Dari laptop pengarang SusuSejat.Com

Sedar tidak sedar, Susu Sejat sudah pun berjaya mengorak langkah kepada entrinya yang ke-200. Tahniah? Mungkin “ya”, mungkin juga “tidak”.  Mungkin juga sudah bosan berbicara tentang diet, kalori, senaman, lemak, makanan, protein, nasi, metabolisma, dan isu yang berkaitan seangkatan dengan istilah-istilah ini, maka dalam entri kali ini, biarlah bicaraku santai. Bicaraku lebih berbunyi seperti “manusia normal”. Bicara sebenar seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai “encik es es” pada bibir para pembacanya (siapa yang memulakan panggilan “En.SS” ni masih lagi menjadi misteri).

3 tahun yang lalu.. Beginilah rupanya meja penulis blog SS ketika masih bertungkus-lumus menghabiskan ‘degree’ Biotech di negara Uncle Sam. Pada ketika itu, blog SS masih belum wujud, dan penulis pun masih ‘gumuk’. Gambar ini merupakan sebahagian daripada hasil kerja lab “Plant Biotechnology”. Kelihatan salah satu ayat di dalam buku nota makmal itu berbunyi, “Hormonal regulation for organogenesis test“.

.
Berapa orang yang khatam SusuSejat.Com?

“Tahniah kerana sudah mengarang 200 entri. Bukan senang tu, hampir 99% entri tersebut adalah entri ilmiah yang bukan setakat di copy paste (macam ada yang sesetengah pihak tu tuduh) dari blog orang lain, ko baca info tu dari tempat lain dulu, kemudian ko terjemahkan semua tu dalam tulisan ko sendiri. You Learn, then you teach! Bukan senang!”

Jawapan aku mudah. Aku kalau boleh tidak mahu ucapan tahniah ini ditujukan kepada aku sahaja. Sebaliknya aku lebih mementingkan respon yang diberikan oleh para pembaca, atau dalam erti kata mudah, “Adakah kamu membaca kesemua penulisan saya? Atau sekurang-kurangnya membaca hampir sebahagian daripada penulisan saya?” Proses memberi (menyampaikan ilmu) tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya tiada si penerima (yakni anda sendiri, sebagai pembaca). Setuju? Maka dengan itu, selayak-layak tahniah itu patut diberikan pada kamu, si pembaca, si penuntut ilmu.

“Tahniah kerana kamu sudah membaca dan mempraktikkan info-info yang sudah disampaikan menerusi 200 entri. Bukan senang tu, hampir 99% entri tersebut adalah entri ilmiah. You Learn, then you share with others (on facebook, etc)! Bukan senang!”

Mustahil ke nak habiskan dan mempraktikkan kesemua info-info yang disampaikan menerusi 200 entri ini? Dalam situasi sekarang yang mana SS sudah susun kesemua entri-entri tersebut dalam bentuk “arkib” – juga disusun mengikut kepentingan maklumat yang disampaikan seperti “Kelas kalori” dan “Soalan Lazim“, semua ini tidak mustahil. Malah aku kagum dengan seorang pembaca kerdil ini, yang begitu bersungguh-sungguh membaca sehingga khatam blog SusuSejat.Com hanya dalam masa tiga hari. Beliau mempraktikkan apa yang beliau baca, dan hasilnya beliau sudah mula melihat sinar kejayaan itu. Aku berbesar hati ingin berkongsi pengalaman beliau di bawah:

Salam Ijoy….

Biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Hernani , boleh panggil Nani je. Berumur 29 tahun dan berasal dari Serdang, Selangor. Rasa bersyukur yg amat sgt sebab dapat mengenali sususejat thru fb (saya menggunakan nama Nurul Hernani Bidin). Walaupon saya dah lama ‘like fb sususejat’ (lama tak lama la, since akhir tahun 2010), tapi secara jujurnya saya mula membaca blog sususejat awal April lalu. Mula-mula baca sikit je..tapi lama kelamaan makin seronok dan teruja pulak. Nak tau tak Joy, saya mengambil masa 3 hari berturut-turut untuk menghabiskan membaca semua entri2 di sususejat.com. Rasa macam nak terkeluar bijik mata hahahaa. Dari page 1 hingga lah 38. Semua entri tersebut memang mengujakan, padat dan senang difahami, bahasa pon santai2 je tak la skema sgt.

Entri yang paling mengejutkan saya ialah pasal kenapa takut nak makan nasi. Opps sorry lupa plak nak story. Untuk pengetahuan Ijoy saya pun turut mengalami masalah berat badan sejak dari sekolah rendah. Sekarang ni berat badan saya 95kg dan ketinggian 180cm. Saya memang dah lama cuba untuk berdiet, tapi hasil nya memang tak pernah memuaskan la Ijoy, mungkin kurang nya pengetahuan tentang berdiet dgn cara yg betul. Itu yg saya terkejut bila baca ur entry pasal berdiet tp masih mengamalkan makan nasi. Memang saya akui saya adalah orang yang menidakkan nasi dalam menu harian, konon2 nya makan nasi akan gemuk. Huhhhh!!! Saya rasa ni mmg satu stigma org2 Malaysia la kan! Masa saya berdiet dulu saya akan makan roti n pasta je (konon2…hehehe). Memang kadang2 dlm seminggu terus tak ambil nasi. Dan saya juga memang tak tahu kita memang kena kira kalori intake per day supaya pengambilan makanan kita tidak tersasar.

Bayangkan lah Ijoy, semasa saya cuba untuk khatam kan segala entry2 di sususejat.com, dari pagi smp malam ( saya cuma akan berhenti untuk pergi toilet, mandi, solat dan makan) , saya akan memerap dlm bilik. Haiishhh tak senang hati saya selagi tak khatam, hahahahaaa! Akhir nya saya dah mula faham bagaimana untuk kurus dgn cara yg sihat, senaman yg betul. Saya juga dah berjinak2 buat food log (kes dah download ebook kalori list la ni ).

Akhirnya setelah khatam membaca blog u, pada tanggal (ecehhwahh) 22 April 2011 saya telah memulakan diet mengikut cara SS. Alhamdulillah seminggu pertama saya turun 1 kg. Minggu kedua saya turun sekilo lagi. Sekarang ni saya di minggu ketiga, Alhamdulillah hari ni (khamis) dah turun another kilo (1). Saya ikut ur regime exercise hari ni kardio (pagi2 saya akan jogging/briskwalk dalam 4km about 40 minit jugak, kalau ada masa petang saya akan swimming di putrajaya). Then esok nya saya akan buat weight training (kat rumah je) exactly mcm dlm entry Ijoy, dlm 30 minit, then esok nya hari rehat. So saya akan ulang benda yg sama. Harap2 berat badan ni berterusan laa turun dgn konsisten. Sejak baca ur entry pasal susu skim, sekarang ni I’m free from caffeine (dulu hantu). So saya nak minta tolong Ijoy revise menu seharian saya mungkin ok atau pon tidak, ada kurang ke, ada terlebih ke, tolong ye Joy!

(dipendekkan cerita, SS tidak menyiarkan menu tersebut kerana ingin entri ini kelihatan seringkas yang boleh)

Sorry la Ijoy kalau email I ni panjang sgt, takut u bosan plak baca. Tapi harap sgt Ijoy dpt membantu. Mungkin ijoy ada nak betul kan dari segi pemakanan or exercise atau apa2 je. Sekarang ni baru 3 minggu saya berdiet , harap2 berjaya lah. Thanks Ijoy sebab sudi baca email saya dan sudi membantu ;))) .

 

Teruskan membaca, jangan malas-malas

Kerajaan sekarang sedang sibuk membudayakan amalan membaca di kalangan rakyat. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang ‘berpeluh-peluh’ berperang dengan statistik obesiti yang semakin hari semakin membimbangkan. Oleh itu, gunakanlah blog ini secara serampang dua mata. Ini sekaligus dapat merealisasikan impian kerajaan dalam melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu, malah sihat tubuh badan.

 

Jom mengundi SS

Anda ingin melihat SS membuka mata semua rakyat Malaysia dalam memperjuangkan gaya hidup sihat dan berkualiti? Maka anda boleh berbuat demikian dengan mengundi blog SS yang kini sedang bertanding dalam “Digi WWWOW Awards” (Kategori: Best Internet for All Idea/Campaign). Berikut adalah manifesto SusuSejat.Com sekiranya SusuSejat.Com menang pertandingan ini (peluang nak menang memang tipis kerana pastinya terdapat beribu-ribu blog di luar sana yang jauh lebih hebat, tetapi apa salahnya mencuba bukan?). Anggaplah manifesto ini sama seperti nazar aku sendiri.

  1. Akan menerbitkan sebuah novel online (dalam bentuk e-book) yang berkonsepkan motivasi dalam menurunkan berat badan. Dijamin tebal dan akan membantu memberikan anda suntikan perangsang 300% dalam mencapai matlamat menurunkan berat badan. Harga? Kalau dah menang, mestilah percuma! Download PERCUMA!
  2. Akan membuat ‘gathering‘ fan Susu Sejat secara besar-besaran. Sesi berkenalan sesama komuniti dan bertukar-tukar pendapat (forum perdana berkenaan gaya hidup sihat) pastinya bakal menjadi agenda utama. Lokasi boleh dibincangkan kemudian.

UNDILAH SEKARANG!

Aku amat serius berkenaan 2 manifesto di atas, maka dengan itu, undilah SusuSejat.Com di sana dan aku pastinya akan merealisasikan 2 manifesto tersebut. Hanya perlu pergi ke link berkenaan (Log in menerusi akaun Facebook terlebih dahulu), kemudian klik ‘VOTE’. Sesudah anda klik ‘VOTE’, jangan lupa ‘share’ atau ‘tweet’ dengan rakan-rakan FB/Tweeter anda yang lain. Seperkara lagi, tahukah anda bahawa anda boleh mengundi lebih daripada sekali? Maka dengan itu, teruskanlah mengundi sekali setiap hari sehingga tarikh tutup 20 Jun nanti, okeh?

Aku akan tulis lagi entri seperti ini pada hari ulang tahun pertama SS dot com pada 5 Mei 2011 ini. Banyak liku-liku, pahit manis dan suka duka sebagai seorang blogger yang mengetengahkan blog berkonsepkan kesihatan ini. Dikritik itu perkara normal, aku dah lali, malah aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku percaya kritikan-kritikan itu bakal membentuk aku menjadi insan yang lebih sempurna. Dilabel sebagai seorang yang tak bersekolah pun pernah, banyak kali, sampai nak sedekahkan aku dengan buku-buku diet, itu pun aku dah lali. Semua tu aku dah lalui. Ada juga yang berseloroh, “Kenapa awak pilih nama ‘Susu Sejat’? Apa signifikannya nama ‘Susu Sejat’ itu dengan diet? Adakah Kamus Dewan sudah kehabisan perkataan untuk awak jadikan nama timangan?” Nanti aku cerita lagi, semua ini, dalam entri istimewa bertajuk “Happy Birthday Susu Sejat“.

UPDATED: Sesiapa yang tak boleh VOTE sebelum ni, harap dapat mencuba sekali lagi. Link yang baru sudah dibuat menggantikan link yang lama (tak menjadi, maka sudah dibetulkan). Kerjasama anda sangat dihargai, selamat mengundi dan mengajak orang lain mengundi.. :)

Comments

  1. By Cik Jijah

    Reply

  2. By Ome

    Reply

  3. Reply

  4. By Hayu Rahiza

    Reply

  5. By m****ee

    Reply

  6. By timmy

    Reply

    • Reply

  7. By aneesya

    Reply

    • Reply

  8. By nblh

    Reply

    • Reply

      • By nblh

        Reply

  9. By Cik SE

    Reply

    • Reply

  10. By asikin

    Reply

  11. By Mak Norm

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *