CONTEST @ FB Susu Sejat 2016

Siapa Nak DIARI DIET???

Bersempena dengan kedatangan tahun 2016, serta kemunculan Diari Diet v2.0 pada Februari 2016 nanti, Susu sejat akan menganjurkan SPECIAL CONTEST khas untuk para pengikutnya di Facebook.

30 Diari Diet versi 1 bernilai RM33 (termasuk kos penghantaran pihak kami) akan diagihkan kepada para pemenang secara berperingkat mulai esok, 16hb Disember, hingga 10 Januari 2016.

Cara untuk menyertai CONTEST ini mudah sahaja

  1. Nantikan pengumuman kuiz di page FB Susu Sejat pada waktu malam antara tarikh 16 hingga 31hb disember. Ada 10 kuiz kesemuanya dengan pemilihan 3 orang pemenang akan dipilih darinya.
  2. Kuiz akan disiarkan di page ini mulai sekitar jam 9 malam dan akan berakhir 9 pagi hari berikutnya (tempoh kuiz, 12 jam saja).
  3. Sesiapa pun boleh menyertai kuiz ini, namun pemenang hanya berhak memenangi 1 Diari Diet versi 1 sahaja (bagi can orang lain nak menang).
  4. Cara menyertainya mudah sahaja. ‘share’ setiap kuiz yang saya siarkan berserta dengan jawapan anda ke timeline masing-masing (pastikan anda dah ‘public’ kan akaun FB anda supaya saya boleh pantau post yang anda share tu).
  5. Kenapa kena share? Sebab saya nak share kan ‘the goodness’ setiap info yang disiarkan menerusi kuiz tersebut.
  6. Soalan kuiz tak susah, jangan risau. Saya takkan keluarkan soalan biochemistry tahun 4 di Universiti, atau tanya gene apa yang terlibat dalam penghasilan leptin dan ghrelin, dan locus mana dia terletak pada kromosom. Soalannya hanya semudah (sebagai contoh), “Berapa kalori kuih karipap dalam gambar ini”. Mudah kan?
  7. 3 orang pemenang akan dipilih dalam setiap kuiz berdasarkan 2 kriteria – Kriteria utama, jawapan paling tepat, dan kriteria kedua/sampingan, waktu soalan dijawab, maksudnya “first come, first chance to win” (pentingnya anda siap siaga dengan waktu pengumuman kuiz).
  8. Pemenang akan diumumkan di page ini pada hari berikutnya (lebih kurang sebelah tengahari hingga sebelah malam). Selepas diumumkan, para pemenang yang bertuah perlu PM saya seberapa segera yang mungkin untuk menuntut Diari Diet mereka. Sekiranya hadiah tidak dituntut dalam tempoh 48 jam selepas keputusan diumumkan, saya akan memilih pemenang tempat ke-4 untuk mengisi slot tersebut.
  9. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan dan rayu-rayuan tidak akan diendahkan.

Niat saya untuk membuat CONTEST ni dah lama, tapi tak sempat-sempat nak susun masa. Kali terakhir anjurkan CONTEST pun rasanya tahun 2012/2013. Rindu nak tengok kemeriahan. Rindu juga nak memberi sesuatu kepada followers.

Jadi, siap sedia dengan pengumuman soalan dari saya ya. Dan jangan lupa tag kawan2 yang lain.. Biar meriah CONTEST kali ini :) ingat, bukan hadiah yang kita kejar, tetapi ukhwah dalam komuniti tu, okeh?

contest

Arkib Kuiz:

  1. Kuiz 1 (16/12/2015)
    1. Soalan: Berapakah jumlah KALORI dan GULA yang terdapat pada hidangan Chipsmore (Original) dalam gambar ini (klik untuk gambar)?
    2. Jawapan: Klik sini.
  2. Kuiz 2 (21/12/2015)
    1. Soalan: Berikan DUA sebab utama mengapa Diet Jenis Darah (Blood Type Diet, atau BTD) tidak relevan untuk diamalkan? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan dan penerangan: Klik sini.
  3. Kuiz 3 (22/12/2015)
    1. Soalan: Apakah jenis aktiviti (respirasi) di A dan B? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan dan penerangan: Klik sini.
  4. Kuiz 4 (27/12/2015)
    1. Soalan: Berapakah nilai kalori dalam satu hidangan makanan berikut (rujuk gambar maklumat pemakanan)? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan dan penerangan: Klik sini.
  5. Kuiz 5 (28/12/2015)
    1. Soalan: Sebutkan nama 2 orang blogger (berserta nama blog mereka) yang telah terlibat secara langsung dalam penghasilan Diari Diet? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan: Klik sini.
  6. Kuiz 6 (1/1/2016)
    1. Soalan: Sebutkan tarikh kelahiran blog sususejat.com di alam maya? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan: Klik sini
  7. Kuiz 7 (2/1/2016)
    1. Soalan: Senaman dalam gambar ini melibatkan kontraksi otot secara? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan: Klik sini
  8. Kuiz 8 (6/1/2016)
    1. Soalan: Berapakah bilangan sel lemak Rosli dan Raju SELEPAS tempoh 8 bulan (rujuk gambar)? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan: Klik sini
  9. Kuiz 9 (7/1/2016)
    1. Soalan: Antara kombinasi aktiviti-aktiviti berikut, kombinasi manakah yang lebih tepat untuk dirujuk sebagai “senaman yang seimbang” dalam menjaga kesihatan? (klik untuk gambar)
    2. Jawapan: Klik sini
  10. Kuiz 10 (9/1/2016)
    1. Soalan: Apakah MOTIVASI paling besar dalam hidup anda, yang telah mengubah diri anda, untuk menjalani gaya hidup sihat sepanjang hayat? (klik untuk gambar)
    2. Respon Pemenang: Klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *