Dari obese ke Anoreksia!

Bakal menemui maut dalam masa 6 bulan sekiranya beliau tidak meningkatkan kadar pengambilan makanannya dengan segera!

Malissa Jones, 21 tahun, ialah penerima pembedahan pemintasan gastrik (gastrick bypass) termuda di Britain 4 tahun yang lalu. Ketika itu beliau dikategorikan remaja wanita paling obese di Britain dengan berat maksima 216 kg. Walaubagaimana pun, dengan bantuan dana National Health Service sebanyak GBP 10 000, beliau telah menjalani pembedahan tersebut pada Januari 2008 dengan harapan beliau dapat mengurangkan berat badannya. Pembedahan pemintasan gastrik untuk ‘mengecilkan saiz perut’ bukanlah perkara baru di kalangan kita memandangkan selebriti terkenal tanah air, Syanie, juga telah menurunkan berat badan beberapa puluh kilogram dengan cara yang sama.

Transformasi… Dari obese ke Anoreksia!

Ketika obese, Malissa kebiasaannya akan mengambil sehingga 15 000 kcal sehari (kebanyakkannya datang daripada coklat dan keropok kerepek) sedangkan untuk gadis sebaya beliau pengambilan kalori yang disyorkan hanyalah secara purata 2000 kcal sehari.

Selepas menjalani pembedahan Malissa mengalami pengurangan berat badan yang mendadak. Apabila sudah kurus, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia clubbing, sehinggakan termengandung anak luar nikah hasil hubungan intim bersama dengan teman lelaki beliau, Chris Robottom. Walaupun ketika mengandung, Malissa mengamalkan diet yang sangat ekstrim iaitu dengan hanya mengambil 300 kcal sahaja sehari. Enam bulan kemudian, bayi yang dikandungnya terpaksa dilahirkan secara pembedahan Caesarean kerana komplikasi ketika mengandung. Malangnya bayi tersebut mati memandangkan ketika mengandung beliau tidak menerima zat-zat penting dengan sepenuhnya (akibat dari diet yang melampau).

Selepas kematian anaknya Malissa menjadi semakin murung. Sehingga rencana ini ditulis, menu harian beliau hanyalah 3 batang lobak, beberapa hidangan sayur rebus dan sebiji kentang. Badan beliau semakin menyusut dan doktor kini mengesahkan dia mengidap ANOREKSIA. Jika dahulu doktor pernah memberitahu beliau bahawa berat badannya yang obese boleh membawa maut, kini doktor memberitahu dengan serius beliau bakal menemui maut dalam masa 6 bulan sekiranya beliau tidak meningkatkan kadar pengambilan makanannya! Berat beliau kini ialah 50 Kg dan bagi gadis berketinggian 5 kaki 8 inci seperti Marissa, ini dianggap tidak ideal.

Melissa dengan nada kesal memberitahu, “Saya bukannya suka-suka tak mahu makan banyak, tetapi saya lebih rela mati daripada memaksa diri saya makan dengan lebih banyak. Menelan setiap makanan itu amat menyakitkan dan sejumlah makanan yang kecil sahaja sudah mampu membuat perut saya kejang (kesakitan). Sekiranya saya diberi peluang, saya lebih rela kekal gemuk. Saya tidak mahu mengambil jalan mudah (pembedahan) semasa hendak menurunkan berat badan dahulu. Dan saya menasihati rakan-rakan di luar sana yang berhasrat hendak melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan agar melupakan sahaja hasrat itu, sebaliknya turunlah berat secara sihat“.

Dr Funke Baffour daripada Waltham Cross, Herts berpendapat mungkin terdapat faktor psikologi untuk masalah obesiti Malissa yang tidak dapat ditangani oleh ‘gastric band‘ (merujuk kepada pembedahan pemintasan gastrik). Berkemungkinan juga Melissa takut untuk menjadi obese kembali, maka dengan itu beliau tidak mahu makan.

Comments

  1. Reply

  2. By Rosli

    Reply

    • By superman

      Reply

  3. By putri_syu

    Reply

  4. By marinee

    Reply

  5. By al

    Reply

    • Reply

  6. By marinee

    Reply

    • Reply

      • By noor_nazriena@yahoo.com

        Reply

        • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *