun 2011! Kajian ini dilakukan oleh para pengkaji dari Imperial College London dan Harvard University. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan juga, rata-rata mereka adalah tergolong dari kategori ke-2 (diabetes tahap ke-2) yang mana kewujudannya tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh gaya hidup yang lemah dan obesiti.
Bulatan biru ini merupakan lambang universal untuk penyakit kencing manis.
Situasi di Hospital
Menurut sebuah firma yang mengeluarkan ubat-ubatan (IMS Health), perbelanjaan untuk menghasilkan ubat-ubatan kencing manis ini yang mana dianggarkan bernilai £22 billion setahun mungkin akan terus meningkat kepada £30 billion setahun menjelang 2015! Ini fakta gila, memang gila.
Kadang-kadang terasa sadis ada, sedih pun ada. Apabila aku sakit dan berkunjung ke hospital kerajaan, semestinya ruangan menunggu di hadapan farmasi pasti dipenuhi dengan para pesakit yang hendak mengambil ubat. Untuk mengambil ubat apa sebenarnya? Jangan tanya aku, tetapi tanyalah mereka yang pernah bekerja di hospital kerajaan. Kawan aku (umur dalam lingkungan 25 tahun) yang bekerja sebagai seorang ahli farmasi di sebuah hospital kerajaan pernah menceritakan sebuah kisah yang bagi aku ngeri untuk didengari.
Kawan aku: Dik, datang nak ambil ubat apa? Sakit apa? Boleh tengok resit? (Ramah kawan aku ni)
Pesakit: (Dengan muka sugul dan masam, tidak berkata apa-apa, lalu menyerahkan sekeping kertas)
Kawan aku: Metformin..? Kencing Manis ke dik?
Pesakit: (tak berkata apa-apa, tetapi mengangguk lemah)
Kawan aku: Astaghfirullah… muda-muda lagi dah kena…
Serius sebenarnya masalah kencing manis ni di Malaysia. Kita tak berapa nampak situasi ini kerana kita tidak bekerja di Hospital. Orang yang bekerja di Hospital kerajaan sahaja (sebab kos rawatan murah, ubat disubsidikan oleh kerajaan) yang nampak akan gambaran sebenar situasi ini. Ayat seorang lagi rakan yang bekerja sebagai pembantu perubatan mungkin lebih kurang ajar, tapi realitinya, itulah dia Hospital di Malaysia – “Hospital sekarang ni setiap pagi dah jadi tempat melepak orang kencing manis, darah tinggi, sakit itu, sakit ini…”. Dan perlu anda tahu juga, selalunya kencing manis ini tidak akan bersendirian. Kalau tak hypertension (darah tinggi), mesti lemah jantung atau “sakit paru-paru”, atau kombinasi kesemuanya sekali.
Diabetic Foot Ulcer… arwah tok wan sebelah ayah meninggal kerana ini. Kaki dia terluka kerana terpijak kaca, dan lukanya pula lambat sembuh. Doktor menasihatkan dia supaya memotong kakinya (dah kronik) tetapi dia enggan. Akibatnya, dia meninggal dunia ketika usia aku tak sampai setahun. Kini, seluruh keluarga (adik-beradik) ayah kesemuanya mengidap kencing manis. Andaikata ini adalah disebabkan genetik, maka aku pasti tidak terlepas dari ancaman “lahanat” yang satu ini.
Sinonim dengan kematian
Kematian di kalangan manusia secara umumnya boleh dikelaskan kepada kategori berikut:
- Kemalangan – Kecuaian, kemalangan jalan raya, terbunuh.
- Penyakit berjangkit (communicable disease) – Malaria, AIDS, Tuberculosis, Wabak H5N1.
- Penyakit bukan berjangkit (non communicable disease) – Kanser, Kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung
- Sakit kerana terlalu tua
Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik terbaru PBB, 2 daripada 3 kematian yang berlaku di seluruh dunia adalah berpunca daripada penyakit bukan berjangkit (non communicable disease) sama ada dari kanser (terutamanya paru-paru), kencing manis, darah tinggi, dan penyakit berkaitan jantung! Sekali lagi, ini merupakan fakta gila! Memang gila! Lebih gila lagi apabila “kencing manis” juga mahu tumpang glamer dengan berdiri sebaris di situ.
Malah, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menambah dalam laporan berkenaan bahawa empat penyakit utama bukan berjangkit ini telah muncul perlahan-lahan di negara-negara maju dan membangun, dan tanpa disedari mereka kini telah menjadi satu wabak global yang dahsyat!
Tahukah anda, datangnya penyakit bukan berjangkit di atas adalah disebabkan oleh gaya hidup yang SANGAT lemah? Ya, gaya hidup orang Malaysia yang SANGAT lemah seperti merokok, terlalu sibuk menghasilkan “stress” menerusi kerjaya masing-masing sampai tiada masa untuk bersukan mahu pun bersenam, kurang pengetahuan tentang amalan pemakanan sihat (tetapi lebihkan pula pengambilan makanan yang tidak sihat), dan kurangnya kesedaran terhadap tahap kesihatan seawal usia muda (bila dah tua, baru nak terhantuk, masa tu terngadah di atas katil pun tak berguna lagi), semua itu merupakan faktor kepada tahap kesihatan yang lemah. Obesiti ada di mana-mana, dan tak keterlaluan sekiranya aku berkata, “Anda sebenarnya sedang membunuh diri anda secara perlahan-lahan, mereka adalah pembunuh bersiri yang ada di mana-mana, kewujudan mereka (makanan ringan, rokok, dll) dianggap seperti kawan, walhal mereka adalah musuh di dalam selimut“. Aku tak mahu kupas faktor-faktor ini panjang-panjang kerana aku pernah tulis akan hal ini dahulu (rujuk sini).
Belum terlambat
Masih belum terlambat untuk bertaubat. Tak susah sebenarnya nak bertaubat dan caranya adalah, kembali merujuk kepada faktor-faktor tadi, katakan tidak faktor-faktor tadi. Adakah itu sesuatu yang susah?
Dan dikesempatan ini, aku nak kongsikan juga satu penemuan baru berkenaan rawatan diabetes tahap 2. Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Diabetologia baru-baru ini oleh para penyelidik dari Newcastle University telah merumuskan diet ekstrim dengan mengambil 600kcal sehari untuk 8 minggu mampu untuk merawat penyakit kencing manis tahap 2 di peringkat awal. Kalau berminat, aku akan cerita lagi tentang penemuan ini dalam entri yang akan datang. Permintaan boleh dilakukan pada ruangan komen.
SS, saya berminat untuk mengetahui cara merawat kencing manis tu. Bukan apa, dulu arwah abah mengidap kencing manis, sekarang mak pula. Rasanya kemungkinan untuk saya kena pun ada kot. Mcm arwah abah dulu, bila kena kencing manis, dia selalu sembunyi2 minum air bergas…sbb dia kata rasa letih & kurang gula..skg ni mak pula, cuma mak ni dia sukakan nasi, wpun doc nasihatkan suruh kurangkn pengambilan nasi tapi macam sesuatu yg sukar pulak bagi dia sbb rutin harian makanan dia mmg nasi, nasi dan nasi sahaja..
aneesya, kurangkan secara berkala supaya minda tak terkejut, kalau dulu makan 1cawan nasi kurangkan jadi 3/4 teruskan sampai dapat yg disasarkan doktor……
SS, saya sgt teruja untuk mengetahui bagaimana cara untuk merawat kencing manis itu…
Untuk kesihatan saya serta ibu bapa saya juga memandangkan seluruh ahli keluraga nenek saya meninggal kerana penyakit tersebut dan 4 orang pakcik saya telah disahkan penghidap penyakit tersebut.
peringatan yg agak mengerikan..tp sekurang2nya mampu mberi kesedaran pd kita semua agar lebih peka dlm mjaga kesihatan diri dan keluarga..terutama sbg ibu yg saban hari menyediakan makanan utk keluarga.wpun kadang2 x digemari sedangkan sgt bkhasiat utk tubuh badan.so,ibu2 punya peranan yg besar dlm mdidik kluarga ttg pemakanan yg betul agar dpt melahirkan kluarga yg sihat dan jauh dr penyakit ini
setuju sangat SS buat entri pasal panduan pemakanan dan gaya hidup bagi penghidap kencing manis dan darah tinggi. keluarga saya ada yg menghidap penyakit ni.
arwah bapa saya pun penghidap penyakit kencing manis kemudian darah tinggi dan selepas 20 thn dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang!! salah satu penyakit yg high mantainance… rupanya penyakit kencing manis juga penyebab kepada penyakit buah pinggang.. mungkin SS boleh ulas tentang kaitannya…
Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. – dr web mestiambiltahu.com
Salam SS,
Sememangnya penyakit kencing manis ni dah berada pada tahap yang kritikal dk Malaysia ni. Sat u lagi penyakit yang tidak kurang hebatnya yang mesti akan bersama dengan kencing manis ni ialah buah pinggang.
Ngeri tengok gambar kaki pesakit diabetis di atas.
salam sejahtera semua,
SS, izinkan sy kongsi pengalaman sy mengenai kencing manis jugak.
Keluarga sy sebelah ayah dan ibu semua ada sejarah kencing manis dan darah tinggi.
nenek sy meninggal sbb jari nya luka, dan x sembuh2, lepas tu melarat n jangkitan pada organ..and she passed away before i even know her.
sepupu sy sejak umur 16tahun mengidap kencing manis, reading pernah smpai 22, alhamdulillah kuasa Allah, dia hidup lagi…tp sekarang sgt bergantung pada suntikan insulin setiap hari..badan dan lebam2 sbb setiap hari suntik..and dia kuat merokok jugak.. =(
pak cik sy (ayah kepada spupu sy ni)darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, boleh dikatakan lengkap lah pakej penyakit2 yg SS mentioned. heavy smoker jugak.
ibu dan ayah sy juga penyakit kencing manis. reading mak sy 12, 13, and ayah sy pulak 18, 19… ini fasting punya reading..now Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan mengambil makanan bernutrisi tinggi mereka dah dpt reduce sugar level dan maintain…ibu sy skrg random reading 6, 7..and ayah sy pulak 12, 13…sy syukur pada Allah…
sy setuju dgn SS, dgn mengurangkan pengambilan kalori setiap hari mmg sgt membantu..tp ianya satu cabaran untuk semua especially yg tinggal di syurga makanan aka malaysia kita..
wassalam semua..
salam eman, cerita yang sedikit menginsafkan… agar menjadi iktibar buat yang lain sama.. thanks sebab kongsikan cerita ni…
mmg bahaya kencing manis ni..org kata..kencing manis ni ibu kepada penyakit..dah kena penyakit ni..akan mudah kena penyakit lain..
dulu bacaan gula saya sangat tinggi..hanya dengan cara bersenam dan mengawal makanan dan minuman manis…bacaan dapat dikurangkan
tepat sekali..
Say nak ken juga.takda masalah nak mkm nasi…tpi pilihlah dri sumber glisemik rendah contohnya beras perang
….makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap….