Dari laptop pengarang SusuSejat.Com (2)

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus memberikan sokongan menerusi ‘VOTE’ dan ‘SHARE’ entri SS dalam pertandingan Digi Wwwoww Awards, yang mana tarikh tutupnya baru sahaja berlalu 4 hari yang lalu. Walaubagaimanapun, dukacita diumumkan kita tidak berjaya dalam pertandingan tersebut, disebabkan saingan yang terlalu hebat diberikan oleh blog-blog/website yang lain. Mengenai manifesto tersebut, usah bimbang, jika ada rezeki, lain kali boleh cuba lagi. Kan?

Kedua, berkenaan ebook edisi ke-2 SS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, bersempena dengan 5000 fan page like di Facebook. Kenapa mesti 5000? Adakah SS cuba untuk menjadi tamak? Tidak, ini bukan tamak, tetapi sekadar melunaskan nazar.

FCL versi yang lama, sebelum pelancaran versi muktamad, 2.0

Suatu ketika dahulu, aku berjanji dengan pembaca semua bahawa aku akan melancarkan ebook Food Calorie List versi 2.0 apabila Susu Sejat mencapai 2000 fan page like di Facebook. Alhamdulillah, janji tersebut berjaya aku tunaikan. Dan pada ketika itu, aku telah berkata, “Ebook seterusnya akan dilancarkan menjelang 5000 dan 10000 fan page like“. Ada tak yang masih ingat? Dah lama janji tersebut aku buat, tetapi aku memang masih pegang sampai sekarang. Apabila ia perlahan-lahan menganjank ke angka 5000, barulah aku timbulkan kembali desas-desus ini. Apakah tajuk ebook tersebut? Itu akan diumumkan kemudian.

Seorang sahabat telah mencadangkan agar aku membuka tawaran penajaan untuk ebook kali ini. Tak tahulah jika idea ini idea yang baik, tetapi aku bercadang untuk mencuba. Menerusi tawaran penajaan ini, anda berpeluang untuk menghebahkan perniagaan anda, website/blog peribadi anda, atau apa-apa sahaja servis berbayar yang anda lakukan (gym, pusat kecergasan, dan sebagainya) di dalam ebook tersebut. Ini merupakan peluang besar buat anda memandangkan ebook tersebut bakal dimuat turun dan dibaca oleh ribuan pembaca SS. Ini tidak termasuk lagi kesan viral ebook tersebut yang mungkin akan dikongsi bersama keluarga, rakan-rakan atau teman tersayang, secara terus, atau secara tidak terus (alam maya).

Walaubagaimanapun, tajaan adalah mengikut keikhlasan mereka yang ingin memberi. Sekiranya anda ingin menaja sebanyak RM1 pun aku akan terima dengan senyuman. Wang tajaan yang diterima pula akan digunakan untuk menampung kos hosting blog ini (server dan domain) dan hal-hal teknikal lain yang berkaitan. Seperkara lagi, memandangkan ini sekadar percubaan cadangan sahabat tersebut, maka aku akan membuka tawaran ini dengan jumlah yang terhad – siapa cepat, dia dapat. Tak mahulah ebook tu nanti terlalu dipenuhi iklan macam Surat Khabar Harian Metro. Pokok pangkalnya, orang mahu baca info yang terkandung di dalamnya. Betul tak? Lagipun, iklan yang sedikit sebenarnya akan membuatkan iklan tersebut senang dibaca, sekaligus membuatkan ia ‘high impact‘.

Adakah dengan langkah ini, blog SS bakal dihiasi dengan iklan tidak lama lagi, sebagaimana blog-blog lain yang jauh lebih popular? Jawapan aku ringkas sahaja – TIDAK. Sekiranya aku ingin menawarkan peluang pengiklanan di sini pun, iklan tersebut hanyalah berkonsepkan “guna dahulu dan review” produk, seperti mana yang aku buat untuk Probolic SR (Slow-released protein) sebelum ini. Malah, aku bercadang untuk membuang iklan Nuffnang dan Mangga Ads di masa akan datang (Iklan-iklan tersebut pada masa kini terdapat di sebelah kanan blog) bertujuan untuk mengurangkan lagi penggunaan bandwidth, meringankan lagi berat blog dan tampak lebih kemas, ‘simple‘ dan professional. Ini memudahkan pembaca seperti anda membaca blog susu sejat dengan lebih fokus dan tenang tanpa sebarang gangguan. Kalau boleh tak mahu menjadi seperti blog Oh Artis, semua sudut pun nak dipenuhi dengan iklan-iklan, sekaligus membuatkan blog itu lembap untuk diakses.

Oleh yang demikian, sekali lagi, jika anda berminat untuk menaja ebook SS yang bakal dilancarkan kelak, bolehlah menghubungi SS menerusi email sususejat@gmail.com.

Comments

  1. By putri_syu

    Reply

  2. By lily

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *