Dash! Yonkuro: Popularkan kembali sukan Lumba Kereta Mini!
Perangi Obesiti kanak -kanak dengan sukan kreatif ini!
Aku lihat dewasa ini, kanak-kanak terlalu dimanjakan dengan teknologi. Mungkin dalam hal ini, yang harus dipersalahkan adalah ibu dan bapa (atau penjaga) kerana tidak mengawal penggunaan teknologi tersebut di kalangan kanak-kanak. Lihat sahaja apa yang terdapat pada ketika ini, PS3, XBOX, Nintendo Wii, PC game, permaianan maya seperti ini langsung tidak memaksa kanak-kanak untuk membakar lemak, sebaliknya menambah lemak lagi ada lah (makan makanan rapu ketika menggunakan teknologi-teknologi di atas)! Kes ini sama seperti yang aku huraikan dalam entri ini.
Aku teringat kembali ketika aku masih lagi di usia kanak-kanak seperti mereka, hampir 20 tahun yang lalu, bermain di luar rumah adalah sesuatu perkara yang paling mendatangkan nikmat. Sebut sahaja apa jenis permainan, daripada gasing, guli, konda-kondi, baling selipar, bola sepak, semuanya amatlah mengujakan. Sampaikan ada satu ketika aku berasa amat sedih tidak dapat bermain di luar kerana terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun (Pn Haslina memang rajin memberikan kerja rumah Matematik yang macam neraka banyaknya).
Berbalik kepada cerita ketika di usia kanak-kanak, terdapat satu cerita kartun (anime) yang menjadi fenomena kanak-kanak pada zaman itu untuk beberapa tahun lamanya. Cerita itu tidak lain dan tidak bukan ialah Dash! Yonkuro. Ia mengisahkan sekumpulan anak muda yang menceburi sukan lumba kereta mini 4WD dan berjuang dalam satu pasukan yang dikenali sebagai “Dash Warrior” (bukan “The Red Warrior” pasukan Kelate tu). Anime ini disiarkan di TV3 setiap Isnin jam 4.30 petang (kalau tak salah aku) dan ini merupakan alasan utama mengapa ramai kawan-kawan aku yang ponteng Kelas Fardhu-Ain setiap hari Isnin pada ketika itu!
Buat mereka yang tak tahu apa itu Dash! Yonkuro, sila tonton video berikut.
Fenomena ini tidak terhenti di situ sahaja. Replika kereta mini yang digunakan dalam cerita tersebut telah dijual di merata-rata tempat. Daripada kereta mini di bawah jenama “Tamiya” selaku pengedar utama, hinggalah kepada pelbagai pengeluar/jenama lain lagi yang jauh lebih murah (biasalah, China kan suka merompak ciptaan negara lain). Namun kerana kewujudan lambakan kereta mini 4WD dari China inilah kanak-kanak miskin seperti aku mampu membelinya. Bayangkan ‘cetak rompak’ dari China ini boleh dibeli dengan harga RM5 sahaja, sedangkan yang original (Tamiya) harganya mau mencecah RM30. Masa tu mana mampu nak beli mainan semahal tu.
Nak memiliki litar lumba mini 4WD seperti ini memang tak mampu…
Disebabkan tidak mampu untuk membeli set litar Tamiya yang sangat mahal harganya (mahu beratus-ratus ringgit juga pada ketika itu), maka kebiasaannya aku dan kawan-kawan aku yang lain akan bermain, berlumba antara satu sama lain di atas lantai simen beranda berek (dari satu hujung ke satu hujung memang panjang), berlumba di atas gelanggang bola tampar yang sememangnya luas, atau paling mencabar berlumba di atas tanah. Kereta mini akan dilepaskan pada garisan permulaan oleh setiap pemain, dan masing-masing haruslah mengejar kereta tersebut dan “memandu” kereta tersebut sehinggalah sampai ke garisan penamat.
Sekali imbas konsepnya sama seperti membawa/dribble bola dengan kayu hoki, kerana kita harus mengejar dan “memandu” kereta mini tersebut agar tidak terkeluar dari kawasan pertandingan. Bagi mereka yang tidak faham akan konsep permainan ini, sila rujuk penerangan berajah di bawah yang di ambil dari anime Dash! Yonkuro.
Kebanyakkan kereta mini hanya boleh bergerak lurus
‘kayu panduan’ digunakan untuk mengawal pergerakan kereta mini,
terutamanya di selekoh litar (agar tidak terkeluar dari laluan),
macam ni haa…
(menolak sedikit arah kereta ke kanan agar mengikut laluan litar)
Sekali pandang, ada iras-iras seperti permainan hoki juga bukan? Disebabkan kereta mini ini bergerak laju, maka bukan mudah untuk mengawal kereta mini masing-masing hingga ke garisan penamat. Selain daripada kelebihan jentera kereta mini (dari aspek enjin, bateri yang digunakan, hinggalah kepada chassis yang digunakan), setiap peserta juga haruslah mempunyai skil dan kelebihan fizikal seperti stamina yang baik untuk mengejar dan mengemudi kereta mini mereka hingga ke garisan penamat, sekaligus memenangi pertandingan ini.
Itu pengalaman yang aku lalui hampir 20 tahun yang lalu. Memang seronok kerana bukan sahaja kepuasan bermain itu berjaya diperoleh, tetapi ia juga secara tidak langsung membuatkan kanak-kanak lebih aktif dan kreatif ketika bermain.
Pada ketika itu kami masih bermain dengan teknologi. Bukankah permainan ini masih boleh dikategorikan sebagai permainan moden? Apa yang bezanya ialah pada ketika itu, mainan seperti ini dikemudi oleh kayu (aku guna penyapu mak aku, bising mak kalau dapat tahu), tetapi bagaimana pula mainan moden zaman sekarang? Oh, tak perlu cakaplah. Kalau permainan tu tak disertakan dengan alat kawalan yang ada banyak butang, memang takkan disentuh punya oleh budak-budak! Sebut sahaja Helikopter kawalan jauh (RC), Kereta RC, Play Station, bukankah semua itu menggunakan alat kawalan? Malas bebenor nak menggerakkan bontotnya!
Akhir kata kepada Kementerian Belia dan Sukan yang bermastautin di Putrajaya nun, sila wujudkan dan popularkan kembali permainan seperti ini di peringkat belia di Malaysia. Anjurkan pelbagai pertandingan berkaitan dan popularkan ia sehingga ia menjadi sukan alternatif yang popular di Malaysia. Maka dengan itu tidaklah mustahil ia akan menjadi popular seperti sukan Paintball! Mungkin sedikit sebanyak, inilah penyelesaian yang anda cari untuk mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
huhuhh…
terus teringat zaman kanak2 dulu pon main jugak mende nih… siap bawak gi skolah lepas abes exam… wat trek dalam kelas pakai manilakad… hehe…. pastu rasa tak best… pegi wat semak kat koridor…
sama gak la amik penyapu kelas… tak pon jumpe kayu meja yg rosak kan… hehehe…
ne nak pat lagi ek kete2 nie….minat la,nak beli wat koleksi…
Cuba cari kat ebay, ada rasanya…
klu nak boleh email analogue2u[at]gmail.com – mail
aku pernah suruh die beli aritu.
Ade byk kat One Utama, Tamiya Underground, B2 level…. byk kete mini kat sane. klau sape2 nak cr Dash warrior collection pun ade tapi kene order dlu… Rm289.00 :)
hehehe… kenangan betul~~~
ada satu episode masa dia main kereta tu dalam hujan, siap ingat dialog dia “hujan, berhentilahhhhhh” :)
kikiki~~
Kete mini 4wd…. mmg best… skrg ni pun masih main lg… :)
opismate jd gile main blk kete mini lps aku bwk trek 2line kat opis…. hahahaha…. aku jd pencetus utk hardcore kete mini kat opis… sape2 yg nak cr kete mini ni ble la gi One Utama, Tamiya Undeground, B level2…. :) byk kete mini kat sane… sape2 ade duit lebih ble la bli Dash Warrior Metallic version vol.1 Rm289… tapi kene order dlu…. :)
mmg best men kete ni…sy bru je dpt 5 bjik dash yonkuro…. cume nk cri horizon and super emperor je… spe2 ade gtau heh….( 0179934656 )
wah!!teringat zaman kanak2 dulu!!dash!!yonkuro!!!selalu kumpul duit ngn my bro sbb nak beli kete tu